Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

27 October 2018

Caterpillar Beauty Class l LaF Skin Solution Ampoule - Water Bomb Ampoule

Hai.. 

Hari ni Qiss nak share satu produk yang sangat membantu melembapkan kulit Qiss. Produk ini dikenali sebagai LaF Seoul, LaF Skin Solution Ampoule - Water Bomb Ampoule.





Nama LaF berasal dari “Lost and Found”. “Lost” tu merupakan masalah manakala “Found” tu pulak adalah penyelesaian dan LaF sebolehnya cuba menyelesaikan masalah  dalam bidang kecantikan. 

Dalam erti kata lainnya jenama kosmetik berinovatif ni menyediakan jawapan yang cepat, inovatif dan selamat untuk semua masalah kulit di dunia. 

Terdapat tiga jenis produk iaitu:
1. Water Bomb Ampoule
2. Whitening Ampoule 
3. Anti-wrinkle Ampoule

LaF Skin’s Solution Ampoule - Water Bomb Ampoule


Yang Qiss guna ialah Water Bomb Ampoule. Ia digunakan untuk menyelesaikan masalah kelembapan kulit. Ampoule ni sangat digalakkan untuk orang yang ada masalah kulit kering. 




Kandungan 

Kandungan utama dalam ampoule ni ialah Aloe Barbadensis Leaf Water atau lebih dikenali sebagai pokok daun lidah buaya. Pokok ini sememangnya seringkali menjadi bahan utama dalam produk kecantikan terutama dari Korea kerana ia dapat membantu melembapkan kulit dan sesuai untuk semua jenis kulit.

Bertindak sebagai pelembap kulit ia juga berfungsi sebagai agen anti-penuaan. Tengoklah kulit muka Qiss makin segar dan berseri-seri setelah pemakaian selama dua minggu.





Tekstur

Tekstur ampoule ni agak berair dan tidak likat.





Ini membolehkan ampoule ni lebih mudah menyerap ke kulit bila diguna. 


Baunya wangi dan menenangkan apabila dipakai. Baunya tidak terlalu kuat dan kulit kekal wangi.





Cara Penggunaan 

Selepas mencuci wajah, picitkan sedikit Water Bomb Ampoule ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh muka.

Boleh dipakai selepas pemakaian toner atau sebelum pemakaian serum. Kesan penyerapan sangat cepat dan kita boleh terus memakai krim siang dan seterusnya menatarias wajah.

Sebotol ampoule ni boleh bertahan selama 3 bulan bergantung pada tahap pemakaian.


Didatangkan dalam botol bersaiz 30ml, Water Bomb Ampoule ni mudah dibawa ke mana sahaja. 

Kesan penggunaan

Kulit Qiss rasa segar selepas penggunaan ampoule ni dan sejuk. Sejuk yang macam mana tu? Ok, kulit Qiss sebenarnya cepat mengeluarkan peluh tetapi selepas menggunakan ampoule ni ia mengurangkan tahap kepanasan di dalam kulit muka Qiss.


Setahu Qiss kandungan aloe vera yang sangat membantu dan seterusnya membuatkan Qiss jatuh cinta dengan Water Bomb Ampoule ni.

Teruja tak nak dapatkan Water Bomb Ampoule ni? Sebabnya korang tak perlu pergi Korea pun nak beli produk terbaik ni. Korang boleh je ke GUARDIAN berdekatan korang dan dapatkan Water Bomb Ampoule ni dengan harga dari RM47++

Kalau korang dah cuba nanti share la feedback dengan Qiss pula.


Jadi Qiss nak berterima kasih pada Cikgu Tammy Lin kerana memilih Qiss menjadi pelajar Caterpillar's Beauty Class dengan kerjasama LaF Seoul dan komuniti The Butterfly Project.




12 comments:

  1. wah menarik! pasni makin cun la akak :D

    ReplyDelete
  2. Waterbomb ampoule ni sama ke macam serum?.. Kalau tengok tekstur sama macam serum. Nama nampak 'catchy'. Kalau ada ingredient daun lidah buaya tu memang bagus le sebab banyak manfaatnya....

    ReplyDelete
  3. Tak pernah cuba produk ni. Nampak bagus dan menarik untuk dicuba sebab ada kandungan daun lidah buaya.

    ReplyDelete
  4. wah mcm2 produk yg menarik dan bbest sekarang ni kan...i like cantik2 ni hhehe

    ReplyDelete
  5. Nampak macam sesuai dengan kulit ayu yang kering ni. Packagig pun cantik,suka warna putih.

    ReplyDelete
  6. Suka dengan ramuannya dr aloe vera. Seperti yg kita ketahui aloe vera mmg memberi banyak kelebihan. Boleh dapati di Guardian ya. Bolehlah nak cari nanti

    ReplyDelete
  7. Saya lagi suke kalau produk skincare yang kaler jernih macam. Rasa lebih yakin dieorang tak tambah pewarna yang pelik pelik macam sesetengah skincare tu kaler pelik habis.

    ReplyDelete
  8. Macam menarik produk ni, teringin nak mencubanya! Aloe vera tu saya suka.. pasti sejuk jer masa pakai nanti

    ReplyDelete
  9. Produk dari korea selalunya yang terbaik dan serasi dengan kulit kita kan. Bestnya tengok kengkawan yang pakai produk dari korea ni muka elok cantik je. Macam best la produk ni. Kalau pergi Guardian bolehlah survey.

    ReplyDelete
  10. Ramai nad tengok pakai Laf ni. Nampak best pulak. .Macam serum tapi bukan serum kan. Suka pakai jenis macam ni sebb serap terus dalam kulit

    ReplyDelete
  11. Ampoule ataupun serum sekarang dah penting dalam penggunaan seharian kan. Rasa x lengkap pula bila tak pakai.

    ReplyDelete
  12. Penting guna Serum ni. Ia mudah meresap dan kita bleh skip beberapa regimen penjagaan kulit. Hehe. Selamat menggunakan produk ni. Moga terus cantik

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com