Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 March 2019

Nestle Lancarkan Kempen Super Brand Day Pertama bersama Shopee

Nestle Malaysia hari ni berganding bahu dengan Shopee untuk menjayakan kempen Nestle Super Brand Day atau Hari Jenama Hebat Nestle yang pertama!




NestIe ialah Syarikat FB pertama di Malaysia untuk melancarkan kempen Nestle Super Brand Day, Kempen Nestle Super Brand Day akan berlangsung di Shopee dari 25 hingga 31 Mac 2019.

Sepanjang kempen tujuh hari ini, pengguna boleh memanfaatkan promosi menarik membabitkan pelbagai produk Nestle yang berbeza. Tarikan utama kempen ini ialah pelancaran beberapa inovasi paling popular kami yang akan ditawarkan buat pertama kali dalam talian - secara eksklusif di Shopee.


Produk baharu ini termasuk NESCAFE Cold Brew stik kami yang terbaharu, yang juga merupakan produk Nestle pertama untuk dilancarkan secara eksklusif menerusi e- dagang.



Produk baharu lain yang kini boleh didapati dalam talian termasuk MAGGI Pedas Giler, dalam 3 perisa pedas - Ayam Bakar yang menyelerakan, Tom Yummz masam pedas, dan Seafood Berapi yang menambat selera.


Korang berani tak Cuba Maggi
 2X Pedas Giler ni?


Bijirin Granola Protein MILO (Kandungan Protein, Kalsium dan juga Zat Besi yang Tinggi), MILO dengan Bijirin Penuh, dan susu Nestle JUSTMILK Strawberi.


En. Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle Malaysia mengulas, "E-dagang membuka peluang yang luas untuk menjana pertumbuhan, menggiatkan inovasi dan mendekati pelanggan dengan cara yang baharu dan menarik. Nestle bertekad untuk memuaskan hati pengguna dan mempelopori inovasi dalam usahanya meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kepada masa depan yang lebih sihat".


Jom tandakan korang punya kalendar sekarang sebab best sangat promosi Nestle dan Shopee ni.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh muat turun aplikasi mudah alih Shopee.

 @shopee_my #shopeemy #shopeemalaysia

2 comments:

  1. Produk Nestle memang tak pernah mengecewakan. Semestinya LeYa memang peminat setia..

    ReplyDelete
  2. Yahooooo boleh shopping barang nestle kat shopee nanti

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com