Eco-shop, peruncit barangan rumah mampu milik terkemuka Malaysia, telah mencapai kejayaan dengan pembukaan kedainya yang ke-300 di NU Sentral, Kuala Lumpur, bersempena dengan ulang tahunnya yang ke-21.
Penambahan terbaru ini juga merupakan sebahagian daripada pengembangan konsep Eco-Plus oleh Eco-shop, iaitu format kedai yang direka untuk memberikan pengalaman membeli-belah yang lebih baik sambil mengekalkan komitmen terhadap menyediakan barangan mampu milik.
ECO-SHOP Buka Outlet Ke-300 Di NU Sentral, Kuala Lumpur |
Outlet NU Sentral ini merupakan Eco-Plus Concept Store ketiga, selepas pembukaan yang mendapat sambutan di lokasi lain. Konsep ini dibangunkan untuk menawarkan pembeli di kawasan bandar pelbagai barangan rumah, peralatan dapur, produk penjagaan diri, dan snek pada harga tetap eksklusif RM 2.40, RM 6.00, dan RM 10.00 yang hanya terdapat di NU Sentral. Dengan penekanan kepada kemudahan dan kemampuan, konsep Eco-Plus mencerminkan komitmen Eco-Shop untuk memenuhi keperluan pengguna yang bergerak pantas pada masa kini.
“Pembukaan outlet ke-300 kami ini membawa maksud yang amat bermakna kepada kami. Ia membuktikan kepercayaan dan sokongan rakyat Malaysia yang telah menerima Eco-shop sebagai sumber keperluan mampu milik mereka dalam ekonomi yang mencabar ini,” kata Jessica Ng, Ketua Pegawai Eksekutif Eco-shop Malaysia.
“Dengan peningkatan kos sara hidup yang menjejaskan kuasa pembelian keluarga dan individu, kami kekal komited untuk meringankan beban mereka dengan menawarkan produk penting pada harga mampu milik demi kesenangan semua lapisan masyarakat. Selain itu, melalui aplikasi Eco-shop yang kini mempunyai lebih 1.5 juta ahli, kami memberi ganjaran kepada pelanggan dengan faedah yang dapat meningkatkan lagi pengalaman membeli-belah mereka.”
Perkembangan pesat Eco-shop di seluruh Malaysia mencerminkan pemahamannya tentang keperluan masyarakat tempatan. Cawangan terbaru mereka di NU Sentral dilengkapi kaunter pembayaran sendiri yang sesuai untuk penduduk bandar yang mengutamakan proses pembelian yang lebih pantas dan cekap. Dengan lebih 10,000 produk yang tersedia, pembeli boleh mendapatkan segala yang diperlukan dengan mudah, daripada makanan dan kelengkapan cucian, kepada alat tulis dan penjagaan haiwan peliharaan.
“Eco-Plus Concept Store menyediakan keperluan yang diutamakan oleh rakyat Malaysia - barangan mampu milik dan kemudahan untuk mendapatkan keperluan harian. Sambil kami meneruskan perkembangan jenama dan memudahkan kehidupan orang ramai, kami komited untuk mengembangkan lagi produk kami kepada lebih banyak komuniti di seluruh negara,” kata Jessica.
Untuk maklumat lanjut tentang kemas kini terkini Eco-shop, sila layari (https://www.eco-shop.com.my/) atau ikuti kami di Facebook (EcoShopMarketing), Instagram (ecoshop_my), Tiktok (@ecoshopmalaysia) dan XHS (eco-shop MY).
0 comments:
Post a Comment