Qiss suka sangat kalau ada bubur lambuk masa berbuka sebab mengenyangkan. Dalam setiap hidangan bubur lambuk itu sendiri sudah tersedia daging dan ayam dan yang membuatkan bubur lambuk itu sedap ialah bahan-bahan yang dimasukkan ke dalam bubur lambuk itu sendiri.
Tahun ni, sempena dengan kehadiran bulan Ramadan Al-Mubarak 1440 Hijrah yang bakal tiba tidak lama lagi, Menara Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk yang ke sekian kalinya.
Ada yang pandai makan je bubur lambuk ni, tak kurang juga yang pandai memasak bubur lambuk ni kan. Selalunya untuk bubur lambuk, pihak masjid dan orang ramai akan bergotong-royong di masjid dan mengagihkan bubur lambuk ini kepada masyarakat sekitar.
Menyedari keistimewaan itu, Menara Kuala Lumpur dengan kerjasama Masjid Jamek Kampung Baru Kuala Lumpur dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur akan menganjurkan Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2019
Hari: Sabtu
Tarikh: 27 April 2019
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Perkarangan Menara Kuala Lumpur
Pertandingan ini terbuka kepada Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dimana setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang dan terbuka kepada 30 kumpulan dalam dua kategori termasuk Kategori Asli dan Kontemporari, dimana bagi Kategori Asli, para peserta perlu memasak bubur lambuk dengan menggunakan bahan-bahan asli yang telah disediakan sahaja.
Manakala bagi Kategori Kontemporari pula, para peserta dibenarkan untuk menambah bahan- bahan tambahan lain mengikut kreativiti masing-masing bagi memberi kelainan dalam masakan bubur lambuk tersebut.
"Antara tujuan utama penganjuran pertandingan ini adalah bagi memperkenalkan Bubur Lambuk ke serata dunia, selain daripada menambah minat generasi muda terhadap warisan masakan tradisional ini supaya ianya tidak dilupakan dan pupus dalam era kemodenan masakini", kata YBhg. Datuk Rozlan Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Menara Kuala Lumpur Sdn Bhd.
"Pertandingan ini juga memberi peluang kepada para pengunjung tempatan dan antarabangsa untuk mengetahui dengan Iebih mendalam mengenai sejarah dan kaedah masakannya, disamping merasai pelbagai resepi yang disediakan. Ianya bertepatan dengan aspirasi Menara Kuala Lumpur untuk menjadikan Menara Kuala Lumpur sebagai destinasi wajib untuk aktiviti Kebudayaan (Culture), aktiviti Lasak (Adventure) dan Alam semulajadi (Nature)", tambah beliau Iagi.
Para hari pertandingan, Menara Kuala Lumpur juga akan menjemput dua rumah anak-anak yatim dan Asnaf untuk bersama-sama memeriahkan acara ini dan sumbangan Zakat akan diberikan untuk meringankan beban hidup mereka, sebagai salah satu aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat, (CSR).
Untuk makluman semua, bubur lambuk yang telah dimasak akan diagih-agihkan kepada para pelawat tempatan dan antarabangsa yang mengunjungi Menara Kuala Lumpur.
Ianya juga akan diagihkan ke masjid-masjid dan orang gelandangan yang ada disekitar Bandaraya Kuala Lumpur ini. Bubur yang paling lazat dan memenangi hadiah tempat pertama dari kedua-dua kategori akan dijual untuk mengumpul derma bagi membantu asnaf dan fakir miskin bagi persiapan mereka untuk menyambut Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang tiba.
Tidak ketinggalan juga Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN) akan mengambil bahagian untuk membuktikan kebolehan dan kepakaran memasak bubur lambuk ciptaan istimewa mereka. Bakat mereka bukan setakat pada bidang seni akan tetapi dalam bidang kulinari juga.
