Norish Kareem yang merupakan pengasas kepada Norish Kareem Couture, Norish Kareem Cosmetics dan Norish Kareem London akan menganjurkan acara fesyen antarabangsa iaitu NK Fashion Week (NKFW) pada September ini.
Dianjurkan oleh Norish Kareem London, acara ini akan disertai oleh beberapa pereka Malaysia iaitu Fana Couture, Lila Majnun, Angie Jewels & Co., Ummiriaz International, Mimi Wahida dan beberapa pereka lain dari dalam dan luar Negara.
Fashion week ini akan berkolaberasi dengan strategic partner iaitu MATRADE (Malaysia Ministry of Trade). NKLFW ini dijangka akan diadakan di tengah-tengah kota London dan dihadiri oleh penggiat fesyen dari seluruh negara. Ini adalah minggu acara fesyen yang julung kali dianjurkan oleh pihak Norish Kareem. Kami berharap ia akan berjalan lancar dengan sokongan dari semua pihak.
Gabungan batik dan songket menjadi pilihan Lila Majnun untuk diketengahkan. |
Norish Kareem berhasrat untuk mengetengahkan pereka Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fesyen antarabangsa. Norish Kareem juga menyediakan ruang placement di butik Norish Kareem London untuk pereka di seluruh dunia mempamerkan jenama mereka di Kota London dan sekaligus menembusi pasaran UK dan Eropah. Ia tidak terhad hanya pada pakaian malah kosmetik dan aksesori.
Corak abstrak menjadi pilihan Mimi Wahida |
NKFW juga di jangka akan diadakan di Doha, Qatar pada November ini berkoleberasi dengan agensi kerajaan Qatar. Norish Kareem berharap untuk menjadikan label NKFW sebagai satu organiser fashion antarabangsa yang mengadakan fashion week di pusat fashion dunia seperti London, Doha, New York, Paris dan Dubai.
Rekaan dari Norish Kareem |
"Bukan mudah sesebuah jenama untuk menembusi pasaran antarabangsa contohnya di Kota London kerana saya pernah merasainya. Oleh itu, salah satu sumbangan saya kepada dunia fashion adalah memberi peluang kepada designer2 yang ingin menempatkan koleksi mereka di tengah2 kota London. Saya memberi keutamaan kepada designer Malaysia yang ingin pergi ke peringkat Global dan yakin terhadap jenama mereka" - Norish Kareem
Semoga semua pereka fesyen dapat merebut peluang ini tanda sokongan kepada industri fesyen tempatan.
Designer-designer yang berminat menyertai NK Fashion Week boleh menghubungi di email sales@norishkareem.com.
Website : www.norishkareem.com
Ig : norishkareemlondon_official
Ig : norishkareemfashionweek
sometimes i dont even understand fashion but watching them do fashion is amusing.
ReplyDeleteThanks for sharing such amazing blog with us, it was a great read!
ReplyDeleteDiamond Pendant Sets
Designer Pendant
Diamond Jewellery
Uniknya fashion yang ditonjolkan. Mimi Wahida tu macam nama seorang model. Best tu maknanya fashion ni dah pergi ke peringkat yang lebih tinggi. Peringkat antarabangsa. Semoga boleh bawa nama Malaysia di mata dunia selain dapat mengharumkan nama Malaysia di persada fashion antarabangsa.
ReplyDeleteIa membuka peluang pada pereka fashion, mengemuka style2 mereka. Dengan harapan style2 fashion lebih lebih sopan dan menghormati status wanita :)
ReplyDeleteSeronok juga kalau dapat layan fashion week, dpt idea untuk baju yang bakal di tempah. hehe kekdang ketandusan idea nak design baju tempah gaya mana.
ReplyDeleteTahniah pihak designer tempatan berjaya hasilkan rekaan setanding dan bertaraf antarabangsa. Moga peluang begini diadakan selalu
ReplyDeletememang bertuah la if designer di beri peluang camni.
ReplyDeletediorang dpt kembangkan sayap perniagaan lebih meluas dgn publisiti peringkat antarabangsa, kan.
moreover, bila dah terjah peringkat antarabangsa, kepercayaan pembeli cepat melekat.
sgt sokong dan moga lebih byk peluang diberikan terutama dlm fesyen muslimah.
cukup syarat ikut syariah. warna yg menarik. rekaan terbaru. kita wajib tunjuk bahawa meskipun tutup aurat, still nampak cantik dan anggun.
First time dengar nama label Norish Kareem ni. Tak sangka dah sampai ke London dah. Its a great thing diorang bawa corak batik ke peringkat dunia. All the best for the team
ReplyDeletelain drp yg lain.. nampk menarik
ReplyDeletetahniah NK berjaya tembusi pasaran London. Yes betul bukan mudah untuk jenama tempatan ke sana. memang betul-betul salute la. cantik jugak design baju tu, kat Malaysia boleh beli on9 tak
ReplyDeleteWah baguslah Noriah Kareem ni anjurkan acara fesyen antarabangsa untuk para pereka Malaysia menunjukkan bakat mereka dalam bidang fesyen ke mata dunia. Bukan senang nak tunjukkan bakat ke arena antarabangsa kan. Satu peluang yang harus mereka grab
ReplyDeleteWow! macam-macam fashion yang cantik tu! Good for designer!
ReplyDeletehttps://mousemommytreats.blogspot.com/
Bagus bagi peluang fashion designer malaysia macam ni. Design dekat malaysia pun cantik-cantik jugak. Takdela pelik tahap sampai orang nak pakai pun pilir beratus kali.
ReplyDeleteBagus dapat tonjolkan bakat designer yang sedia ada. Bakat yang perlu dihargai. Syira pun suka fesyen
ReplyDeletedesign baju dia woww sangat..bgusla ada fashion ni..kita suka tengok..bagi peluang pereka lain tunjukkan kebolehan mereka,tunjukkan design gn baju masing-masing
ReplyDeleteGood effort ya, Norish Kareem London memberi peluang pada pereka fesyen tempatan untuk maju keperingkat global
ReplyDeleteCara Nak Install Dan Guna Google Analytics DiBlog Wordpress
Bagus Noris Kareem buat acara sebegini, dapatlah pereka tempatan melebarkan sayapnya keluar negara, memang bukan senang nak masuk ke level antarabangsa
ReplyDelete