Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

22 May 2019

Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System Kulit Cerah Tanpa Suplemen

Wanita Asia berkulit sawo matang seringkali menginginkan kulit yang putih. Katanya putih itu cantik. Tapi lain pula kalau kulit wajah semakin gelap disebabkan terlalu lama berjemur di tengah panas. Jadi, mesti kita berusaha nak putihkan wajah kita ni semula.

Bercakap tentang putih, Qiss dulu selalu ambil suplemen yang mengandungi Glutathione. Selalunya dalam bentuk pil yang kena telan tu.

Setelah sekian lama digunakan secara oral sebagai suplemen yang kaya antioksida bagi mencerahkan kulit  dan menjadi bahan utama dalam suntikan pemutihan,korang kini boleh mengucapkan ‘selamat tinggal’ kepada pil dan jarum suntikan apabila Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System telah mempelopori penggunaan Glutathione sebagai bahan penjagaan kulit, dengan menggunakan teknologi Jepun yang telah dipatenkan, bagi membangunkan produk yang sangat stabil tetapi efektif untuk penggunaan secara terus. 





Diformulakan daripada bahan-bahan termaju seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside)  Hyalo-Oligo®, Ekstrak Silybum Marianum, Vitamin B3, B5 dan B6, rangkaian terbaharu ini merupakan kuasa pemutih menyeluruh terunggul.

Kajian terperinci dibuat oleh makmal Dr. Wu menunjukkan bahawa untuk mendapatkan kulit licin bagai porselin, penjagaan kulit haruslah bersifat pelbagai-aspek bagi menyasarkan pelbagai keadaan sedia ada kulit dan membentuk pelbagai fungsi serentak. 


 (Dari kiri) Lynn Lim林佩盈(Artis), Eric Wu 吴奕叡 (Chairman & CEO of Dr Wu 董事长兼首席执行官 of Dr Wu) Dr. Ying Chin Wu 吴英俊医生 (Brand Founder of Dr. Wu品牌创始人 & Clinical Professor of National Taiwan University Hospital (NTUH) 台大皮肤科權威醫師 ) Tong Bing Yu 童缤毓 (Artis), Chole Lim 林詠慧 (Category Management & Product Development Director of Sasa Malaysia 莎莎品牌管理及產品發展總監), Sam Wong 黄敬森 (General Manager of Vast Diversified, exclusive distributor for Dr. Wu in Malaysia. Dr. Wu 马来西亚总代理Vast Diversified 总经理)

Pertamanya, ia perlu MELINDUNGI kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV dan radikal bebas berbahaya. Ini merupakan punca utama kemerosotan dan kegelapan kulit. Ia juga harus mampu MENYEKAT kulit daripada mengeluarkan terlalu banyak melanin. Melanin bertanggungjawab menggelapkan warna kulit seseorang - lebih banyak melanin, lebih gelap warna kulit. 

Ketiga, ia perlu membantu kulit MENTERBALIKKAN kerosakan yang ada, seperti pigmentasi dan noda hitam disebabkan sinaran UV yang merosakkan kulit. Dan terakhir, sebuah produk pemutih kulit juga perlu MENGHIDRAT kulit secara mendalam untuk menjadikan ia lembut dan anjal sepanjang proses pencerahan sekali gus  memberi kesan yang cantik secara menyeluruh.

Dr. Ying Chin Wu memberikan cara penjagaan wajah kepada  Tong Bing Yu. (Dari kiri) Lynn Lim林佩盈 (Artis), Tong Bing Yu 童缤毓 (Artis) & Dr. Ying Chin Wu 吴英俊医生 (Brand Founder of Dr. Wu品牌创始人 & Clinical Professor of National Taiwan University Hospital (NTUH) 台大皮肤科權威醫師 )


Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System diformulakan bagi mewujudkan produk pemutih secara menyeluruh terulung dengan Glutathione sebagai bahan utama. 

Digunakan terus pada kulit, Glutathione berfungsi untuk melindungi kulit daripada kerosakan disebabkan sinaran UV, selain pada masa sama menyekat pengeluran melanin yang menggelapkan kulit. 

Bertindak seiring dengan bahan-bahan utama lain seperti AA2G (Ascorbyl Glucoside) untuk memanjangkan tempoh menyekat pengeluaran melanin; bahan penstabil Hyalo-Oligo®, iaitu sejenis Asid Hialuronik versi molekul kecil atau mikro yang membolehkan ia lebih cepat menembusi sel kulit untuk kesan hidrat lebih efektif dan tahan lama; ekstrak Silybum Marianum daripada susu thistle (tumbuhan liar dalam famili Composital) melindungi daripada tindak balas oksidatif yang merosakkan kulit; Vitamin B3 untuk mencerahkan noda-noda hitam dan pigmentasi; Vitamin B5 dan B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk melegakan keradangan dan melembapkan kulit, membuatkan Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System padat sebagai produk pemutih yang memberi kesan pada setiap peringkat.





