Bila tiba musim perayaan, antara perkara paling best mestilah dapat berkumpul bersama keluarga dan orang tersayang. Lagi-lagi bila ada makanan sedap untuk dikongsi bersama. ❤️
Sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh 2026, AEON MALL tampil dengan kempen istimewa bertemakan “Menghargai Pertemuan Semula”, yang bukan sahaja meraikan tradisi perayaan tetapi turut mengetengahkan keunikan citarasa Malaysia.Kempen ini dilancarkan pada 12 September 2026 di AEON MALL Bukit Tinggi, dengan kerjasama Tourism Malaysia × JDX × Tea Garden.
Citarasa Malaysia Dalam Setiap Kuih Bulan
Kalau sebut Pertengahan Musim Luruh, mestilah terus terbayang kuih bulan! 🌕🥮
Menariknya, tahun ini AEON MALL menampilkan lebih daripada 160 jenama kuih bulan di cawangan AEON MALL seluruh negara.
Daripada kuih bulan tradisional yang kita kenal sejak dulu hinggalah kepada perisa moden dan inspirasi citarasa tempatan Malaysia, memang banyak pilihan untuk dicuba.
Antara jenama yang boleh korang temui termasuk JDX, Duria, The Full Basket, Oriental Kopi, Yu Ai, Oversea, Tai Thong, Huats Up, Foh San dan banyak lagi.
Paling menarik, terdapat pilihan kuih bulan berperisa tempatan yang Halal, jadi sambutan ini boleh dinikmati oleh lebih ramai komuniti tanpa mengira latar belakang.
Bagi saya, inilah keunikan Malaysia. Kita bukan sekadar berkongsi makanan, tapi makanan juga menjadi salah satu cara untuk kita mengenali budaya dan tradisi antara satu sama lain.
Pertengahan Musim Luruh x Visit Malaysia 2026
Kempen kali ini juga cukup istimewa kerana AEON MALL bekerjasama dengan Tourism Malaysia sebagai sebahagian daripada semangat Visit Malaysia 2026.
Selain memperkenalkan destinasi dan pemandangan menarik di Malaysia, pelancong juga boleh mengenali Malaysia melalui makanan, budaya dan sambutan perayaan.
Bayangkan pelancong datang ke Malaysia dan dapat merasai kuih bulan dengan inspirasi citarasa tempatan sambil menikmati suasana perayaan yang meriah.
Itulah pengalaman Malaysia yang sebenar — pelbagai budaya, pelbagai citarasa tetapi tetap berkongsi semangat kebersamaan. 🇲🇾
Dengan 27 cawangan AEON MALL di seluruh negara, korang pun boleh menikmati kemeriahan Pertengahan Musim Luruh di lokasi yang berdekatan.
Bukan Sekadar Beli Kuih Bulan!
Kalau ingat datang AEON MALL sempena kempen ni hanya untuk beli kuih bulan, sebenarnya banyak lagi aktiviti menarik menanti.
Sepanjang kempen, pengunjung boleh menikmati pelbagai aktiviti perayaan seperti:
🏮 Permainan tanglung
🎨 Kaligrafi Cina
🏮 Aktiviti membuat tanglung
🎭 Persembahan kebudayaan
🎧 Sesi ramah mesra bersama DJ
✨ Dan pelbagai lagi aktiviti menarik
Memang sesuai kalau nak bawa anak-anak, mak ayah atau satu family datang bersama.
Boleh sambil shopping, sambil cuba kuih bulan, sambil kenalkan anak-anak dengan budaya dan tradisi perayaan yang ada di Malaysia.
Yang paling penting, dapatlah cipta momen family yang lebih bermakna. ❤️
Ada Ganjaran Menarik Untuk Korang!
Selain aktiviti dan pilihan kuih bulan yang banyak, AEON MALL turut menyediakan beberapa ganjaran eksklusif sepanjang kempen.
🎁 Keistimewaan Pemegang Kad UOB
Pemegang Kad UOB boleh berbelanja RM150 untuk produk kuih bulan menggunakan Kad UOB melalui gabungan 2 resit pada hari yang sama untuk menebus Baucar Hadiah AEON bernilai RM20.
🎁 Set Hadiah Edisi Terhad AEON MALL × Souper Tang
Nak dapatkan set hadiah edisi terhad? Ada dua kategori perbelanjaan:
RM400 – Ahli AEON / Pemegang Kad UOB
RM600 – Bukan Ahli AEON / Bukan Pemegang Kad UOB
Penebusan memerlukan gabungan 3 resit pada hari yang sama.
🏆 Peraduan Belanja & Menang
Nak lagi best? Ada juga Peraduan Belanja & Menang Perayaan Pertengahan Musim Luruh!
Seramai 50 pemenang bertuah berpeluang membawa pulang produk Edisi Terhad Tea Garden sempena Perayaan Pertengahan Musim Luruh.
Jadi kalau memang dah plan nak shopping kuih bulan, bolehlah tengok sekali peluang ganjaran yang ditawarkan. 😉
Pelbagai Rasa. Satu Malaysia. Satu Pertemuan Semula.
Bagi saya, tema kempen AEON MALL kali ini memang cukup kena dengan semangat Malaysia.
“Pelbagai Rasa. Satu Malaysia. Satu Pertemuan Semula.”
Sebab perayaan bukan hanya tentang apa yang kita makan atau apa yang kita beli.
Ia tentang siapa yang kita raikan bersama.
Sama ada berkumpul dengan keluarga, berjumpa kawan lama, membawa anak-anak menikmati aktiviti perayaan atau sekadar meluangkan masa bersama orang tersayang — setiap pertemuan itu sebenarnya mempunyai cerita tersendiri.
Jadi sempena Pertengahan Musim Luruh ini, jom luangkan masa untuk berkumpul, menikmati citarasa Malaysia dan mencipta kenangan baru bersama orang yang kita sayang. 🌕❤️
Nak rasa sendiri kemeriahan Pertengahan Musim Luruh? Singgah ke AEON MALL berdekatan dan terokai pelbagai pilihan kuih bulan serta aktiviti menarik sepanjang kempen berlangsung.
Sebab di Malaysia, walaupun kita datang daripada budaya yang berbeza, makanan dan perayaan tetap mampu menyatukan kita. 🇲🇾🥮





0 comments:
Post a Comment