Eskayvie, jenama kesihatan terkemuka di Malaysia, telah menganjurkan Eskayvie Grand Annual Dinner 2025 bertempat di Hotel Intercontinental.
![]() |
Barisan Usahawan Eskayvie Nexus yang menjana pendapatan sehingga jutaan ringgit diraikan dalam majlis Eskayvie Grand Annual Dinner 2025. |
Majlis bertujuan untuk meraikan kejayaan cemerlang tahun 2024 serta menghargai dedikasi dan usaha luar biasa intrapreneur dan Usahawan Eskayvie Nexus yang menjadi tulang belakang kejayaan syarikat.
Dengan tema “The Next Chapter: Honouring the Past, Transforming the Future,” majlis ini menjadi simbolik kepada perjalanan transformasi Eskayvie untuk menjadi jenama global yang terus relevan, inovatif dan dipercayai, selaras dengan visi memperkasakan ekonomi dan kesihatan ummah.
![]() |
Kartika Wati menyampaikan ucaptama betapa pentingnya kesedaran ibu bapa dan komuniti mengenai nutrisi lengkap untuk anak-anak supaya dapat berkembang secara optimum. |
Eskayvie kini berada di kedudukan yang lebih strategik untuk menyokong pelanggan di rantau Asia Tenggara seperti Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Filipina, menjadikan jenama ini sebagai peneraju dalam industri kesihatan.
Majlis berlangsung turut menyaksikan pelancaran kempen “Booster Minda- Inspirasi Generasi Masa Hadapan.
![]() |
Dr Syid Ayob dan Kartika Wati Mohamed melancarkan transformasi penjenamaan logo baharu Eskayvie. |
“Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2022 menunjukkan 21.2% kanak-kanak mengalami masalah bantut (stunting), 46.5% kanak-kanak mengalami anemia, 15.3% kanak-kanak berada di bawah berat badan normal (underweight) dan 6% kanak-kanak adalah obes, meningkat kepada 14.3% pada usia remaja.
“Masalah malnutrisi bukan sahaja menjejaskan tumbesaran fizikal tetapi turut memberi kesan besar kepada perkembangan otak. Ia termasuk kekurangan oksigen ke otak yang menghalang fungsi optimum seperti pembelajaran, ingatan dan perhatian. Penurunan neurotransmitter pula boleh menyebabkan masalah kognitif, tingkah laku dan kelesuan mental,” kata Kartika.
Jelas Kartika lagi, selain itu, gangguan myelinasi melambatkan pemprosesan maklumat serta kemampuan kanak-kanak untuk memahami dan berkomunikasi.
“Masalah malnutrisi ini amat kritikal kerana ia memberi kesan langsung kepada potensi generasi masa hadapan. Melalui kempen ini, kami ingin memberi kesedaran kepada ibu bapa dan komuniti tentang pentingnya nutrisi lengkap untuk anak-anak agar mereka dapat berkembang secara optimum.
“Sebagai sebahagian daripada kempen ini, Eskayvie memperkenalkan produk Eskayvie Mindtropic dan Mindtropic Junior, suplemen minda yang dirumus khas untuk menyokong perkembangan otak dan tubuh anak-anak berumur 2 hingga 17 tahun. Kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66 serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran, menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak,” katanya.
Tambah Kartika lagi, kandungan nutrisi lengkap yang terdiri daripada Phosphatidylserine, Ashwagandha KSM-66 serta vitamin dan mineral membantu menyokong fungsi memori dan pembelajaran.
“Sekaligus ia menguatkan fokus dalam pembelajaran, mengurangkan tekanan seterusnya melengkapkan keperluan nutrisi harian kanak-kanak,” Katanya.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Eskayvie, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri pula, pihak mereka berusaha menghasilkan produk berkualiti tinggi menggunakan bahan semula jadi dan teknologi terkini.
![]() |
Kartika Wati meraikan sebahagian usahawan yang hadir ke Eskayvie Grand Annual Dinner 2025. |
Kata Dr Syid Ayob lagi, sepanjang tahun lalu, jenama kebanggaan mereka mencatat pencapaian luar biasa dengan mengukuhkan komitmen terhadap ESG (Environmental, Social, Governance).
“Kami berasa amat bersyukur apabila Eskayvie diiktiraf oleh SIRIM sebagai salah satu daripada enam organisasi utama yang komited terhadap amalan lestari.
“Dedikasi kami terhadap tanggungjawab sosial turut terbukti melalui Yayasan Eskayvie yang telah menyumbang jutaan ringgit kepada golongan yang memerlukan, termasuk anak yatim, asnaf, ibu tunggal, gelandangan dan mangsa banjir. Kami turut berbangga Eskayvie Nexus menjadi platform bisnes yang telah melahirkan lebih 98 orang jutawan sekaligus memperkasakan masyarakat dengan peluang ekonomi yang bermakna.
“Terima kasih atas usaha gigih intrapreneur serta usahawan Eskayvie Nexus. Bukan sahaja membantu menyebarkan manfaat produk berkualiti tinggi produk kami, tetapi turut menjadi pemangkin kepada pembentukan masa depan kesihatan masyarakat yang lebih unggul,” kata Dr Syid.
![]() |
Dr Syid Ayob merasmikan majlis |
“Kami percaya setiap kanak-kanak berhak mendapat peluang untuk mencapai potensi penuh mereka. Melalui kesedaran, inovasi dan kerjasama, kita dapat membina generasi masa hadapan yang lebih hebat,” kata Dr Syid Ayob.
![]() |
Sebahagian kakitangan bergambar bersama logo baharu Eskayvie. |
Untuk maklumat lanjut layari www.eskayvie.com atau www.boosterminda.com
0 comments:
Post a Comment