Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

20 April 2023

Menu Ayam Kilau The Chicken Rice Shop Serius Sedap

Penggemar Nasi Ayam The Chicken Rice Shop kini boleh menikmati menu baharu Ayam Kilau yang pastinya memikat selera terutama anak-anak. Manakala untuk penggemar makanan pedas pula Sambal Hijau Kilau menjadi pilihan.

Ayam Kilau mendapat inspirasi nama daripada seni pertahanan diri iaitu silat. Maka dengan itu terhasilnya perkataan Kilau untuk ayam dan sambal hijau menu baharu The Chicken Rice Shop kali ini. 


Ayam Kilau dan Sambal Hijau Kilau The Chicken Rice Shop

Sambal Hijau Kilau

Ayam Kilau yang pedas dan rangup ini dimasak dengan gabungan perapan secukupnya dan digandingkan dengan Sambal Hijau Kilau yang pastinya mengasyikkan.

Buat penggemar pedas macam Qiss mesti bertambah-tambah bila makan menu baharu ni. Qiss suka ayam goreng sebab saiz ayam yang besar dan berbaloi. Kenyang untuk makan seorang. Anda boleh juga order sambal hijau secara ala carte sebab 1 mangkuk tak cukup tau.

Terdapat 3 set berbeza iaitu Meal A (set 1 orang), Meal B (set 2 orang) dan Meal C (set 4 orang) untuk pilihan makan seorang dan juga untuk makan beramai-ramai pada bila-bila masa.


Meal A (Set 1 orang)

  • Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (saiz kecil)
  • 1 mangkuk nasi
  • 1 sup
  • 1 air minuman Slurpp Bandung*

Harga: RM28.90

Set A Ayam Kilau The Chicken Rice Shop

Meal B (Set 2 orang)

  • Ayam Kilau (saiz 1/4 ayam)
  • Satu ayam hidangan saiz individu (Pilihan roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (saiz biasa)
  • Sup Sai To Fish Ball (saiz biasa)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (biasa) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (biasa)
  • 2 mangkuk nasi
  • 2 sup
  • 2 Slurrrp Bandung*

Harga: RM63.90

Meal C (Set 4 Orang)

  • Ayam Kilau (saiz 1/2 ayam)
  • Ayam saiz 1/4 (Pilihan: roast/steamed/soy sauce)
  • Nyonya Pai Tee (besar)
  • Penang Rojak (besar)
  • Penang Famous Chicken Rolls (3 keping)
  • Sayur Pak Choy dengan sos tiram (besar) ATAU Spicy Savoury Ladies’ Fingers (besar)
  • 4 mangkuk nasi
  • 4 sup
  • 4 Slurrrp Bandung*

Harga: RM114.90


Air Slurrrp Bandung

Air Slurrrp Bandung membuat anda rasa segar dengan campuran air bikarbonat dan cincau. Boleh juga tambah boba jika anda sukakan boba. Menarik menu kali ni kan.

Hidangan Ayam Kilau ini boleh didapati mulai sekarang sehingga 21 Mei 2023 di semua lokasi The Chicken Rice Shop. 

Set hidangan Ayam Kilau ini boleh dinikmati samada di restoran ataupun bungkus bawa pulang ke rumah. Yang pastinya jangan ketinggalan untuk mencuba menu Ayam Kilau dan Sambal Hijau ini di The Chicken Rice Shop berdekatan anda.

Untuk maklumat lanjut tentang menu baharu Ayam Kilau, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/


#thechickenriceshop

#tcrsmy

#AyamKilau

#SambalHijauKilau


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com