Kali ini Qiss nak berkongsi kisah kejayaan disebalik jamumall.com. Pengasas jamumall.com yang dikenali sebagai Encik Khairul Nizam adalah seorang orang kurang upaya tetapi bersemangat waja untuk mengubah kehidupannya.
Hari ini Encik Khairul Nizam mampu tersenyum apabila kesusahan yang dilalui membuahkan hasil. Sekiranya dahulu dia dibantu untuk membersihkan diri dan menyuap makanan, kini dia membantu golongan muda yang ingin berjaya dan ingin mengubah nasib keluarga.
Tiada siapa meminta untuk dilahirkan cacat tetapi bagi Encik Khairul Nizam, dilahirkan dalam keadaan begini bukan alasan untuk tidak teruskan hidup.
Bersyukur masih dikurniakan nyawa dan masih bernafas di bumi Allah ini, Khairul Nizam percaya dia pada aturan Allah buatnya.
Pada usianya 30 tahun, Khairul Nizam menubuhkan Syarikat Jamumall Sdn Bhd. Hasilnya Khairul Nizam dapat membeli apa saja yang dia inginkan, melancong ke luar negara, makan mewah dan mampu menyediakan rumah mewah dan selesa untuk seisi keluarga.
Rezeki pemberian Allah ini tidak saja digunakan untuk keperluan sendiri malah Khairul Nizam rajin bersedekah kerana dia percaya bahawa kunci rezeki melimpah ruah adalah dengan bersedekah.
Kejayaan ini dikongsi bukan bertujuan untuk riak tetapi lebih kepada memberi inspirasi bila mana Khairul Nizam melihat sekelilingnya terdapat anak muda yang crpat berputus asa, bersikap malas dan hanya mahukan pekerjaan yang senang-senang sahaja.
Dunia perniagaan adalah sukar jika tiada sokongan dari orang sekeliling, tiada komitmen yang tinggi dan tiada keinginan untuk berjaya. Jadi sesiapa yang ingin berjaya dalam dunia perniagaan dia kena bersedia dari pelbagai aspek.
Bagi anak muda zaman sekarang, bangkitlah. Perbaiki diri demi kesenangan masa depan diri dan keluarga. Kita tak minta dilahirkan dalam keluarga yang susah tetapi kita tidak akan senang jika kita tidak berusaha. Ambil iktibar dari kisah pengasas Jamumall.com ni. Anda pasti berjaya.
Untuk mengenali dengan lebih dekat, korang bolehlah ke laman sosial Khairul Nizam di:
FB https://www.facebook.com/khairulnizamofficial/
PAGE: https://www.facebook.com/Jamumallcom/
IG: https://www.instagram.com/hyekhairul/
Website: https://jamumall.com/
Sedangkan Nizam yang hanya berkemampuan 3 Jari Dan 1 akal Boleh berjaya, apa lagi alasan Kita...
ReplyDeleteSemangat luar biasa yang perlu kita contohi walaupun beliau kelainan upaya
ReplyDeleteBeing physically disabled is not an excuse! Find a way to shine in life.
ReplyDeleteBeliau boleh berjaya jadi apa alasan kita untuk tidak mahu berusaha
ReplyDeleteTerharu dengan semangat beliau yang membuktikan bahawa OKU juga boleh berjaya.
ReplyDeleteBangga dengan kegigihan dan semangat beliau untuk berjaya
ReplyDelete