Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 May 2019

Beauty l LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick

Assalamualaikum,

Lagi sebulan kita akan menyambut Hari Raya. Baju raya dah beli? Kasut Raya? Lipstik Raya?

Haaa.. ni Qiss nak bagitau yang ada lipstik baru dipasaran tau.

LA'SOUL Skin Nutrition Expert terkenal dengan kepakaran menghasilkan produk kecantikan unggul dan berkualiti tinggi yang diformulasikan di Korea.

Sejak 2013 lagi LA'SOUL diperkenalkan di Malaysia dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan.  Selangkah lagi LA'SOUL kini melancarkan rangkaian gincu yang bakal menyemarakkan lagi hari-hari wanita.

Terdapat enam pilihan warna yang menarik

LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick adalah gincu yang bukan sahaja bakal menyerlahkan lagi sisi wanita malahan menambahkan lagi keyakinan diri mereka.

Tekstur LA'SOUL Lipstick yang matte di luar tetapi creamy di dalam. Sangat halus dan lembut dengan kehadiran wax micro christalyn. Satu olesan pada bibir semestinya memberikan kesegaran dengan ronanya yang terang dan tahan lama.


Terdapat enam rona pilihan yang terdiri daripada Star Nude, Mocha Choc, Velvet Burgundy, Passion Rosy, Poppy Pink dan Cherry Peach, semestinya mampu memenuhi keperluan anda.




Kandungan berkualiti tinggi dengan anti penuaan dan pasti membuat kulit bibir lebih anjal dan ternyata memelihara bibir anda sepanjang hari.




Berikut adalah beberapa kandungan penting yang terdapat di dalam gincu LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick:

CAMELIIA JAPONICA SEED OIL

Diperkaya dengan ajen pelembap Camellia Japonica Seed Oil seperti Oleic, Linoleic, Palmaitic yang menghalang pengoksidaan kulit bibir dan membekalkan kelembapan kulit bibir secukupnya.

ROSA CANINA FRUIT OIL
Tekstur minyak lebih ringan ini memberi efek kilauan serta menyegarkan bibir. Selain itu turut memelihara kesihatan kulit bibir dan radikal bebas.



BUTYROSPERMUM PARKII (SHEA) BUTTER  Penghalang penyejatan kelembapan bibir dan sentiasa memberikan efek kelembapan pada bibir untuk kulit bibir kelihatan lebih berseri. Kandungan ini juga melindungi kulit bibir dari dan mempercepatkan kitaran regenerasi kulit agar sentiasa terpelihara.

TOCOPHERYL ACETATE (VITAMIN E)
Akhir sekali LA'SOUL mengandungi vitamin E agar menjadi pelindung serta melambatkan kulit daripada efek anti-pengoksidaan. Juga mengurangkan nisbah dehidrasi pada kulit.


Pengalaman Menggunakan Gincu ini
- Tekstur yang ringan
- Warna senang dicampurkan untuk mendapat warna yang lebih menarik
- Bibir terjaga elok
- Kesan pemakaian yang lebih lama dapat melembapkan bibir


LA'SOUL Skin Nutrition Expert adalah sebuah jenama keluaran SNE Marketing Sdn Bhd. Semenjak penubuhannya pada Oktober 2003, SNE Marketing Sdn Bhd telah membuktikan dirinya sebagai sebuah kuasa besar yang terkenal di dalam industri MLM.


Bertapak di Malaysia dengan jumlah pelaburan kapital 5.0 juta Ringgit Malaysia dengan barisan produk-produk yang hebat dan berkualiti tinggi. SNE Marketing Sdn Bhd melambangkan peluang yang tiada berkesudahan dan telah membantu lebih dari 500,000 warga SNE terakru kesihatan yang optimum, keselamatan dan kestabilan kewangan dan kebebasan masa.



Bukan sahaja di Malaysia, malahan telah berkembang pesat di negara jiran seperti Thailand, Indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam, Australia dan dalam misi untuk melebarkan lagi sayapnya ke seluruh dunia.

Tempahan LA'SOUL Matte Creamy Volumizing Lipstick boleh dilakukan menerusi Agen dan Pengedar di seluruh Malaysia, Thailand, indonesia, Brunei, Singapura, Vietnam dan Australia.

Maklumat lanjut layari website dan sosial media LA'SOUL:
Website: www.snemarketing.com
Fb: La'soul Beauty by Sne
Official IG: Lasoulbeautybysne

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com