Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

08 October 2021

Gold Nano CC Cream Mudah Di Blend Rata Pada Kulit

Assalamualaikum dan hai,

Masa  PKP kena duduk rumah tapi barang dapur habis. Kena keluar beli dan Qiss selalu keluar beli barang keperluan lepas solat Zohor. Jadi, masa tu matahari memang tengah terik dengan cuaca panas dan bila keluar rumah kena pakai mask dan berpeluh-peluh.


Pelindungan matahari SPF50+ PA+++  

Mujur pakai CC Cream dari Hansaegee Nature ada Sun Protection yang tinggi iaitu SPF50+ PA+++. Seronok pakai sebab bila sapu kat muka tak jadi white cast dan kulit pun nampak natural glowing. Kalau kulit kena cahaya matahari, boleh sebabkan bintik hitam tau. Time ni la CC Cream berfungsi. Paling tidak pun dapat selamatkan kulit korang dari bintik hitam. Sinar UV juga boleh menyebabkan pigmentasi dan jeragat. Masa muda memang tak nampak jeragat ni, tapi bila dah masuk umur 30an baru nampak sebab cuaca kat Malaysia ni lain sikit tau panas dia.

Sejak Qiss amalkan Hansaegee Nature CC Cream ni, walaupun duduk rumah Qiss tetap guna CC Cream sebab cahaya matahari dan lampu boleh menyebabkan kulit muka rosk dan mudah berlakunya pigmentasi. Taknak lah bila dah habis PKP nanti, bila jumpa orang, muka berjeragat dan berjerawat kan.


Mudah dipakai

Qiss jenis tak suka guna berus untuk sapu krim kat muka sebab kulit sensitif. Bila guna Hansaegee Nature CC Cream ni, kerja jadi mudah sebab tak perlu nak cari berus makeup. Cara nak pakai CC Cream ni, letakkan krim kat 2 jari kemudian sapu kat muka, lepas tu blendkan je dengan jari. 

Memang mudah sangat dan cepat nak pakai. Kalau terlupa nak pakai kat rumah, boleh je pakai dalam kereta kan. Walaupun guna jari je, tapi CC Cream ni mudah diblend rata dan muka tak nampak bercapuk pun.

Tekstur ringan dan tak sumbat pori-pori

Macam mana nak handle CC Cream ni sebab duduk kat rumah pun pakai CC Cream ni kan. Mudah je, tiap pagi lepas mandi Qiss akan sapu CC Cream ni kat muka lepas tu mula buat kerja rumah, sapu sampah, mop lantai, sidai baju dan memasak. Bila masuk waktu solat je, Qiss akan cuci muka guna tisu basah lepas tu cuci muka macam biasa. Jadinya CC Cream ni senang je nak dibersihkan.

Lepas solat Qiss akan touch up semula muka dengan CC Cream Hansaegee Nature ni sebab nak lindungi kulit muka dari cuaca petang yang panas. 

Walaupun blend guna jari, hasilnya tak bercapuk. Bila kulit berminyak atau berpeluh muka masih cantik glowing tau.

Mudah dibawa

CC Cream ni wajib masuk handbag ye sebab senang nak touch up kalau terlupa nak pakai kat rumah sebab pakai mask kan. Kadang-kadang kita risau takut terbuka penutup krim kalau letak dalam handbag kan. 

Tapi CC Cream Hansaegee Nature ni ada twist lock cover, di mana, penutup krim ni perlu diputar semasa hendak membuka atau menutup botol krim ni. Jadi tak perlu risau kalau tumpah ke ape kan.

Pengalaman selepas memakai CC Cream

Qiss memang pengguna setia Hansaegee Nature CC Cream ni. Dekat 2 tahun dah pakai. Memang senang nak blend, guna jari je. Tak payah pakai berus. Jadi nak touch up bila-bila masa dan kat mana-mana pun senang. Boleh pakai foundation lepas tu. Tapi Qiss selalu dah guna CC Cream ni, tak pakai foundation dah.

Memang Qiss berpuas hati dengan CC Cream ni. Selain senang dibawa ke mana-mana sebab saiznya yang comel, kulit Qiss makin glowing dan berseri-seri setiap hari. Jeragat pun susah nak dekat.

Sekarang mudah je nak beli Hansaegee Nature CC Cream, boleh dapatkan di website https://www.hansaegee.com ataupun di Shopee

Kalau anda nak tahu lebih lanjut mengenai Hansaegee Nature CC Cream ni, boleh layari https://hansaegee.com/shop/s-recover-cc-cream.html


🍁Brand: Hansaegee Nature 


🍁Website: www.hansaegee.com/shop


🍁IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/


🍁FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature 

 

🍁Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia

🍁TikTok page:

https://www.tiktok.com/@hansaegeenature

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com