Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

20 October 2018

AirAsia dan Sony Umum Duta Bersama Kempen #ThroughTheLens

Hai korang, siapa yang tak kenal Air Asia dan Sony kan.


Kedua jenama ini telah menjalankan kempen #ThroughTheLens bagi mencari duta bersama.

Kempen #ThroughTheLens juga menampilkan barisan artis terkemuka tempatan.


 (L-R) Zahirah Macwilson, Elfira Loy, Benyamin Ismail CEO of AirAsia X Malaysia, Satoru Arai Managing Director of Sony Malaysia, Aisha Nazar AirAsia & Sony Joint Ambassador, Barry Klipp Group Head of Commercial AirAsia X, Izara Aishah, Che Puan Juliana Evans flanked by Cabin Crew

Selepas 10-minggu melancarkan pencarian global duta bersama AirAsia dan Sony, kedua jenama perjalanan dan teknologi visual terkemuka tersebut mengumumkan gelaran duta bersama selama setahun tersebut adalah milik Aisha Nazar yang berusia 29 tahun dari Kuala Lumpur dengan penyertaan cerita visual yang telah menarik perhatian juri profesional.




Pencarian ini menerima lebih dari 700 penyertaan dari seluruh dunia. Ketua Kumpulan Komersial AirAsia X Barry Klipp berkata, “Hampir 11 tahun kami membolehkan penerbangan tambang rendah jarak jauh, yang telah membolehkan para tetamu kami terbang lebih jauh dengan tambang rendah. Melihat pelbagai cerita visual yang dikongsi menerusi pencarian duta bersama Sony yang diadakan buat julung kalinya dari para tetamu kami adalah amat menyentuh hati. Cerita-cerita inspirasi seperti ini adalah contoh yang tepat terhadap perkara yang mendorong kami untuk terus memperluaskan rangkaian jarak jauh kami dan memenuhi janji ‘now everyone can fly extra long’. Saya juga mengambil peluang ini untuk berterima kasih kepada pihak Sony atas sokongan dan semangat yang dijuntujukan menerusi kerjasama ini dan tahniah kepada semua finalis termasuk duta bersama kami yang kini mempunyai peluang berharga seumur hidup.”



Pengarah Urusan Sony Malaysia Satoru Arai berkata, “Kita dapat melihat minat mendalam bidang fotografi dan pengembaraan berkembang dengan pesat, lebih ramai kini boleh menghasilkan foto berkualiti tinggi dengan nilai estetika yang luar biasa untuk memberitahu cerita perjalanan yang penuh inspirasi dengan teknologi visual terkini seiring dengan penyertaan yang kami terima menerusi pencarian duta bersama ini. Harapan kami adalah untuk mengekalkan minat mendalam terhadap fotografi sentiasa meningkat supaya lebih ramai dapat berkongsi keindahan dunia ini melalui lensa kamera mereka ketika mengembara."



Bagi mengalakkan pengembaraan, AirAsia menawarkan promosi istimewa selama dua minggu bagi kesemua destinasi dengan potongan sebanyak 70%. Para tetamu boleh menempah di airasia.com bermula 28 Oktober 2018 untuk perjalanan segera atau sehingga 30 Jun 2019.

Duta bersama Air Asia dan Sony, Aisha Nazar




Duta bersama yang baru sahaja dilantik Aisha Nazar akan terbang ke Tokyo dengan tempat duduk Premium Flatbed AirAsia yang telah memenangi pelbagai anugerah untuk lawatan eksklusif ke makmal teknologi Sony untuk melihat teknologi dan ciptaan masa depan mereka yang belum didedahkan kepada umum.

Selain itu, beliau akan melalui pengalaman yang tidak dapat dibeli iaitu menjalani program sepanjang tahun penuh bersama Sony dan membawa pulang kamera terbaru mereka tanpa skrin Sony Alpha A7 III K serta fon kepala (headphone) tanpa wayar Sony h.ear on 2 yang keduanya bernilai lebih dari RM10,000.

Seperti berada di dalam Kabin.


Sebagai lanjutan dari kempen #ThroughTheLens, pencarian duta besama sony ini menerima lebih daripada 700 penyertaan dari seluruh dunia yang memaparkan pelbagai destinasi AirAsia menerusi laman throughthelens.airasia.com.


Sembilan finalis yang disenarai pendek juga menerima hadiah istimewa termasuk penerbangan pergi balik dari AirAsia X dan kamera Sony RX100V bernilai RM4,299 setiap satu.


Artis terkenal tempatan, Elfira Loy, Alvin Chong, Izara Aishah, Zahirah MacWilson dan Che Puan Juliana Evans pula diumumkan sebagai wajah bagi kempen AirAsia #ThroughTheLens yang memaparkan video perjalanan yang dibintangi mereka ke destinasi popular AirAsia seperti Xi’an, Tokyo, Amritsar, Taipei dan Seoul. Peminat boleh menonton video mereka di airasia.com/throughthelens


Zahirah Mac Wilson


Alvin Chong


Elfira Loy



Untuk maklumat mengenai promosi dan aktiviti terkini AirAsia,layari Facebook (facebook.com/AirAsia) dan Twitter (twitter.com/AirAsia).
Reactions:

2 comments:

  1. wah best dan seronok dapat berpeluang terlibat dengan kempen macam ni

    ReplyDelete
  2. Suka tengok Zahirah Mac Wilson ni, cantik tapi pemalu...

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies damansara domain Domino's Domino's pizza Dominos Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab Malaysia matic McCormick McDonald's media Merdeka mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi myvi myvi2018 NASDAQ ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia Pensonic perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Safi sale Shah Alam Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC unity unity ribbon upen Waterpark zakat zoo

Google+ Followers

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com