Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

18 September 2017

SPA REVIEW: LaPétales Beauty SS2 Petaling Jaya


Kaunter pendaftaran dilengkapi dengan risalah mengenai produk dan rawatan

Sebagai seorang wanita, kecantikan kulit amat perlu dititikberatkan untuk mendapatkan kulit yang mulus dan segar berseri. Rawatan facial menjadi pilihan Qiss untuk memastikan kulit Qiss sentiasa segar dan sihat. Facial ini sebenarnya membantu membuang sel-sel kulit mati dan sel kulit mati ini jika kita tidak bersihkan, wajah akan menjadi kusam dan tidak bermaya.



Selalunya kita ke spa ataupun beauty centre untuk mendapatkan khidmat facial. Beauty centre yang menjadi pilihan Qiss ialah LaPetales yang terletak di SS2, Petaling Jaya. LaPetales telah melancarkan beauty centre kedua selepas kejayaan beauty centre mereka yang pertama di Kota Damansara.

Setelah membuat temujanji dan menetapkan tarikh untuk rawatan, maka tibalah hari yang dinantikan. Untuk temujanji facial ni, kita kena datang awal 10-15minit kerana waktu rawatan sangat tepati masa dan mereka ada temujanji dengan pelanggan lain jam berikutnya.


Ruang menunggu yang selesa dan tenang

Setelah dikenalpasti jenis kulit, maka rawatan yang sesuai dimulakan.

Berikut adalah senarai rawatan untuk Qiss yang mengalami masalah kulit kering dan kusam. Kesemua produk menggunakan produk jenama Declors yang diperbuat daripada tumbuhan dan tiada bahan-bahan pengawet.

1. Cleanser - Bermula dengan cleanser, wajah Qiss dibersihkan dan dilap kering.

2. Deep cleanser / bubble cleanser – Kemudian dibersihkan menggunakan bubble cleanser dan ia membantu membersihkan wajah dan liang pori.

3. Toner – Selepas itu disapukan toner untuk menyegarkan kulit.

4. Skrub – Skrub digunakan untuk menanggalkan kulit mati yang telah menyebabkan kulit Qiss kelihatan kusam dan kelihatan berusia.

5. Mask – Mask pertama disapukan ke wajah dan di steamkan menggunakan wap.

6. Steam – Rawatan wap air selama 10 minit ke wajah untuk membersihkan liang pori yang tersumbat kerana penggunaan produk kosmetik.

7. Balm – Digunakan untuk urutan wajah dan dapat menenangkan mood pelanggan.

8. Essential – Proses membersihkan jerawat, blackhead dan whitehead pada wajah.

9. Mask – Disapukan untuk kali kedua dan dibiarkan selama 20 minit.

10. Toner – Wajah yang telah dibersihkan disapu toner dengan teknik ‘ tap,tap,tap’ lembut ke wajah.

11. Moisturiser – Akhir sekali disapu moisturiser untuk mengekalkan kelembapan kulit.

Bersama Pengasas LaPétales Beauty
semasa Soft Launch pada Ogos lalu
Kulit wajah lebih berseri selepas
rawatan facial pada 13 September


Setelah menerima rawatan, muka Qiss kelihatan lebih cerah dan bermaya. Lepas ni kena rajin skrub muka seminggu sekali dan ke beauty centre LaPetales ni sebulan sekali. Memang muka akan berseri-seri dan tidak lagi kelihatan tua.

Untuk maklumat lanjut:

SS2 Branch

Address: 41-1, Jalan SS2/55, 47300 PJ (above Weng Kwong Jewellery)

16 comments:

  1. Lama xdatang ke SS2, macam menarik je rawatan yang ditawarkan disini.

    ReplyDelete
  2. Alahai...lama dah SA x pi spa....terus rasa nak pi Spa...

    ReplyDelete
  3. been looking for a place to do my facial, thanks for the info!

    ReplyDelete
  4. bestnya spa ni...boleh la ke sana weekend nanti

    ReplyDelete
  5. quite so long juga x ke spa
    i think since 2012 kot.. hahaha
    what to do.. bz bz bz.. but must get
    some reat for relaxing.. mayb boleh cuba spa ni..
    nice sharing deae

    ReplyDelete
  6. Seronok ni buat facial! rejuvenate diri kita :)

    ReplyDelete
  7. Lama dah tak memanjakan diri. Why not untuk cuba jika berpatutan dan berikan hasil yang baik pada wajah.

    ReplyDelete
  8. lama tak pi spa. bestnya qis dapat pergi. spa ni kalau boleh pi 3 kali sebulan pun syok. mesti gebu hehehehhee

    ReplyDelete
  9. Tak pernah pergi lagi tapi kalau ada chance memang akan lawat

    ReplyDelete
  10. wah.. sekali sekala memanjakan muka apa salahnya kan. hihi. Lama tak ke SS2.

    ReplyDelete
  11. wah boleh akhir pekan ini bawa istri ke sini :D

    ReplyDelete
  12. Reminds me on my spa appointment. Would love to try this too.

    ReplyDelete
  13. Menarik juga ya, tetapi agak jauh dari Bandar Baru Bangi.
    Biasanya berkunjung disini sahaja.

    ReplyDelete
  14. Best kan org urut2 buat facial kat muka huhu...yg ni brape ni ne tau leyh try nnt heee

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com