Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

03 November 2019

Forum Awam Live Well With Diabetes anjuran CARiNG Pharmacy dan Cabaran Glucocare

Assalamualaikum dan hai semua,

Baru-baru ni Qiss berkesempatan untuk ke Forum Awam Live Well With Diabetes anjuran CARiNG Pharmacy.

Tahun ini, CARiNG memperkenalkan satu lagi perkhidmatan farmasi kepada
orang ramai iaitu Sistem Pengurusan Diabetes CARiNG (DMS). DMS adalah sebuah platform maya yang menghubungkan ahli farmasi dengan pesakit untuk mengawasi
bacaan paras glukosa darah menerusi pengurangan waktu perjalanan, kesilapan
pemindahan data, dan memperbaiki kecekapan pengurusan glukosa darah.



Dengan Aplikasi Mobil Rightest Care, ahli-ahli farmasi CARiNG akan dapat membantu pesakit-pesakit untuk menjalankan kehidupan yang sejahtera walaupun menghidapi diabetes.

CARiNG Pharmacy Retail Management  merupakan pengendali rangkaian farmasi komuniti dalam kelompok tiga yang paling utama di Malaysia - Sempena meraikan Hari Diabetes Sedunia 2019, CARiNG, dengan usahasama Nestlè Health Science, dengan bangganya membawakan"Forum Awam "Live Well with Diabetes yang dianjurkan buat kali pertamanya pada hari Sabtu, 2 November 2019 bertempat di Dewan Oak Hall, Menara OBYU, Damansara Perdana, Selangor Darul Ehsan.




Menurut Kementerian Kesihatan, kira-kira 3.6 juta rakyat Malaysia adalah penghidap
diabetes, yang mana angka ini adalah yang tertinggi di Asia, dan antara yang tertinggi
di dunia. Turut dianggarkan bahawa kira-kira tujuh juta rakyat Malaysia dijangka
menghidap diabetes menjelang tahun 2025.

Sebagai rantaian farmasi utama di
Malaysia, CARiNG memainkan peranan aktif dalam meningkatkan kesedaran orang ramai tentang diabetes, di samping menyediakan perkhidmatan nilai tambah kepada pesakit-pesakit yang menghidap diabetes.

Forum Awam "Live Well with Diabetes" telah dirasmikan oleh Encik Chong Yeow
Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy bersama-sama Cik Maria Rica Mier,
Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlé Health Science.

Dua dari kanan: Encik Chong Yeow
Siang, Pengarah Urusan CARiNG Pharmacy bersama-sama Cik Maria Rica Mier, Pegawai Eksekutif Perniagaan Kluster Nestlé Health Science.


"Diabetes adalah satu penyakit yang diberi fokus utama oleh organisasi kami, dan kami berbangga bahawa forum 'Live Well with Diabetes' ini adalah salah satu daripada pelbagai usaha jangkauan awam yang kami laksanakan untuk membantu meningkatkan kesedaran tentang penyakit ini. Kami berbesar hati untuk menjalankan usahasama dengan Nestlé Health Science, dan mengambil peluang ini untuk berkongsi hasil positif yang didapati dari kolaborasi Cabaran Glucocare kami. Cabaran ini menunjukkan perubahan positif dalam setiap peserta dan menggalakkan peserta untuk menjaga kesihatan mereka," komen Pengarah Urusan CARiNG Encik Chong Yeow Siang berhubung kejayaan program cabaran tersebut.

Forum ini adalah sebahagian daripada pelbagai program jangkauan awam tentang diabetes yang dilaksanakan oleh CARiNG, termasuklah penerbitan buku "You Can Live Well with Diabetes" dan “Diabetes Corner” yang telah dilancarkan pada November tahun lepas.


Peserta Cabaran Glucocare  menerima sijil

Antara tarikan utama forum ini adalah acara Cabaran Glucocare dan juga
penyampaian sijil kepada peserta-peserta yang mengambil bahagian dalam cabaran
selama tiga bulan merangkumi kaunseling pesakit, pemantauan paras glukosa darah
berterusan dan perancangan pemakanan yang direka khusus yang turut
mengandungi NUTREN® Untuk Diabetik keluaran Nestlé Health Science.

