Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

07 May 2019

Shell Out Promosi Set Makan Syiok dan Set Makan Sedap Sepanjang Ramadhan

Hai semua, hari ni Qiss bawa family dan kawan-kawan makan untuk berbuka puasa kat Shell Out G-Village tau.

G-Village ni terletak di Desa Pandan. Senang sangat nak cari restoran ni sebab dia terletak di bahagian luar bangunan G-Village dan kalau korang bernasib baik, korang boleh parking kenderaan korang tepi restoran ni je.

SHELL OUT? Sejak dua menjak ni, viral tentang makanan seafood yang telah dimasak dan dihidang secara dilambakkan di atas meja.

Qiss dapat tahu tentang restoran ni dari kawan Qiss, katanya rugi kalau tak cuba makanan kat sini. Jadinya Qiss bawa family datang berbuka kat sini untuk merasa sendiri menu yang ada.

Teruja nak makan kat sini sebab ada promosi Ramadhan:
🦀Set Makan Syiok
🦑Set Makan Sedap
🦐Special Nyonya Sauce

Bila dah datang ramai-ramai, Qiss kena order Set Makan Syiok. Memang berbaloi sebab banyak dan mengenyangkan.


Dalam gambar ni dua hidangan Set Makan Syiok sebab Qiss makan bersama 7 orang lagi. Bila dah dua set dilambakkan atas meja..nyam nyam. Penuh makanan aje. Set ni didatangkan dengan sos Selera Nyonya yang hanya ada semasa bulan Ramadhan je tau. Tak terlalu pedas dan sangat sesuai makan walaupun perut kosong.


Kalau korang tengok set ni ada lobster kan.
Kalau korang tak pandai nak kupas untuk dapatkan isi dia, staff Shell Out akan tolong korang. Korang tinggal makan je. Sedappp..

Ocean Fillet

Isi ikan yang sedap dan menyelerakan.
Suka sangat bila digoreng tempura begini. Memang sesuai korang bagi kat anak-anak korang.



Kuih Melayu

Kebiasaannya Qiss akan berbuka dengan manisan dulu dan Qiss beruntung sebab dalam set Makan Syiok dan Makan Sedap ade kuih ni.




Ok, Qiss nak share banner promosi Ramadhan ni. Kalau korang nak tau lebih jelas lah.


SET MAKAN SYIOK
Set ini untuk 4 orang, Ada Lobster, Crab, Pink Scallop, Clam, Prawn, Ocean Fillet, Broccoli, Corn, Potato, Nasi Kerabu dan Malay Kuih.

Harga: RM382.90


SET MAKAN SEDAP
Set ini untuk 2 orang, ada Crab, Pink Scallop, Clam, Prawn, Ocean Fillet, Broccoli, Corn, Potato, Nasi Kerabu dan Malay Kuih.

Harga: RM179.90

Selain dua set ini, korang boleh tambah hidangan lain sementara nak tunggu makanan sampai ataupun untuk anak-anak.

Cheese Mayo Mussels
Gojijiang Chicken Wing

Parmesan Breadcrumb Mussels


Untuk air pulak Qiss order Orange Soda dan Ribena Soda. Sedap. Nyaman tekak bila minum ni.








Setakat ni sajalah perkongsian Qiss dan pengalaman Qiss berbuka di Shell Out. Ada masa nanti Qiss nak datang lagi makan kat sini.

Dah tahu mana makan kan, jom la datang ramai-ramai, bawak adik, kakak, abang, mak ayah semua lah. 

Korang kena cepat sebab promosi ni hanya sah dari 6 Mei hingga 23 Jun 2019 saja tau.


Yang Qiss pergi ni restoran kat Shell Out G-Village, Lot G-12, Ground floor Pusat Perniagaan G No. 35, Jalan Desa Pandan, Kuala Lumpur.

Ada banyak lagi outlet yang lain, korang layari:

Reactions:

23 comments:

  1. Yeayyyy sedap sedap nampak sangat banyak and berbezaaaa

    ReplyDelete
  2. Memang teringin sgt2 nk berbuka shell out.. Try ni la nnti..

