Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

04 May 2020

Buat Pesanan Juadah Ramadhan Melalui E-Bazar PLATS

Assalamualaikum dan hai,

Sejak mula puasa hari tu Qiss asyik masak kat rumah, pelbagai menu dah dicuba. Kali ni Qiss nak cuba order dari PLATS pula.



Memandangkan Kajang ni dekat je dengan Bangi, memang berguna sangat laman web ni. Di sekitar Bangi sahaja terdapat beberapa ekitchen yang beroperasi. Haa lagi banyaklah pilihan makanan yang Qiss ada kan. Antara menu menarik yang membuatkan Qiss nak membuat pesanan melalui PLATS ialah lemang dan rendang ayam dengan harga yang berpatutan. Nasi kerabu pun ada juga. Kalau macam ni hari-hari order kat PLATS pun takpe.


Kalau anda nak tahu, PLATS merupakan platform e-bazar yang dilancarkan oleh Menteri Besar Selangor Incorporated (MBI) bagi menyediakan juadah Ramadan di seluruh Selangor. Bukan setakat Bangi je, E-Kitchen PLATS beroperasi di 12 kawasan sekitar Selangor. Buat masa ini PLATS telah beroperasi di Bangi, Shah Alam, Salak Tinggi, Semenyih, Bandar Utama dan Ampang.

Melalui PLATS konsep e-Kitchen yang ditubuhkan berfungsi sebagai platform bagi pengumpulan pesanan tempahan sahaja. Tiada sebarang aktiviti memasak akan dijalankan melalui platform ini. Pembelian secara terus (walk in) juga sama sekali tidak dibenarkan.

PLATS kini dibuka di Bangi, Semenyih, Salak Tinggi, Shah Alam, Bandar Utama, Ampang

Cara membuat pesanan ialah melalui laman web PLATS (https://www.plats.com.my/) bermula dari 9.00 pagi hingga ke 4.00 petang dan penghantaran akan bermula pada jam 3.30 petang hingga 7.00 malam. Jadi anda hanya perlu menunggu makanan sampai di depan rumah je tau. Mudah sangat kan. Pesanan tempahan ini akan dihantar oleh rakan penghantaran seperti Grab, Mr. Speedy, Zepto Express dan MatDespatch.


Semua e-Kitchen akan mematuhi jarak sosial yang telah ditetapkan kerajaan dan amalan kebersihan yang ketat sementara peniaga juga perlu mendapat suntikan pelalian tifoid seperti yang digariskan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Jom tengok menu-menu yang lain juga. Ada kuih-muih yang pastinya memenuhi citarasa anda. Terdapat pelbagai jenis kuih yang ada sempena bulan Ramadan ini seperti kuih lapis, tepung pelita, murtabak dan lain-lain.



Murtabak pun mesti kena ada untuk berbuka puasa. Tambahan inilah kegemaran Qiss sekeluarga. Tak sabar ye nak berbuka puasa. Yang paling seronok boleh cuti memasak untuk hari ni. Yahuuuuu!

Untuk orang ramai yang tinggal di sekitar Ampang. Terdapat juga E-Kitchen yang beroperasi melalui PLATS, anda hanya perlu menyemak E-Kitchen yang berdekatan anda sebelum membuat pesanan.


Menu menarik untuk orang Bandar Utama, ada Nasi Ambeng dan Roti Jala. Haa meriah buka puasa nanti. Menu yang lain-lain juga boleh dilihat di laman web PLATS ini https://www.plats.com.my Selamat membuat pesanan dan selamat berbuka puasa ye semua.


20 comments:

  1. wahhh kite nampak ada location dekat dengan rumah..

    ReplyDelete
  2. senang sangat kalau macam ni..hujung jari je

    ReplyDelete
  3. igtkan PKP ni tak boleh lah nak beli keluar ke bazar ramadan..tp dengan adanya online semua ni sgt memudahkan..tak yah pening2 nak keluar bagai..semua menu pun ada

    ReplyDelete
  4. Mudah kan ada apps platform macam ni, hikmah juga PKP ni, kita banyak membantu mereka yang meniaga ni..sedar tak sedar, kita sendiri pun tak tau ada makanan yang sedap, yang boleh kita order jer dengan mudah kan...

    ReplyDelete
  5. pasti rmi rindu bazar ramadhan tp apakan daya thn ni tkde spt thn2 sudah...tp ada alternatif lain org rmi bole beli thru online kn..

    ReplyDelete
  6. Belum pwrnah cuba tenpah makanan melalui app ini... nampak kuih kuih nya menarik gak kan?

    ReplyDelete
  7. wahhh bestnya sekarang banyak platform e-bazaar, harga pun berpatutan

    ReplyDelete
  8. Yayyyy warga Bangi ada dalam senarai. Boleh la order sebab kadang2 nak makan benda lain daripada yang sendiri masak kan?

    ReplyDelete
  9. Tu lah kan..tiap2 hari masak sampai tak tahu nak masak apa dah. Bagus jugak adanya PLATS ni kan, boleh le beli bila tak tahu nak masak apa

    ReplyDelete
  10. Bgusnyaa.. Kita suka.. Ada dekat ampang.. Boleh cek nanti. .banyak pikihan ni. Bgusla buat macam ni. Dapat makan makanan yang kita nak

    ReplyDelete
  11. tebal2nya murtabak tu, terliur pulak. bolehlah gunakan apps ni kan, mudah je

    ReplyDelete
  12. Beruntung jadi org selangor sebab ada PLATS ni.. Kalau rse malas masak boleh try order food delivery cmni.. Ringkas dan senang lagi2 buat yg bekerja xsmpt nak masak.

    ReplyDelete
  13. Bestkan kalau rindu bazaar ramadhan. Boleh order kat sini. Senang dan mudah

    ReplyDelete
  14. Alhamdulilah. Boleh nak cari kuih muih sebab lama sangat rasa tak makan kuih time berbuka - asyik makan nata de coco hahaha

    ReplyDelete
  15. Bestnya ada e-bazaar. senang kan nak beli makanan yang stail street foods kan. Nanti nak cuba. Akak kat kawasan Ampang.

    ReplyDelete
  16. Wah menariknya. Semalam saya tengok TV macam mana e-kitchen ni beroperasi dan saya rasa PLATS ni memang sangat membantu peniaga dan pembeli macam ni

    ReplyDelete
  17. Baguslah ada web PLATS memudahkan warga sekitar bangi oder juadah berbuka dlm masa PKP nikan dan byk pilihan

    ReplyDelete
  18. bagus ada alternatif lain macam ni. sedikit sebanyak dapat membantu pengusaha kecil

    ReplyDelete
  19. Senangnya ada e-bazar dari PLATS nie.. Nk makan apa smua ada.. Order je..dah selalu msak kdang xde idea nak masak ape..

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com