Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

17 June 2019

NK Fashion Week Membuka Peluang Pereka Fesyen Tempatan Menampilkan Koleksi Mereka Di Tengah Kota Raya London

Bagi penggiat fesyen di Malaysia, jika mereka dapat menyertai acara fesyen yang diadakan di luar negara ia dapat menaikkan nama mereka sekaligus dapat memperkenalkan rekaan mereka di peringkat antarabangsa.


Norish Kareem yang merupakan pengasas  kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London akan menganjurkan acara fesyen antarabangsa iaitu NK Fashion Week (NKFW) pada September ini.

Dianjurkan oleh Norish Kareem London, acara ini akan disertai oleh beberapa pereka Malaysia iaitu Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co., Ummiriaz International, Mimi Wahida dan beberapa pereka lain dari dalam dan luar Negara.

Fashion week ini akan berkolaberasi dengan strategic partner iaitu MATRADE (Malaysia Ministry of Trade). NKLFW ini dijangka akan diadakan di tengah-tengah kota London dan dihadiri oleh penggiat fesyen dari seluruh negara. Ini adalah minggu acara fesyen yang julung kali dianjurkan oleh pihak Norish Kareem. Kami berharap ia akan berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak.

Gabungan batik dan songket menjadi pilihan Lila Majnun untuk diketengahkan.


Norish Kareem berhasrat untuk mengetengahkan pereka Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fesyen antarabangsa. Norish Kareem juga menyediakan ruang placement di butik Norish Kareem London untuk pereka di seluruh dunia  mempamerkan jenama mereka di Kota London dan sekaligus menembusi pasaran UK dan Eropah. Ia tidak terhad hanya pada pakaian malah kosmetik dan aksesori.

Corak abstrak menjadi pilihan Mimi Wahida


NKFW juga di jangka akan diadakan di Doha, Qatar pada November ini berkoleberasi dengan agensi kerajaan Qatar. Norish Kareem berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai satu organiser fashion antarabangsa yang mengadakan fashion week di pusat fashion dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai.

Rekaan dari Norish Kareem


"Bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa contohnya di Kota London kerana saya pernah merasainya. Oleh itu, salah satu sumbangan saya kepada dunia fashion adalah memberi peluang kepada designer2 yang ingin menempatkan koleksi mereka di tengah2 kota London. Saya memberi keutamaan kepada designer Malaysia yang ingin pergi ke peringkat Global dan yakin terhadap jenama mereka" - Norish Kareem

Semoga semua pereka fesyen dapat merebut peluang ini tanda sokongan kepada industri fesyen tempatan.

Designer-designer yang berminat menyertai NK Fashion Week boleh menghubungi di email sales@norishkareem.com.

Website : www.norishkareem.com

Ig : norishkareemlondon_official

Ig : norishkareemfashionweek

17 comments:

  1. sometimes i dont even understand fashion but watching them do fashion is amusing.

    ReplyDelete
  2. Uniknya fashion yang ditonjolkan. Mimi Wahida tu macam nama seorang model. Best tu maknanya fashion ni dah pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Peringkat antarabangsa. Semoga boleh bawa nama Malaysia di mata dunia selain dapat mengharumkan nama Malaysia di persada fashion antarabangsa.

    ReplyDelete
  3. Ia membuka peluang pada pereka fashion, mengemuka style2 mereka. Dengan harapan style2 fashion lebih lebih sopan dan menghormati status wanita :)

    ReplyDelete
  4. Seronok juga kalau dapat layan fashion week, dpt idea untuk baju yang bakal di tempah. hehe kekdang ketandusan idea nak design baju tempah gaya mana.

    ReplyDelete
  5. Tahniah pihak designer tempatan berjaya hasilkan rekaan setanding dan bertaraf antarabangsa. Moga peluang begini diadakan selalu

    ReplyDelete
  6. memang bertuah la if designer di beri peluang camni.
    diorang dpt kembangkan sayap perniagaan lebih meluas dgn publisiti peringkat antarabangsa, kan.
    moreover, bila dah terjah peringkat antarabangsa, kepercayaan pembeli cepat melekat.
    sgt sokong dan moga lebih byk peluang diberikan terutama dlm fesyen muslimah.
    cukup syarat ikut syariah. warna yg menarik. rekaan terbaru. kita wajib tunjuk bahawa meskipun tutup aurat, still nampak cantik dan anggun.

    ReplyDelete
  7. First time dengar nama label Norish Kareem ni. Tak sangka dah sampai ke London dah. Its a great thing diorang bawa corak batik ke peringkat dunia. All the best for the team

    ReplyDelete
  8. lain drp yg lain.. nampk menarik

    ReplyDelete
  9. tahniah NK berjaya tembusi pasaran London. Yes betul bukan mudah untuk jenama tempatan ke sana. memang betul-betul salute la. cantik jugak design baju tu, kat Malaysia boleh beli on9 tak

    ReplyDelete
  10. Wah baguslah Noriah Kareem ni anjurkan acara fesyen antarabangsa untuk para pereka Malaysia menunjukkan bakat mereka dalam bidang fesyen ke mata dunia. Bukan senang nak tunjukkan bakat ke arena antarabangsa kan. Satu peluang yang harus mereka grab

    ReplyDelete
  11. Wow! macam-macam fashion yang cantik tu! Good for designer!
    https://mousemommytreats.blogspot.com/

    ReplyDelete
  12. Bagus bagi peluang fashion designer malaysia macam ni. Design dekat malaysia pun cantik-cantik jugak. Takdela pelik tahap sampai orang nak pakai pun pilir beratus kali.

    ReplyDelete
  13. Bagus dapat tonjolkan bakat designer yang sedia ada. Bakat yang perlu dihargai. Syira pun suka fesyen

    ReplyDelete
  14. design baju dia woww sangat..bgusla ada fashion ni..kita suka tengok..bagi peluang pereka lain tunjukkan kebolehan mereka,tunjukkan design gn baju masing-masing

    ReplyDelete
  15. Good effort ya, Norish Kareem London memberi peluang pada pereka fesyen tempatan untuk maju keperingkat global

    Cara Nak Install Dan Guna Google Analytics DiBlog Wordpress

    ReplyDelete
  16. Bagus Noris Kareem buat acara sebegini, dapatlah pereka tempatan melebarkan sayapnya keluar negara, memang bukan senang nak masuk ke level antarabangsa

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com