Hari ni Qiss berkesempatan ke Majlis pelancaran beg tote eksklusif yang dilancarkan oleh GUARDIAN Malaysia.
Ada tiga rekaan menarik iaitu NATURE BEAUTY, RED BLOSSOMS dan FLORAL SERENITY dan kesemuanya ini ialah koleksi Eksklusif Musim Panas sempena Ramadan.
Beg tote ini merupakan ilham dan hasil rekaan istimewa personaliti, pengacara, model dan tokoh perniagaan terkenal, Neelofa, yang juga merupakan pemilik kepada jenama fesyen kontemporari popular di Malaysia, NAELOFAR.
Ms Wong Vai Chi, Ketua Pemasaran, Kesihatan dan Kecantikan, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd berkata "Kolaborasi istimewa bersama NAELOFAR ini adalah satu cara kami menyambut kedatangan Ramadan. Kami ingin menawarkan sesuatu yang eksklusif kepada para pelanggan, dan sudah tentu juga menarik, apabila mereka berkunjung ke Guardian untuk mendapatkan keperluan kesihatan dan kecantikan mereka.”
Vai Chi turut mengumumkan bahawa stor-stor Guardian bakal menampilkan tema istimewa “Seiring Ramadan” sepanjang bulan Ramadan ini dimana Guardian berusaha untuk menawarkan banyak tawaran-tawaran hebat dengan potongan harga sehingga 50% untuk barangan- barangan tertentu.
“Dan kepada mereka yang inginkan tip-tip kesihatan sepanjang bulan Ramadan, Guardian juga akan memuat naik petua-petua dan panduan kesihatan berguna daripada Joanna Soh, selebriti kecerdasan Youtube #1 Asia, ke laman Facebook Guardian dari masa ke semasa,” tambah beliau.
Jom membeli-belah di Guardian sambil bergaya dengan beg tote istimewa rekaan Neelofa, boleh juga dibeli untuk kegunaan sendiri dan juga dihadiahkan kepada yang tersayang.
Kalau korang nak tahu, beg-beg tote tersebut boleh dibeli pada harga diskaun 40% dengan pembelian bernilai RM20 dengan mana-mana produk jenama penaja, atau RM30 jika tanpa barangan jenama penaja.
Beg-beg tersebut berharga hanya RM17.90 selepas diskaun 40%. Koleksi Musim Panas Guardian boleh didapati bermula hari ini sehingga stok masih ada.
Jadi apa tunggu lagi, jom ke Guardian sekarang dan dapatkan beg rekaan istimewa ini.
that is cute but i rarely used them since i had one or two (bought one somewhere) but it's kept safe in my drawer. hehe
ReplyDeleteAmboi cantiknya beg. Secantik nealofaa sudah. Suka design2 bunga cm tu. Nampk moden dan tak terlalu heavy
ReplyDeleteCutenya bag ini. Saya pun nak satu. Suka sangat design ini.
ReplyDeleteCantiknya semua bag tu. Ruby bag saiz macam tu buat simpan telekung. hehehe. Senang nak bawa ke surau. sebab boleh muat wallet, bekas spek mata, kunci rumah, kunci kereta, pencuci muka, makeup remover wipes dan makeup. hehehe. nanti nak beli esok.
ReplyDeletewah.. neelofa berkolaborasi dengan Guardian kali ni yea.. lawa gak Tote Bag tu.. Simple je kan.. kena beli barang baru dapat harga potongan untuk tote bag ni yea..
ReplyDeletewahh nelopa dah keluarkan beg tote plak ke..cantik beg tote tu bole simpan telekung nak pergi terawih nanti..harga pun ok jugak
ReplyDeleteAla cantik nya beg-beg tu. Macam nak semua satu boleh tak? Huhu. Kita mmg suka kumpul tote bag sbb sejenis tak kumpul handbag. Haha.
ReplyDeleteRawlins nak yang Floral Serenity please. Cantik sungguh tote nie. Boleh bawa ke pejabat nie. Bergaya sungguh kalau dapat ber tote nie.
ReplyDeleteSekarang ke mana-mana mesti nak bawa 1 lagi beg. Kadang2 tu beg pegi pasar pun i pakai sb nak isi macam-macam barang. Biasalah dgn power lagi itu ini. Lps ni boleh pakai tote bag cantik Neelofar ni. Cantik sikit nampak kan.
ReplyDeleteCantik gak bag tote Tu. Boleh la dapat Kan satu. I suka corak dia Cantik. Satu kolaborasi Yang bijak dengan guardian.
ReplyDeletewahhh eksklusif betul bag tote by naelofar nie. nampak cantik sangat dengan tema bunga2 dan kehijauan. nampak vibrant dan sentiasa evergreen. nanti nak dapatkan satulah dekat guardian.
ReplyDeleteKita rasa nak beli beg ini nak bagi kat mak kita nak bawa telekung pergi sembahyang terawih nanti memang sangat mudah cantik dan exclusive ok Neelofa lak tu baru ada classs hehehehe..
ReplyDeleteWah cantiknya koleksi beg musim panas Neelofa nih, nak beli jugalah nanti senang nak bawak telekong pergi masjid macam Maha cakap dekat atas. Anak dara pon suka beg macam ni juga...
ReplyDeletecantik design tote beg guardian tu. boleh la beli satu guna isi barang kalu pergi shopping, tak payah bayar 20 sen tuk plastik. jimat duit & jaga alam sekitar gitu
ReplyDeleteThe bags are so pretty! Will grab one for myself I like the nature beauty one.
ReplyDeletewaagt comeinyaa totebag, lama tak ke guardian, selalu ke watson je. kat jusco sini takde guardian. maybe kena pi jauh sikit, nak lah juga grab 1 hahha comel belaka totebag nya :D
ReplyDeleteyanmie
http://www.yanmieonline.com
serius mmg lawa sgt sy suka yg floral tu!! harga pun murrahh je huhu klu i pergi guardian nnt nk cuba dapatkan lah!
ReplyDeleteAdoi.. Lawa pulak tengok bag tu. Dah la kita memang suka bag bag simple macam tu. Nanti kalau ke guardian boleh la tengok.
ReplyDeleteErm.. Nak pergi guardian tak terpergi pergi..
Memang cantik sangat tote bag dia. Kak min suka yg bag bunga merah tu sebab lawa gile.
ReplyDeleteonie suka yang nature tu! Cantik! Katanya siap ada sign lofa belakang tote beg tu kan. bestnya. rasa nak serbu guardian sekarang gak untuk dapatkan koleksi tote beg ni. Cantik u :D
ReplyDelete