Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

25 May 2021

Ada Masalah Ekzema? Saapuu Aja!

Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Kerap kali kita mendengar masalah ekzema berlaku dalam kalangan kanak-kanak dengan kulit menjadi ruam merah, bengkak dan gatal berpanjangan sehingga menimbulkan rasa tidak selesa.

Bagaimanapun, jangan fikir masalah ini hanya berlaku dalam kalangan kanak-kanak saja, sebaliknya orang dewasa juga boleh mengalaminya.

Ekzema merangkumi kumpulan penyakit kulit yang menyebabkan kegatalan dan kemerahan pada kulit. Ia bukanlah penyakit yang berjangkit kepada orang lain dan tiada ubat penyembuh, tetapi ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan dan rawatan khusus jika bertambah teruk.

Bagi kerani pentadbir di sebuah syarikat swasta, Norshalizawati Shahar, 38, menyaksikan penderitaan anak keduanya, Putri Damia Maisarra Hassan Ali (11) bergelut dengan ekzema bukan satu perkara yang  diingini.

"Bayangkan sejak usia empat tahun melihat dia berperang dengan sakit kulit itu hingga sekarang. Saya sendiri sampai satu tahap jatuh kasihan kepadanya.

Masa mula kene ekzema, ia bermula di bahagian muka. Kemudian merebak ke kepala dan badan. Namun yang paling kronik ialah muka dan kepala. Jenuh juga cuba pelbagai produk di pasaran, kaedah tradisional, saranan di klinik, hospital dan pakar kulit. Pantang ada keluar iklan di media sosial atau disyorkan seseorang, laju saja saya cari dan beli," katanya.

Selepas penggunaan produk Saapuu, kulit sihat daripada ekzema

Malah pada satu tahap, wanita dari Klang, Selangor ini akur yang penyakit kulit dialami anaknya tiada ubat penyembuh, namun boleh dirawat dari masa ke semasa.

Ibu kepada empat cahaya mata ini sedar penyakit kulit itu datang dari darah.

"Dapat kurangkan pedih dan gatal kulitnya pun saya sudah syukur sangat. Sebab apabila gatal, dia akan terus menggaru hingga terluka. Doktor pun pernah nasihatkan anak saya botakkan kepala. Saya ikut nasihat itu. 

Malah sampai tahap dia tak boleh kena panas terik. Saya pun sampai elak dia dibawa keluar rumah. Kalau dulu ada jemputan kahwin pun, saya tak boleh penuhi sebab kenangkan keadaannya.

Pernah dua bulan juga dia tak ke taska sebab trauma kena ejek dengan kawan. Kawan dan sekeliling takut berjangkit. Tapi sebenarnya penyakit ini tidak berjangkit dan doktor sendiri mengesahkan," katanya.


Bagaimanapun di sebalik kegetiran dilalui anaknya, Norshalizawati bersyukur dipertemukan dengan produk Saapuu yang mempunyai mukjizat tersendiri.

Produk Saapuu untuk merawat ekzema


"Selepas menggunakan rangkaian produk berkenaan sejak lapan bulan lalu, perubahan ketara mula kelihatan. Bahagian kepala anak saya sampai sekarang agak sukar nak hilang ekzema. Ditambah pula rambutnya tebal dan sukar untuk dibersihkan dan hingga berdarah kulit.

"Ada produk yang saya pernah cuba melekit dan tak serasi sampai buat kulit rasa pedih. Tapi Saapuu berbeza. Saya sendiri jatuh hati dengan produk berkenaan. Bermula daripada kit percubaan, akhirnya kini produk itu buat anak saya sudah kurang kegatalannya," katanya.

Saapuu dipasarkan di bawah syarikat Mawar Shazni Sdn Bhd ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah kulit seperti Psoriasis, eczema, masalah ruam susu dan jangkitan kuman pada kulit.

Kepada sesiapa yang ingin menjana pendapatan atau mahu membeli produk tersebut, sila layari www.saapuu.my atau Instagram @saapuu.skin

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com