Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

07 February 2023

Pak John Steamboat & BBQ Kini Dibuka Di Aeon Mall Shah Alam

Hari ni kita bawa keluarga makan steamboat dekat Pak John Steamboat & BBQ kat AEON Mall Shah Alam. Outlet ni baru dibuka dan menyediakan pelbagai jenis makanan steamboat yang segar-segar.

Makan bersama keluarga di Pak John Steamboat & BBQ Aeon Mall Shah Alam

Pak John Steamboat & BBQ di Aeon Mall Shah Alam ini terletak di aras 1 pusat membeli-belah Aeon ini boleh memuatkan sehingga 168 orang untuk satu-satu masa. Agak luas juga sebenarnya. Disediakan satu bilik VIP yang boleh ditempah khas (awal) sekiranya hendak diadakan majlis atau makan-makan dalam keadaan yang lebih privasi.

Untuk buffet hujung minggu ada disediakan daging premium. Untuk hari biasa pelanggan boleh request untuk daging ini ya. Tapi ada caj khas tapi harganya cukup berpatutan.


Ada pelbagai jenis sup disediakan seperti sup udang, sup kimchi dan juga tomyam. Boleh pilih yang mana satu kegemaran anda.

Qiss ambil sup tomyam dan sup udang. Dua-dua sup sedap

Kat sini turut disediakan dim sum dan pencuci mulut seperti kek, buah-buahan, waffle dan aiskrim.





Terdapat pelbagai pilihan sos. Dari sos kuning, sos Thai dan pelbagai lagi. Semuanya sedap-sedap bila dipadankan dengan daging perap yang telah dibakar. Fuhhh 🥰

Konsep dapur terbuka diperkenalkan, jadi kita dapat lihat bagaimana krew restoran  menyediakan serta menyiapkan hidangan untuk tetamu yang hadir untuk menikmati buffet.

Pelbagai Hidangan Menarik Ditawarkan

Selain daripada masakan panas yang telah tersedia seperti nasi goreng dan mee goreng, Terdapat juga Tteokbokki dan pelbagai lagi. 


Jom makan steamboat bersama keluarga dan rakan-rakan, pasti anda akan puas hati dan kenyang sepanjang hari.

Untuk Pak John Steamboat & BBQ Aeon Mall Shah Alam dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 9.30 malam.

Selain di AEON Mall Shah Alam, Pak John Steamboat & BBQ juga mempunyai cawangan di :-

- Tropicana Gardens Mall, PJ

- IOI City Mall, Putrajaya

- Great Eastern Mall, KL

- Aeon Kota Bharu

Untuk booking dan pertanyaaan boleh terus wasap di 0163330378 / 0163330891 atau https://wa.link/n3awgr

@pakjohnsteamboatbbq @butterflyproject.my

#pakjohnsteamboat #pakjohnsteamboatbbq #butterflyproject  #pakjohn #pakjohngreateastern #steamboat #steamboatmalaysia #halal #halalfood #halalfoodie

1 comment:

  1. Sedap & best kan!!! Tahun lepas gi sini bwk gf mkn. mmg lepak lama2 sambil mknn :)

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com