Pertandingan Memasak Bubur Lambuk 2019 ini mendapat sokongan daripada Masjid Jamek Kampung Baru, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), SENIMAN, serta Rakan Acara Utama - Syarikat Faiza Sdn. Bhd, Rakan Kulinari - Restoran Berputar Atmosphere 360 serta rakan-rakan acara lain seperti Petronas Dagangan, Yayasan Patriot Negara Malaysia (PATRIOT) dan Moma Water.
Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai sehingga RM8,000.00 untuk dimenangi oleh para pemenang! Jangan lepaskan peluang keemasan ini.
Yuran penyertaan hanya RM100.00 bagi setiap kumpulan. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi 03-20205448 atau lawati Facebook rasmi kami di 'offlcialmenarakl' atau Instagram @menarakl.
Sedapnya bubur lambuk. Bagus lah pertandingan gini, sambil compete sambil boleh sedekah juga.
ReplyDeletesaya tak makan bubur lambuk.. xtau knp mmg xsuka. tapi bila tgk org beratur dan rewang masak n kacau ramai2 nampak meriah dan terhibur kan
ReplyDeletewa PERTANDINGAN MEMASAK BUBUR LAMBUK 2019 MENARA KUALA LUMPUR sounds so much fun! The prize is also very attractive! Good luck to the participants
ReplyDeleteSedapnya bubur lambuk.hebat betul siapa yang teror memasak bubur lambuk ni. Dah lama rasa tak makan
ReplyDeleteMana boleh bubur lambuk kotemporari. Tak suka tak suka. Yang original lagi sedap hehe
ReplyDeleteMenara KL ni memang setiap tahun akan buat pertandingan Bubur Lambuk ni kita sempat pergi sekali jer 2tahun lepaas kot hehehe memang meriah dan ramai yang masuk harap ia menjadi aktiviti tahunan kat sini satu yang menarik dan unik....
ReplyDeletesedapnya bubur lambuk. tanda-tanda bulan ramadan dah dekat la ni. mengidam jugak nak makan bubur lambuk waktu berbuka puasa..lagi sedap dapat makan panas-panas.. yumm!
ReplyDeleteBubur lambuk.. Sedapnya. Salah 1 my favourite. Selalu masak. Bbuh daging. Sedapnyaaa..
ReplyDeleteTapi kalau dapat bubur lambuk dari orang sedekah tu pun best kalau pada bulan ramadan. Feel dia lain sangat sangat.
Bestnya ada pertandingan memasak bubur lambuk .Dulu kat pejabat selalu jugak buat bubur lambuk time puasa untuk diagihkan pada jabatan lain .Terbayang bayang plak rasa bubur lambuk
ReplyDeleteSedapnya bubur lambuk. Lama x makan. Nampak sedap giler bubur kat situ. Mmg feel lain kalau dapat makan bubur free apatah lagi bulan ramadhan
ReplyDeletewahhh kalau ada team sendiri memang nak jer join...saya terer jugak masak bubur lambuk....mesti nanti ada macam2 versi dan rasa kan....hidangan wajib bulan puasa
ReplyDeleteYupe~Ramadhan is fast approaching and bubur lambuk is one of the must have to celebrate the holy month. :)
ReplyDeleteSedapnye bubur lambuk.. Kita mmg hantu bubur lambuk. Kalau buat xsah kalau xmakan.. Xsbr nk tggu ramadhan tiba.
ReplyDeleteemi kurang gemar bubur lambuk. tp bubur lambuk ni memang kegemaran mostly kawan2 emi, especially bulan puasa.
ReplyDeleteSeronoknya ada pertandingan masak bubur lambuk. Slps masak tu boleh sedekah kat orang ramai utk makan dan kongsi rezeki bersama. Best!
ReplyDeleteterliur tsng bubur lambuk tu. Bagusnya diadakan acara macamni. Dalam memperkenalkan bubur lambuk kepada dunia, dapat beramal juga.
ReplyDeletePakkal la jauh di KL sana, kalau tak, teringin juga datang dan tgk mcm mana orang buat bubur lambuk kontemporari ^^