Wangsa Maju, 25hb Jun – Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah mengadakan Majlis Pelancaran Lagu Omar & Hana yang bertajuk Mudahnya Berzakat di pusat membeli belah Aeon Alpha Angle.
Majlis Pelancaran Lagu Mudahnya Berzakat Omar Dan Hana |
Omar & Hana menjadi pilihan kerana terkenal dengan lagu-lagu kisah tauladan sahabat nabi, solat, puasa dan lain-lain berkaitan dengan agama Islam. Insiatif ini merupakan kerjasama yang dilaksanakan oleh PPZ-MAIWP dan Digital Durian yang akhirnya menghasilkan lagu dan video khas berkenaan zakat bertajuk Mudahnya Berzakat. Video lagu ini juga untuk memberi kesedaran dan mendidik kanak-kanak dan ibu bapa tentang kewajipan berzakat.
Penampilan khas Sharifah Shahirah dan Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman yang menjalankan aktiviti kuiz soal jawab serta perkongsian mengenai zakat |
Ibadah zakat ini perlu dididik seawal usia kanak-kanak sama seperti penekanan terhadap ibadah solat, berpuasa di bulan Ramadan dan menunaikan haji. Hal ini adalah kerana ibadah ini merupakan ibadah wajib dan merupakan rukun Islam ketiga. Secara tidak langsung lagu ini juga boleh memupuk anak-anak dari kecil perihal zakat apabila menonton video lagu ini. Seterusnya melahirkan generasi muda yang celik zakat dan akhirnya menyumbang kepada peningkatan kutipan zakat. Maka lebih banyak asnaf yang boleh dibantu.
Maskot Omar dan Hana serta Ustaz Amil menceriakan suasana |
Kanak-kanak juga tidak terkecuali menunaikan kewajipan ini sekiranya menepati syarat-syarat wajib zakat. Syarat wajib zakat ialah Islam, merdeka, sempurna milik, cukup nisab dan cukup haul. Maka kanak-kanak yang mencukupi syarat tersebut wajiblah mengeluarkan zakat tanpa kira batas umur. Namun zakat ke atas kanak-kanak wajib ditunaikan oleh penjaga atau ibu bapa. Contoh zakat yang dikenakan ialah zakat harta dan emas tabungan pendidikan kanak-kanak.
Zakat terbahagi kepada dua iaitu zakat fitrah dan zakat harta. Zakat harta pula merangkumi tujuh jenis. Tujuh jenis zakat harta tersebut ialah, zakat harta simpanan, zakat perniagaan, zakat ternakan dan pertanian, zakat KWSP (apabila dikeluarkan), zakat emas dan perak, zakat saham (apabila dikeluarkan) dan zakat pendapatan (gaji, elaun & sebagainya). Nampak banyak namun zakat hanya perlu dibayar sebanyak 2.5% sahaja daripada setiap jenis bahkan hanya wajib dibayar apabila cukup nisab setelah ditolak komitmen.
Untuk memudahkan orang ramai menunaikan zakat, pembayaran zakat kini boleh dilakukan melalui aplikasi MyZakat. Melalui aplikasi ini, pengguna boleh semak kelayakan berzakat, mengira pembayaran zakat, membuat pembayaran dan semak penyata zakat. Aplikasi MyZakat ini boleh dimuat turun di Google Play Store atau Apple Store. Pembayaran melalui aplikasi ini kini lebih mudah dengan perbankan internet dan pembayaran melalui dompet elektronik sepert ShopeePay, Boost dan GoPayz.
Aplikasi MyZakat memudahkan pembayaran zakat |
Pelbagai aktiviti turut dijalankan semasa majlis pelancaran Lagu Mudahnya Berzakat seperti pertandingan mewarna dan kuiz berkaitan zakat.
Kanak-kanak mengambil bahagian dalam pertandingan mewarna |
Pemenang pertandingan mewarna anjuran PPZ-MAIWP |
Marilah tunaikan zakat, bagi mensucikan harta dan agar lebih banyak golongan layak menerima zakat mendapat bantuan zakat sewajarnya.
Kaunter penerangan dan pembayaran zakat |
Jom tonton video lagu Mudahnya Berzakat oleh Omar & Hana dan PPZ-MAIWP.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai PPZ-MAIWP boleh rujuk maklumat dibawah:
Laman Web: www.zakat.com.my
Talian Zakat: 1300-88-5757
Facebook: Pusat Pungutan Zakat
Instagram: Pusat Pungutan Zakat
Youtube: PPZTV
Twitter: PPZWP
Aplikasi MyZakat Play Store: MyZakat Play Store
Aplikasi MyZakat Apple Store: MyZakat Apple Store
#pusatpungutanzakat #ppzwilayah #mudahnyaberzakat #omardanhanaxPPZMAIWP
0 comments:
Post a Comment