Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

30 January 2021

Program PERCUMA Kawal Kencing Manis

Mempunyai latar belakang saudara yang mempunyai penyakit kencing manis membuatkan Qiss sentiasa peka pada tahap gula dalam makanan. Bila pulang ke kampung dan berjumpa saudara tersebut dan melihatnya mencucuk insulin di perut sendiri, Qiss rasa kasihan dan sejak dari itu Qiss akan menjaga pemakanan Qiss dan keluarga.


Tak seronok ye kalau hari-hari kena cucuk insulin sendiri. Lagipun Qiss takut jarum. Setakat ni Alhamdulillah bila cek kadar paras gula dalam badan Qiss masih menunjukkan paras normal.

Kenali diabetes 

Peringkat Diabetes





Apakah punca berlakunya kencing manis?

Faktor-faktor berlakunya risiko kencing manis atau diabetes adalah seperti berikut:

1) Berlebihan berat badan atau kegemukan.

2) Tidak bersenam dan gaya hidup tidak aktif.

3) Pemakanan - pengambilan makanan tinggi lemak dan kurang serat.

4) Keturunan - diabetes mempunyai perkaitan yang kuat dalam keluarga. Kajian mendapati bahawa golongan yang berisiko tinggi mendapat kencing manis adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sejarah ahli keluarga yang menghidap kencing manis. 

5) Peningkatan umur - berumur diantara 45 tahun dan ke atas.

6) Bangsa – kaum India mempunyai lebih risiko mendapat diabetes.

7) Kehamilan - ibu hamil berisiko mendapat diabetes sekiranya kandungan gula dalam pemakanan semasa mengandung tidak diambil kira. 

Tanda-tanda kencing manis?

1) Kerap dahaga dan kerap kencing pada waktu malam

Tanda kencing manis yang paling biasa ialah selalu rasa haus. Apabila waktu malam pula, selalu ke tandas untuk kencing.

Lebihan glukosa dalam saluran darah membuatkan buah pinggang bekerja lebih keras untuk memprosesnya. Ini menyebabkan seseorang menjadi kerap membuang air kecil pada waktu malam.

Apabila air banyak hilang anda akan menjadi lebih dahaga. Itulah antara petanda badan anda sedang cuba menggantikan air yang telah hilang.

2) Berat badan menyusut dengan drastik

Anda kena hati-hati apabila berat badan menurun tiba-tiba walaupun kuantiti makanan yang diambil adalah sama setiap hari. Inilah antara tanda kencing manis.

Bagi sesetengah orang, kehilangan berat badan secara drastik dalam masa yang singkat mungkin menggembirakan mereka.

Tetapi awas kerana ia mungkin salah satu tanda anda menghidap kencing manis kerana disebabkan oleh kegagalan badan untuk memproses glukosa sebagai tenaga yang menyebabkan ia mula memecahkan otot dan lemak untuk menghasilkan tenaga.

3) Jarak penglihatan menurun

Antara tanda kencing manis yang orang selalu abaikan ialah tidak dapat melihat dengan jelas.

Kandungan gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan perubahan pada bentuk kanta dan mata yang seterusnya mengakibatkan seseorang mengalami kabur penglihatan. Seseorang itu mungkin juga akan buta sekiranya ianya dibiarkan untuk tempoh yang panjang.

4) Sering kebas pada tangan dan kaki

Ia berlaku disebabkan oleh kerosakan pada sistem saraf atau pembuluh darah yang menyebabkan seseorang mengalami kesemutan, kebas atau bengkak pada tangan dan kaki.

Ini kerana darah tidak lagi sampai pada hujung saraf anggota badan.

5) Luka yang lambat sembuh.

Ini tanda kencing manis yang paling menakutkan. Selalu orang kata, sampai boleh kena “Potong kaki!”.

Sistem saluran darah yang rosak kerana gula berlebihan juga turut memberikan kesan kepada penyembuhan luka kerana darah tidak dapat disampaikan kepada anggota-anggota badan. Pesakit juga mungkin tidak akan rasa sakit pada bahagian yang luka.

Paling menakutkan apabila luka-luka ini menjadi semakin teruk dan membusuk dimana hanya dengan memotong anggota badan tersebut merupakan jalan untuk menyembuhkannya.


PROGRAM KAWAL KENCING MANIS

kawalkencingmanis.com merupakan Program Percuma 100% Yang Mengembalikan Senyuman Kepada Penghidap Kencing Manis 

Merupakan sebuah platform sehenti yang diterajui ahli professional kesihatan yang telah dilancarkan awal Januari lalu bagi memberikan pemantauan kesihatan secara PERCUMA kepada mereka yang menghadapi masalah kencing manis. Program secara atas talian ini bakal dilaksanakanselama 14 hari bermula daripada 1 Februari sehingga 14 Februari 2021. 

Organisasi tidak berasaskan keuntungan yang menerajui program ini terdiri daripada Doktor Perubatan, Dietitian dan Nutritionist yang akan memberi sokongan serta memantau 150 orang ahli terpilih yang berdaftar di laman sesawang 

http://www.kawalkencingmanis.com

Program ini tidak hanya terbuka kepada mereka yang telah disahkan oleh doktor sebagai penghidap kencing manis. Malahan, ia turut memberi peluang kepada mereka yang berisiko tinggi menghidap kencing manis serta kenalan terdekat mereka dengan masalah yang sama. 

Menurut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 (NHMS 2019), 1 daripada 5 orang dewasa di Malaysia adalah penghidap Kencing Manis iaitu terdiri daripada kira kira 3.9juta rakyat Malaysia. Statistik yang membimbangkan ini turut menunjukkan bahawa Malaysia adalah di antara negara yang mempunyai angka pesakit kencing manis tertinggi di dunia.

Dalam situasi pandemik COVID-19 ini, 83% kematian adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai sekurang-kurangnya satu masalah kesihatan. Pesakit kencing manis merupakan penyumbang terbesar kepada kematian COVID-19 iaitu sebanyak 70%. Manakala 64.9% kematian pesakit COVID-19 mempunyai masalah darah tinggi (Statistik Kematian COVID -19 di Malaysia, 11 Oktober 2020).

Sehubungan itu, pelbagai aktiviti pemantauan telah disusun bagi membantu para peserta yang menyertai program selama 14 hari ini. Di antaranya termasuklah jadual pemakanan bagi menurunkan tahap bacaan gula dalam darah, akitiviti senaman tanpa perlu keluar rumah, latihan pengawalan stress, kaedah tidur lena tanpa rasa dan gangguan ingin ke tandas setiap malam serta kaedah dan cara pengambilan nutrisi yang berkesan dari sumber alam semulajadi.

Bacaan gula dalam darah


Pastinya ini adalah peluang terbaik bagi para penderita kencing manis dalam usaha untuk mengembalikan nikmat kesihatan dan kesembuhan sepenuhnya secara langkah demi langkah dengan mendapatkan pemantauan berpandu daripada yang pakar. 



Qiss pun dah daftar untuk program ini. Mungkin ada yang boleh diperbaiki bagi memastikan keluarga Qiss tiada lagi yang menghidap penyakit kencing manis. 

Sekiranya anda terlepas mengikuti program ini. Sertai batch seterusnya yang akan dijalankan pada 1-14 Mac 2021. Daftar segera di http://www.kawalkencingmanis.com


Dapatkan langkah proaktif dalam mencegah dan mengawal kencing manis di 

http://www.kawalkencingmanis.com

Laman sesawang rasmi: http://www.kawalkencingmanis.com

FB Page:

  Program Kawal Kencing Manis 

Instagram: 

Program Kawal Kencing Manis 

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com