Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

06 October 2018

Poh Kong Dinobatkan Sebagai Syarikat Terbaik Bagi Tahun Ini di Anugerah JNA 2018

Peruncit barang kemas terulung Malaysia, Poh Kong Holdings Berhad, telah memenangi anugerah Enterprise Outstanding Of The Year di Anugerah JNA Tahunan bagi tahun 2018. Acara tahunan ini diadakan bersempena Pameran Perhiasan dan Permata di Hong Kong pada bulan September yang lalu dan menyaksikan kehadiran pelbagai jenama serata dunia yabg memperagakan koleksi terbaik masing-masing.





Anugerah yang berprestij ini pula merupakan satu anugerah bertaraf antarabangsa, bertujuan mengiktiraf jenama dan pelopor industri perhiasan dan permata dengan pencapaian luarbiasa dalam pasaran global. Selain mempamerkan perhiasan dan permata, pengusaha industri akan berkumpul dan meraikan upacara dengan berkongsi kisah kejayaan jenama mereka yang telah berjaya di peringkat antarabangsa pada Edisi Ketujuh Anugerah JNA 2018.


Diterajui oleh Datuk Choon Yee Seiong, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Berhad, berusia 42 tahun, merupakan pengusaha industri barangan kemas yang sentiasa berinovasi dalam rekaan dan menggunakan teknologi terkini untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik buat pelanggan mereka, membuatkan jenama mereka terus berada di barisan paling hadapan dalam industri barangan kemas di Malaysia.



Di dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, syarikat yang mempunyai 94 cawangan merupakan peneraju jualan barang kemas Malaysia, masih terus mampu berkembang dan ini di buktikan dengan pulangan hampir US $224.74 juta setiap tahun. Penerima Anugerah Enterprise Outstanding Of The Year ini, melaksanakan sistem pengurusan dan rantaian bekalan terkini dan terbaik. Malah, Poh Kong Holdings Berhad mampu merealisasikan sistem pengumpulan data, penyelarasan proses inventori serta dapat meningkatkan kecekapan khidmat pengurusan pelanggan organisasi mereka.






Dengan pengumpulan data semasa, tukang emas mampu merekabentuk berlian buatan dan permata mengikut citarasa pelanggan mereka serta mengikut trend semasa. Ermin Siow Der Ming (Pengarah Eksekutif Poh Kong Holdings Berhad) menerima Anugerah Syarikat Cemerlang tahun ini. "Ini adalah kali pertama kami mengambil bahagian dalam pertandingan ini. Adalah satu penghormatan untuk menerima anugerah berprestij ini dan diiktiraf atas usaha kami dalam menyediakan perhiasan yang berkualiti tinggi. Kami berada dalam perniagaan untuk memberikan keceriaan, dan dengan mengutamakan kepuasan pelanggan kami dalam semua yang kami lakukan, kami komited dalam membantu mereka meraikan kejayaan, besar atau kecil, dengan menghasilkan barangan indah yang dapat mereka nikmati di masa akan datang", ujar Datuk Choon Yee Seiong, Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Poh Kong Holdings Berhad.

Dianjurkan oleh UBM Asia, Anugerah JNA mengumumkan 15 Penerima daripada 44 penyertaan dalam 12 kategori anugerah yang merangkumi Inovasi Industri Tahun Ini, Inisiatif Kemampanan Tahunan dan juga Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, anugerah tertinggi yang dianugerahkan oleh Anugerah JNA.





 Anugerah yang mendapat pengiktirafan tertinggi ini didedikasi untuk mempromosi dan meningkatkan kecemerlangan, kepimpinan, inovasi dan amalan perniagaan terbaik dalam komuniti pembekal, pengedar dan penjual barang kemas dan batu permata. "Industri kami menghadapi beberapa keadaan dan tempoh yang mencabar, namun kami tidak berputus asa atau kehilangan semangat juang. Sebaliknya, inilah masanya untuk menjadi inovatif. Ini adalah masa untuk mencari peluang perniagaan dari sudut yang berbeza, dan membentuk kerjasama bagi mewujudkan situasi menang-menang. Syarikat dan individu dalam kelompok kami berkongsi wadah ini, untuk memacu perniagaan mereka ke hadapan. Sekali lagi, saya ingin merakamkan penghargaan saya yang mendalam dan tahniah kepada semua syarikat dan individu yang mengambil bahagian dalam Anugerah tahun ini. Bersama-sama, kita akan berjaya menjadikan industri ini berkembang", kata Letitia Chow, Pengerusi Anugerah JNA, Pengasas JNA, dan Pengarah Pembangunan Perniagaan - Kumpulan Perhiasan di UBM Asia.

1 comment:

  1. Poh Kong memang kedai emas yang sangat terkenal di Malaysia

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com