Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

18 March 2019

Produk Terbaru SAFI Expert Solution Membantu Mengekalkan Keremajaan Wajah

Semakin meningkat usia, kulit wajah mula menunjukkan tanda-tanda penuaan. Bintik-bintik hitam di wajah kadangkala meresahkan perasaan wanita.


SAFI kini mengeluarkan SAFI Expert Solution Intensive ampoules, Anti Hyper Pigmentation ini diuji secara klinikal dan ia dapat membantu memudarkan bintik hitam dalam masa dua minggu.




Punca bintik-bintik hitam muncul di wajah ialah:
1. Terlalu lama terdedah kepada cahaya matahari.
2. Proses penuaan kulit secara natural.


Cara penggunaan:

Langkah pertama

Gunakan Renewal Hydra Complex.

Titiskan beberapa titis ampoule ini ke tapak tangan.

Kemudian sapukan ke seluruh wajah anda.

Biarkan ampoule ini menyerap ke dalam kulit sebelum anda meneruskan langkah kedua.




Langkah kedua

Gunakan Supreme Anti-Spots Complex

Picitkan sedikit ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh wajah secara putaran menaik. Bagi mendapatkan kesan ketegangan kulit wajah.





SATU SET LENGKAP


Didatangkan dalam satu kotak yang mengandungi 3 botol iaitu, dua botol Renewal Hydra Complex yang boleh bertahan dengan penggunaan selama empat minggu. Kiranya korang cuma pakai sebotol untuk minggu pertama dan kedua dan botol kedua untuk minggu ketiga dan ke empat.

Satu botol lagi ialah Supreme Anti-Spots Complex yang merupakan krim untuk langkah kedua.


Untuk lebih keberkesanan gunakan kedua-dua produk ini pada waktu pagi dan malam setelah membasuh muka.

SAFI Expert Solution Intensive Ampoules ini merupakan rawatan selama satu bulan dan korang kena meneruskan memakai produk ini untuk bulan berikutnya.

Untuk rawatan kulit kering, berkedut sebelum usia dan berkerak korang disarankan menggunakan SAFI Expert Solution Milk Drop Serum - Anti Dehydrated Skin. Diuji secara klinikal dan hasilnya korang akan dapat manfaat sehingga 280% kelembapan kulit yang segera.




Dengan teknologi Aktif NMF dan Ultra-Micro Hyaluronic Acid ia dapat membantu melembapkan kulit. Ia juga senang menyerap ke dalam kulit.

Cara penggunaan

Langkah satu
Basuhkan muka dan sapukan Milk Drop Serum ini di wajah.

Langkah kedua
Buat urutan muka secara bulatan sehingga krim tadi bertukar menjadi titisan air. Teruskan urutan tersebut sehingga serum menyerap ke dalam kulit.


Kedua-dua produk SAFI ini tidak mengandungi minyak mineral, tiada alkohol, tiada paraben dan tidak diuji ke atas haiwan.

Jom tengok sebelum dan selepas Qiss guna set ini.

SEBELUM



SELEPAS


Ape pendapat korang?

Jom share dengan Qiss...

Jom dapatkan produk ni tau. Korang pasti jatuh cinta dengan produk terbaik ni.

1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com