Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 October 2021

Jimat Dengan Pensanitasi Tangan ELECLEAN

Assalamualaikum dan hai, 

Hand sanitizer atau pensanitasi tangan sekarang penting untuk dibawa ke mana-mana sahaja. Kalau dulu Qiss selalu beli botol kecil hand sanitizer di farmasi dan itu memakan kos yang tinggi bila Qiss selalu guna setiap hari. Lepas tu, Qiss akan beli untuk suami dan keluarga Qiss memang tinggi kos sedangkan kita perlu membersihkan tangan bagi mengelakkan jangkitan wabak Covid-19 ni kan. Tanpa berfikir panjang, Qiss terus dapatkan ELECLEAN.

Lebih mudah dan jimat dengan peranti pensanitasi tangan ELECLEAN

Antara sebab-sebab Qiss menggunakan ELECLEAN ini adalah kerana:

1. Teknologi maju pertama di dunia. 

ELECLEAN merupakan satu peranti teknologi yang menukarkan air menjadi pensanitasi tangan (hand sanitizer). Dengan penggunaan ELECLEAN ini, Qiss lebih mudah mendapatkan pensanitasi tangan dan dapat berjimat.

Mempunyai lebih 34 paten dan peranti ini dicipta dan dihasilkan oleh ELECLEAN yang merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai teknologi pembuatan peranti pensanitasi tangan di dunia ini.


2. Jimat kos dan tidak berbahaya. 

Qiss hanya perlukan air bersih dan setelah itu ELECLEAN akan merubah air tersebut kepada pensanitasi tangan tanpa toksik.

Pensanitasi tangan ini juga selamat, tidak memerlukan alkohol, tiada bahan kimia, tiada bahan pengawet dan tiada penstabil dalam pensanitasi tangan ini, itu bermaksud kandungan pensanitasi tangan ini tidak beracun dan tiada bahan kimia beracun tersisa pada kulit anda. 

Yang anda perlukan hanyalah tuangkan air bersih dan aktifkan peranti, tunggu selama 15 minit dan pensanitasi tangan anda yang selamat dan tidak beracun sudah selesai dan sedia untuk digunakan.

Gunakan pensanitasi tangan ELECLEAN sebelum keluar rumah

3. Mesra alam

ELECLEAN diklasifikasikan sebagai peralatan elektrik dirumah, yang dapat digunakan selama bertahun-tahun. Oleh itu, dengan peranti ELECLEAN, anda dapat mengurangkan penggunaan botol dan mengucapkan selamat tinggal kepada produk pensanitasi tangan dipasaran.

4. Selamat digunakan

Pensanitasi tangan ini dibuat oleh air sahaja sehingga selamat digunakan pada kulit manusia, terutamanya mereka yang mempunyai bayi dan anak yang baru dilahirkan atau mereka yang mempunyai kulit sensitif. ELECLEAN tidak merengsakan dan tidak berbahaya pada kulit dan mata serta diluluskan oleh SGS.

Macam Qiss, kulit tangan Qiss memang sensitif bila guna pensanitasi tangan yang biasa dan tidak sesuai dengan kulit akan menyebabkan kulit Qiss menggelupas. Dengan adanya peranti ELECLEAN ini, sedikit sebanyak dapat memelihara kulit Qiss yang sensitif. Sayang kan kalau kulit jadi gatal-gatal dan menggelupas.

5. Diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyenaraikan ELECLEAN sebagai teknologi inovasi dalam memerangi COVID-19 global. Lebih-lebih lagi, pensanitasi tangan ELECLEAN juga berkesan untuk 99.9% virus dan bakteria seperti H1N1, E.Coli dan lain-lain. 


Cara penggunaan 

1. Cas bateri peranti pensanitasi tangan ELECLEAN sebelum digunakan.


2. Masukkan air sebanyak 2 penutup ke dalam peranti.

3. Tekan butang sekali untuk aktifkan peranti. Kemudian tekan lagi sekali selama 2 saat untuk proses kejadian pensanitasi tangan. Biarkan selama 15 minit sebelum boleh digunakan.


Beruntunglah siapa yang membeli peranti ini untuk digunakan seisi keluarga. Siapa yang tak sayangkan keluarga kan. Dengan peranti pensanitasi tangan ELECLEAN ini, kita boleh berjimat.

Anda berminat untuk dapatkan peranti ni? Qiss ada kod promosi QISSTIERA15% yang memberi diskaun sebanyak 15% bagi setiap pembelian.

Connect with us


1 comment:

  1. wahh mudahnya. boleh bawak ke mana2.
    boleh dapatkan produk yang menarik disni
    hiasan dinding
    geometry art
    Islamic art background

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com