Dengan Glutalight™, anda boleh mendapatkan kulit yang lebih cerah, berseri,  lembap, lembut dan lasak dalam satu produk sahaja. Sebagaimana kesemua produk lain Dr. Wu, kami berbangga dalam menghasilkan formula penjagaan kulit yang luar biasa ini dengan tumpuan utama kepada bahan-bahan aktif berkualiti tinggi untuk memberi hasil yang efektif dan dapat dilihat dalam tempoh yang lebih singkat. Produk-produk Glutalight™ tidak mengandungi sebarang bahan-bahan sensitif dan fotosensitif mahupun alkohol, menjadikan ia cukup lembut walau pada kulit sensitif dan kulit selepas rawatan. Kulit licin bagaikan porselin bukan milik eksklusif kepada golongan selebriti sahaja. Anda juga boleh mendapatkannya dalam suasana selesa di rumah,” kata Sam Wong, Pengurus Besar Vast Diversified, pengedar eksklusif produk Dr. Wu di Malaysia.

Menurut laporan ujian dijalankan oleh makmal kosmetik Providence University ke atas 40 individu berusia antara 20-50 tahun yang menggunakan Glutalight™ Whitening System berterusan selama 28 hari, hasilnya menunjukkan bahawa 97.5% responden menyedari kulit mereka lebih cerah dengan  Glutalight™ Whitening Serum. 




Manakala 95% merasakan kulit lebih bersinar; 95% peratus merasakan kulit semakin kurang gelap; 97 % merasakan kelembapan kulit meningkat; dan 100% merasakan warna kulit semakin sekata. Responden menyedari keserian kulit semakin meningkat antara 7 hingga 28 hari penggunaan produk, di samping penurunan paras keluasan dan kedalaman noda hitam, manakala 82.5% melaporkan penurunan jumlah titik noda hitam dan 92.5% melaporkan penurunan ketara di kawasan yang dilitupi noda hitam. 





Sebagai kesimpulannya,  Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System bukan seperti produk pemutih biasa. Ia bertindak serentak dengan 5 fungsi berbeza hanya dalam satu botol: memutihkan, menghaluskan dan menghidrat, menyerikan kulit kusam, menghasilkan anti-pigmentasi secara mendalam dan akhir sekali membuatkan tona kulit wajah lebih sekata. Hasilnya? Kulit cerah tanpa cela dari setiap sudut.


Rangkaian All- New Dr Wu Glutalight™ Whitening System mengandungi: 

DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING ESSENCE TONER 150ml (RM179)

Meningkatkan kelembapan dan kejernihan kulit.
Penyegar seperti serum yang boleh mempercepatkan kesan pemutihan semua-dalam-satu. 





Produk pertama yang menggunakan  revolusi formula pemutihan “Glutalight™” mengandungi Glutathione dipaten di Jepun yang menggunakan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6, dan ditambah Allantoin  untuk melembutkan kulit, dengan kesan pemutihan dan kelembapan, mengurangan dengan berkesan kemunculan pigmentasi, serta mencerahkan kulit kusam dan tidak sekata.

Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. 



DR. WU GLUTALIGHT™ INTENSIVE WHITENING LOTION 50ml (RM219)

Memperbaiki kulit, menjadikan ia cerah dan bersinar.





Losen yang teksturnya ringan dan berkrim ini, merupakan yang pertama menggunakan formula pemutih “Glutalight™” yang dipaten di Jepun, bersama-sama dengan AA2G, HerbEx Silybum Extract™, Vitamin B3, B5, B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro, yang boleh mengurangkan kemunculan pigmentasi selain menghaluskan dan melembapkan kulit. 


Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!



DR. WU GLUTALIGHT™  INTENSIVE WHITENING SERUM 15ml
(RM 169)

Menghentikan melanin pada setiap peringkat: pemutih yang lengkap.

Padat dengan bahan-bahan pemutih berkepakatan tinggi. Ia meratakan warna kulit yang tidak sekata dan mencerahkan noda hitam, menjadikan wajah anda nampak berseri dengan hanya dalam satu botol. 




Produk pertama menggunakan revolusi formula pemutih Glutalight™, yang mengandungi Glutalight™ dipaten di Jepun, selain kandungan bahan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6 dan Asid Hialuronik molekul mikro untuk menghalang sepenuhnya pengeluaran melainan bagi kesan pemutihan yang cepat dan kekal lama. 

Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid. Menghasilkan kulit putih sempurna!

DR. WU GLUTALIGHT™   WHITENING EYE SERUM 15ml (RM 179)

Menghilangkah kegelapan dan meningkatkan keanjalan kulit.




Serum mata dengan tekstur sangat ringan ini menggunakan revolusi formula pemutihan Glutalight™, yang mengandungi Glutalight™ dipaten diJepun, selainn kandungan bahan AA2G, Ekstrak HerbEx Silybum™, Vitamin B3, B5, B6, Asid Hialuronik molekul mikro dan Haloxyl untuk meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kemunculan lingkaran hitam di keliling mata.  

Ia boleh digunakan pada siang hari atau sebagai penjagaan selepas rawatan wajah dan ia bebas asid lalu menghasilkan kulit putih sempurna!


Cara Penggunaan:





Untuk maklumat lanjut mengenai Dr. Wu’s Glutalight™ Whitening System, sila layari laman sesawang.





Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com