Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

18 October 2021

5 Kejutan NKMH Media Beri Pada Staf Sempena #BackToOffice

Sejak membiasakan norma baharu di era pandemik COVID-19 tahun lalu termasuk bekerja dari rumah, kini perlahan demi perlahan pelbagai syarikat dan agensi mula kembali beroperasi penuh seperti biasa di pejabat.

Ia seiring dengan keputusan kerajaan dan pihak berwajib termasuk kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) memberi kebenaran operasi cabang kerja atau sektor perkhidmatan perlu.

Kejutan buat staf NKMH Media Sdn Bhd


Syarikat rundingan media dan pengiklanan terkenal, NKMH Media Sdn Bhd yang mempunyai wisma sendiri di Setia Alam sejak hujung September lalu mempunyai cara tersendiri menyuntik semangat 25 orang pekerjanya.

Pengasas agensi berkenaan, Nissa Rosli percaya dan optimis pekerja yang dianggap sebagai aset paling bermakna patut diraikan dalam mengalu alukan kehadiran mereka kembali bekerja di pejabat.

Nissa Rosli, Pengasas NKMH Media Sdn Bhd

Menamakan inisiatif dipanggil #backtooffice, lima usaha atau cara dibuat syarikat itu umpama kejutan paling manis menghargai pekerja membiasakan fasa pandemik yang menuju ke endemik. 

"Bukan mudah membakar semangat pekerja untuk kembali bekerja di pejabat. Tambah pula sudah terbiasa dengan situasi bekerja dari rumah berbulan bulan sejak Mei hingga September lalu.

Jadi saya terfikir perlu ada cara untuk menaikkan mood dan semangat pekerja. Kebetulan wisma kami siap pengubahsuaian bulan ini, jadi faktor masa itu dilihat sesuai dan menjadi kejutan pertama untuk pekerja.



Bekerja di wisma yang serba baru dengan pelbagai kelengkapan dan persekitaran  selesa ini ibarat membuka lembaran baru untuk pekerja. Pendek kata ia seperti 'fresh start-up',"
katanya.

Syarikat yang memulakan operasi  sejak April 2017 itu asalnya berlokasi di sebuah premis rumah kedai di Petaling Jaya.

Seiring dengan status dan kredibilitinya menjadi pilihan serta kepercayaan pelbagai jenama sejak lima tahun lalu. 

Antaranya termasuk Sugarbomb, Eskayvie, Das Abdul, Momentum Internet, Aqiqah Centre dan banyak lagi.

Maka, perpindahan ke wisma itu menjadi anjakan tepat.Nissa berkata sebelum berpindah ke lokasi baru, tahun lalu syarikatnya sebagai cabang industri media masih bekerja di pejabat lama dengan SOP ketat.

"Kini kami kembali beroperasi di pejabat baru mengikut waktu bekerja seperti biasa. Usaha kedua kami lakukan untuk menerapkan rasa tanggungjawab kerja melalui pembudayaan atau rutin membaca visi dan misi syarikat.


Ia turut disusuli dengan senaman ringan. Malah setiap Jumaat juga akan dilakukan majlis bacaan Yasin memohon keberkatan dalam setiap kerja dilakukan.

Seterusnya usaha atau cara ketiga dibiasakan ialah penyediaan makan tengah hari secara percuma untuk pekerja di Sky Lounge di bahagian 'rooftop' pejabat setiap Jumaat," katanya.

Tidak terhenti di situ, Nissa berkata, setiap pekerja juga dihadiahkan beberapa kelengkapan untuk bekerja di pejabat.

"Kejutan atau usaha keempat, mereka dihadiahkan komputer riba mudah alih pelbagai jenama dan spesifikasi. Gajet itu antara nadi penting bekerja.


Malah pada 5 Oktober lalu serentak dengan sesi 'town hall' bulanan diadakan, pekerja turut diberikan 'kotak kejutan' sebagai usaha terakhir.

Di dalam kotak itu berisi pelbagai barangan termasuk biskut, coklat, kemeja T, alat tulis, cawan tertera nama pekerja, alat solek dan kit sanitasi," katanya.

Nissa berkata lagi, biarpun mungkin lima cara menghargai pekerja itu dilihat biasa atau klise, tapi bagi pihaknya ia tetap permulaan  kepada sesuatu yang baik.

Nissa Rosli bersama suami, Hafiz Yahaya yang juga merupakan CEO NKMH Media Sdn Bhd.


"Kita tahu bagaimana era pandemik menjerut emosi manusia termasuk pekerja kami. Namun pasti ada hikmah di sebalik ujian Tuhan ini.

Kehidupan dan survival juga harus diteruskan. Begitu juga kami yang mahu terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan sekali gus mengukuhkan jenama NKMH," katanya.

https://nkmhmedia.com.my/about-us/

1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com