    ReplyDelete
  3. Ayoyo sedapnya tengok shellout tu. Terkeliur kite lagi2 tengah puasa ni. Lapar!!! Tapi serius nampak sedap dn harga pun not bad. Boleh cuba nnti ni.hehhe

    ReplyDelete
  4. Yeah! Makan shell out.memang terbaik dan sedap

    ReplyDelete
  5. Shell Out ni memang dha semakin terkenal je antara penggemar seafood kan.. TB belum berpeluang lagi nak try makan shell out.. mungkin ada rezeki annti merasalah.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Bestnya dapat makan dekat shell out, nasib balqis dah mention siap2 staff akan tolong kopek kalau tak pandai nak buat hihi

    Farhana Jafri

    ReplyDelete
  7. shell out ni mmg terbaik! puas hati dengan lauk seafood dan kuah nya yang enak. entah bila lagi nak makan shellout ni hehe

    ReplyDelete
  8. Besarnya lobster tuuuu! Staff kopekkan isi tu seronok. Terfikir juga kot kena buat sendiri. Hehe.

    ReplyDelete
  9. Pehh kalau buka puasa makan shell out ni dh kira meriah da.. Hehehe.. Harga not bad boleh tahan ye.. Tp tgk gmbr menyelerakan lak..

    ReplyDelete
  10. Sis dari swbwlum puasa..sampailah ni teringin sgt nak makam shellout ni, tapi tak tahu nak gi kat mana. Dah tau tempat ni shellout dia sedap..nanti boleh le cuba

    ReplyDelete
  11. Balqis!! Nanti jom berbuka puasa sama-sama. Jeles tengok Balqis buka kat shellout. Memang sedap kan makanan kat sini. Kita tengok pun terliur. Pernah makan sekali je kat situ sebab jauh sangat dari rumah

    ReplyDelete
  12. Bestnya makan shell out. Memang enjoy makan shell out ni. Macam macam kita boleh makan .Terliur dibuatnya .Nanti bolehlah datang makan kat sini .Nampak sedap pulak semua makan kat sini .

    ReplyDelete
  13. Sedapnyaaa. Eee stress tengok makanan sedap dibulan puasa ni. Rasa nak makan macam-macam. Tunggu lah lepas raya kang kita pi sini.

    ReplyDelete
  14. wow, nampak menyelerakan sungguh hidangan shell out dekat sini. harga pulak sangat berpatutan sesuai dengan apa yg ditawarkan. mesti family dan anak2 suka kalau bawa berbuka kat sini.

    ReplyDelete
  15. Banyaknya makanan boleh habis ker tu heheheh kalau tak habis jangan lupa ajak kita wakakak kita memang suka bab makan-makan Shell out ni lama tak pergi hehehehe

    ReplyDelete
  16. Wow, nampak sedap! Huda dah la hantu seafood. Terliur tengok nasib baca review ni dah berbuka,kalau time siang hari berpuasa mesti dah berbunyi perut ni..hehe. teringin yer nak makan kat sini..

    ReplyDelete
  17. Kita tak pernah merasa makan shellout. Walhal dah lama ada kan. Bila la nak merasa. Duduk mersing ni belum jumpa kedai makan yang sedap. Nak pergi ke sini, jauh.. Huhuhu..

    ReplyDelete
  18. sedapnya kalu berbuka puasa makan shell out. lagi-lagi hidang panas sebelum berbuka mesti habis licin makan. ni kalu makan beramai-ramai mesti lagi meriah. boleh tahan harga murah kalu tong tong tu

    ReplyDelete
  19. Menariknya! Siap ada lobster, nampak sedap sangat. Dah lama tak kumpul ramai ramai makan shell our gini. Boleh laa masuk list ni.

    ReplyDelete
  20. biasa balqis ni!!! tayang2 macam ni...amboiiiii...terus akak rasa teringin..sedapnya..harga pun bleh tahan erk


    ReplyDelete
  21. Best nyer pergi shell out berramai ramai time bulan ramadan kan. The food nampak best and also price also berpatutan.

    ReplyDelete
  22. OMG...I really wanna enjoy this! I can't bring my bf coz he hates shell-fish...but I love them so much, will drag my friends to here. Time to feast up!

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android Apparel apps automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Biskut Raya Blogger Blogger review brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit electronic review etw etw6 Event facial Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex free product review gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Honor hotel review Income Innphonim blockchain Inspirasi Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lipstick maiwp makan makanan arab make up Malaysia matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka MMSOS mobile motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme review Richworks Safi sale Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding zakat zoo

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com