Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

10 May 2021

Riang Raya Dengan Yoodo Meriahkan Syawal Anda

Assalamualaikum dan hai semua,

Kali ni Qiss nak kongsikan tentang Riang Ria Raya YOODO. Macam pernah dengar YOODO ni kan. YOODO ni sebenarnya antara salah satu rangkaian perkhidmatan talian telefon yang ada di Malaysia ni.


Sebelum terjadinya pandemik covid-19 ni, Qiss selalu join event YOODO sebab minat game PUBG. Memang kalau pakai line YOODO ni memang tak "lag" la game anda.

YOODO pun ada banyak team untuk esports. Aktif juga la team YOODO ni sertai pertandingan esports. Kalau anda peminat gaming atau esports boleh ikuti Facebook YOODO esports 

Sejak dari PUBG la Qiss kenal YOODO ni. Yang best tentang YOODO, anda diberi kebebasan untuk memilih pelan-pelan mengikut keperluan anda.

Anda boleh pilih pelan untuk membuat panggilan (berapa minit panggilan ikut kesesuaian anda), SMS, kelajuan pelan data dan hotspot quota. Ada lebih 2 juta kombinasi untuk dipilih. 

Tak perlu Kad SIM

Anda tak perlu risau sekiranya anda nak guna YOODO ni kalau anda tiada Kad SIM YOODO sebab YOODO menyediakan eSIM yang lebih mudah, senang hubung dan ada dua SIM. Ciri-ciri ini menepati telefon IOS dan android yang terpilih.

RIANG RAYA DENGAN YOODO 

Sempena Hari Raya kali ni, YOODO membuat kelainan pada video raya mereka. Qiss teruja nak tengok video raya YOODO sebab dia tak ada babak sedih-sedih potong bawang mengalir air mata.. hehehe..

Jom tengok video raya YOODO ni

Kelakar kan video raya YOODO ni? Anda agak siapa yang menang? Tart Nenas ataupun  SAMperit? 

Inilah calon-calon anda:




Kenalkan SAMperit. Calon kegemaran Qiss. Sedap eh raya makam kuih samperit. Harap-harap SAMperit menang undian nanti.



Kalau anda baca manifesto dua-dua calon ni mesti geli hati. Tapi itulah. Qiss memang suka kuih SAMperit, jadi tak mustahil kalau Qiss undi kuih SAMperit. 

Anda boleh undi untuk kuih kegemaran anda kat sini JOM UNDI KUIH KEGEMARAN ANDA 

Nanti boleh tau siapa yang menang. YEAYY!

Kalau nak tengok perjalanan kempen mereka boleh ikuti laman Instagram @tartnenasofficial dan @samperitofficial

Pilihan RIANG RAYA

Pelbagai promosi turut berlangsung dan salah satunya, Pilihan Riang Raya. Belanja RM50 dan ke atas selama 2 bulan berturut-turut dan anda mungkin memenangi pelbagai hadiah yang menarik. 

Ada iPhone 12, Kerusi Gaming, telefon, earbuds dan duit raya. Pengguna YOODO jangan lepaskan peluang ni tau. Mungkin anda pemenang bertuah tu.

Kempen berakhir 30 Jun 2021

JOM RAYA DENGAN YOODO DAN TROPICANA 

Beli 1 pek kembar Tropicana Twister dan dapat RM5 kredit percuma dan 5GB data.

Double The Data 

Bagi anda yang sukakan kelajuan pantas, jangan lupa subscribe data high speed dan dapat ekstra 10GB data PERCUMA.

Promosi bermula dari 10GB dan ke atas.

Wow! Free E-Gift Cards

Tebus YOODO wowcher promo secara percuma.

Nilai wowcher lebih dari RM10000 untuk direbut.

Setiap minggu, wowchers baru akan diberikan sehingga 13 Jun 2021.

Jaringan Prihatin YOODO

Sekarang ada satu inisiatif dari kerajaan untuk membantu meringankan beban rakyat yang dipanggil Jaringan Prihatin.

Jumlah peruntukan sebanyak RM2 bilion mensasarkan golongan B40 yang berdaftar dan berkelayakan dan mendapat Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Jaringan Prihatin ini adalah bantuan pakej telco bersubsidi dengan kerjasama penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Dengan Prihatin Pass dari YOODO,  pengguna boleh mendapatkan 80GB data berkelajuan tinggi dengan hanya RM20 sebulan. Jaringan Prihatin ini akan berlangsung selama 12 bulan. Jika berminat untuk mendaftar, tarikh tutup pendaftaran adalah pada 31 Julai 2021. 


Kalau anda nak tahu lebih lanjut tentang YOODO dan promosi terbaru, boleh layari:

Website:

https://www.yoodo.com.my

Facebook:

https://www.facebook.com/yoodoMY/

Instagram:

https://instagram.com/yoodomy



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com