Sesi perkongsian bersama peserta Cabaran Glucocare

Hadirin Forum Awam "Live Well with Diabetes" telah diberikan peluang untuk
memahami dan mempelajari tentang peranan nutrisi dalam pengurusan diabetes menerusi stesen-stesen pembelajaran yang ditempatkan di serata dewan. Setiap
stesen menempatkan satu tema spesifik untuk mendidik hadirin tentang pemakanan, nutrisi, dan senaman.

Pakar penjagaan kesihatan dari Becton Dickinson Sdn. Bhd., Duopharma
Biotech Berhad dan Bionime Malaysia Sdn. Bhd. turut diundang untuk memberikan
ceramah tentang mitos dan salah faham tentang diabetes dan insulin, teknik-teknik
suntikan insulin dan juga ekosistem e-kesihatan diabetes.



Pakar pemakanan Nestlé Health Science, Cik Rachel Liu turut berkongsi tentang
bagaimana kita boleh mencari keseimbangan yang sempurna menerusi pengenalan gantian-gantian makanan sebagai sebahagian daripada perancangan pemakanan harian kita. Beliau kemudiannya turut memberikan ceramah yang menarik tentang kepentingan mencipta satu perancangan makanan yang seimbang dengan memasukkan formula khas diabetik yang sesuai untuk mereka yang menghidap diabetes.


Dengan pengambilan Nutren Diabetik keluaran Nestlè Health Science ini sedikit sebanyak membantu mengurangkan pengambilan gula.



Kini pemilihan untuk makanan yang sihat ada pada tangan kita. Kita perlu memastikan jumlah pengambilan makanan kita seharian.

Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti CARiNG Pharmacy  boleh layari https://caring2u.com/
Reactions:

12 comments:

  1. That's interesting & I think that's a good product for Diabetics patients to consume & helping them to monitor their health.

    ReplyDelete
  2. Data pesakit dibetes tu memanglah sangat menyeramkan. Huhu. Tapi, kadang-kadang asyik terbabas je part nak jaga pemakanan tu. Baguslah program begini untuk terus bagi kesedaran kepada masyarakat.

    ReplyDelete
  3. saya suka berkunjung ke farmasi. kalau ada event macam ni lagi la saya suka. sebab banyak ilmu baru dapat cedok. bab-bab kesihatan saya amat ditekankan dalam hidup. ya, diabetes adalah salah satu penyakit glemer malaysia. jangan kita tergolong dalam penyakit ini. mencegah lebih baik daripada mengubati

    ReplyDelete
  4. terbaiklah program ni. macam2 ilmu dan pengetahuan berkenaan kesihatan dapat dipelajari. terima kasih atas perkongsian ya.

    ReplyDelete
  5. Wow!!!!!! Good program Caring Farmasi buat. Thank you for sharing this story. Have a good day.

    ReplyDelete
  6. Bagus event macam ni, berkenaan kesihatan kita..lagi berkenaa diabetes, yang perlu kita cegah..good la caring pahrmacy anjurkan mcm ni

    ReplyDelete
  7. This is a great awareness programme, got to take care of our body and if betul betul kena have to choose the right products. Good job Caring Pharmacy.

    ReplyDelete
  8. Program macam ni memang bagus sebab dapat meningkatkan kesedaran orang awam. Penyakit diabetis ni sebab utamanya adalah lifestyle, jadi memang penting untuk ada kesedaran sendiri kan. Good job Caring Pharmacy!

    ReplyDelete
  9. Bagusnya caring pharmacy buat program macam ni. Boleh help diabetes patient to know more about produk for diabetes patient

    ReplyDelete
  10. Bagus dpt join event macam ni..sekurangnya kita tahu cara mengawal diabetes dn produk apa perlu diambil. Adik beradik sis ramai yg diabetes ni so sis pun kena brjaga2 jugak

    ReplyDelete
  11. Seronoknya join event macam ni mesti banyak informasi berguna. Diabetes ni memang penyakit berbahaya

    ReplyDelete
  12. Tahniah caring pharmacy. Untuk mek yang ada keturunan kencing manis ni memang agak berhati hati. Lebih lebih lagi manis bukan sahaja mengundang diabetic malah boleh mengundang bmi yang tidak normal.

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com