Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

01 July 2022

Nikmati Menu Terbaharu Oishii Japan Dengan Gabungan Rasa Teriyaki Wasabi Di Marrybrown

Okyaku-sama konnichiwa! Lama ditunggu-tunggu akhirnya kita dapat mengembara ke Jepun kali ini. Melalui pengembaraan Around the World bersama Marrybrown kini kita dapat menikmati rasa Oishii Japan dengan rasa Teriyaki Wasabi yang manis dan memikat.

Menu baharu Marrybrown Oishii Japan

Selama lebih 40 tahun, Marrybrown telah berusaha untuk menghidangkan "something different". Menu Marrybrown Oishii Japan baharu ini boleh didapati di cawangan Marrybrown di seluruh negara mulai sekarang sehingga 7 Ogos 2022. Barulah rasa lain daripada yang lain kan.

Penggemar boleh menikmati kepuasan menu Marrybrown Oishii Japan dengan gabungan sos Teriyaki yang manis memikat dengan rasa kepedasan wasabi. Namun, keseronokan tidak berakhir di situ kerana menu Marrybrown Oishii Japan membawa kejutan unik dalam hidangan Oishii mereka. Roti burger Oishii disertakan air Sakura Fizz berwarna merah jambu, menggambarkan keindahan pokok bunga sakura. Hidangan istimewa ini disediakan sebegitu untuk membawa para penggemar mengembara ke Jepun lalu membayangkan diri mereka sedang berjalan-jalan di kota Tokyo sambil menjamu selera. 

Antara set yang menjadi pilihan Qiss ialah:

Kombo 2 ketul Ayam Oishii iaitu 2 ketul ayam rangup Marrybrown dilengkapi dengan sos Teriyaki Wasabi dihidangkan bersama potato wedges dan air Sakura Fizz, harga bermula dari RM 20.50. 

Kombo 2 Ketul Ayam Oishii

Kombo Oishii Rice Bowl, dimana ayam rangup Marrybrown diselaputi sos Teriyaki Wasabi, dengan hidangan nasi dan air Sakura Fizz, harga bermula dari RM 12.90.  

Kombo Oishii Rice Bowl

Kombo Burger Marrybrown Oishii yang didatangkan dengan Burger Oishii, potato wedges dan air Sakura Fizz, harga bermula dari RM 15.30.

Kombo Burger Marrybrown Oishii

Anda tidak pasti hidangan yang mana satu? Jangan risau, anda boleh mencuba kesemuanya dengan Marrybrown’s Oishii Box Meal yang didatangkan dengan Oishii Burger, 1 ketul Ayam Oishii, potato wedges dan air Sakura Fizz, harga bermula dari RM 23.90.

Marrybrown Oishii Box Meal

“Kami yakin bahawa menu Oishii Japan akan menarik minat semua penggemar kerana gabungan kualiti ramuan yang istimewa dan R&D untuk menu ini memang adalah something different yang akan menyelerakan untuk semua. Kami tidak sabar untuk meminta rakyat Malaysia mencuba menu Jepun kami dan merasai OISHII sebenar,” kata Dato’ Joshua.

Dato' Joshua Liew (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown melancarkan menu baharu Marrybrown Oishii Japan

Semasa hari pelancaran menu ni dapat Qiss bergambar bersama cosplay yang turut hadir memeriahkan majlis. Barulah terasa seperti di Jepun dengan karakter animasi yang comel-comel ini.

Cosplay karakter animasi Jepun turut memeriahkan majlis

Marrybrown kini melayani berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard kualiti, servis, kebersihan dan nilai tertinggi untuk pengalaman pemakanan yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, hidangan Around the World, aplikasi MB, promosi dan perkhidmatan penghantaran mereka, sila layari:

Laman web: https://marrybrown.com/

Aplikasi MB: https://mbapp.marrybrown.com/

Facebook: MarrybrownMalaysia

Instagram: Marrybrownmy

YouTube: MarrybrownTV

#Marrybrown

#MarrybrownMY

#SomethingDifferent

#MBOishiiJapan

#MBFeelTheKick

#MBAroundTheWorld


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com