Hari ni, sebuah sejarah terlakar dalam industri muzik tempatan apabila salah seorang pemain drum terbaik Malaysia kini mempunyai signature drum stick sendiri.
Tambahan lagi ia merupakan stick drum Promark yang merupakan jenama terkenal dunia. Ujang Exist merupakan satu-satunya pemain drum berasal Malaysia yang mempunyai signature stick Promark .
Ini merupakan sesuatu yang patut dibanggakan untuk pemuzik tempatan kita. Menurut Tung Kean Jin yang merupakan Pengurus Besar JS Music Distribution, proses komunikasi dan pengurusan telah dilakukan selama setahun hinggalah stick ini siap sepenuhnya dan bersedia diedarkan di Malaysia. Durasi ini diambil kerana mengambil kira pencarian rekabentuk, model, saiz serta pengesahan.
"Saya berasa sangat terharu sebab akhirnya mempunyai signature series saya. Ini merupakan satu pengiktirafan dari Promark untuk pemuzik tempatan. Saya berharap selepas ini, ramai lagi pemuzik tempatan kita yang mendapat perhatian dan pengiktirafan dari jenama-jenama yang dipercayai baik di Malaysia mahu pun diluar negara," ujar Ujang yang merupakan pemain drum kumpulan Exists. Pemain drum profesionalyang sudah 28 tahun dalam industri ini juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak JS Music yang bertungkus lumus melancarkan perjalanan stick drum ini hingga sampai ke tangannya.
Buat para peminat Ujang Exist dan instrument drum, stick drum yang mempunyai ciri khas dari jenis Hickory ini dijual dengan harga RM79.00.
Kayu stick yang dipanggang untuk mendapatkan ketumpatan yang padat ini dijual dalam bilangan 144 pasang sahaja untuk fasa pertama.
"Stick drum ini dibuat di kilang di Houston, Amerika Syarikat, jenis SA dan untuk masa hadapan kami merancang untuk mengedarkan pula jenis 7A," ujar Jin.
Sebagai infomasi, stick jenama Promark juga dipakai oleh pemain drum terkenal seperti Mike Portnoy (Dream Theatre), Simon Philips (Toto) dan lan Paice (Deep Purple).
Stick ini boleh didapati di:
JS Music
133, Jalan Imbi
Imbi Kuala Lumpur
Telefon: 0321444555
Facebook: JS Music
Instagram: JS Music
0 comments:
Post a Comment