Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

19 November 2019

Grilled Butter Chicken Kembali Lagi Di The Chicken Rice Shop

Lapar.... nak shopping tapi leklu makan dulu pastu baru sambung shopping.

Tengah-tengah shopping boleh pulak perut ni berkeroncong kan. Qiss tak tunggu lama, memang ajak ayah singgah makan kat The Chicken Rice Shop jelah.



Qiss baru dapat tahu The Chicken Rice Shop ni dah keluarkan semula ayam mereka yang famous dulu tu. Grilled Butter Chicken.  Qiss order set sebab lebih jimat.

Belum makan lagi dah terliur sebab ayam dia rangup. Bila masuk mulut tu..sekali isi ayam dia lembut sangat. Memang kena dengan sos mentega. Yang buat lagi sedap bila ada taburan cili padi dan daun kari. Ayah Qiss pun kata best juga. Jadi memang betul lah sedap kan.

Menu ini diilhamkan oleh resipi tradisional Hainanese dengan gabungan keaslian resipi Nyonya Pulau Pinang serta beberapa hidangan kegemaran tempatan Rakyat Malaysia di The Chicken Rice Shop menjadikan ia sebuah restoran terkenal dan Halal serta menawarkan makanan yang sedap, enak dan menggiurkan malahan amat berbaloi untuk dinikmati. Terdapat 100 restoran The Chicken Rice Shop di seluruh Malaysia.



Jun Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd menyatakan bahawa Grilled Butter Chicken sentiasa menjadi salah satu hidangan popular untuk pelanggan yang berkunjung ke restoran tersebut dan TCRS tidak pernah lagi mengecewakan mereka dengan hidangan yang terbaik iaitu Grilled Butter Chicken yang ditawarkan kepada pelanggan mereka.

"Grilled Butter Chicken ini tidak akan berjaya tanpa sokongan para pelanggan kami. Kami memastikan bahawa kualiti dan rasa Grilled Butter Chicken kami tetap konsisten dan lazat setiap tahun, kerana kami tidak mahu gagal memuaskan selera pelanggan kami yang sentiasa menantikan hidangan ini.

Orang ramai kini menjalani kehidupan yang pantas berlalu dengan masa yang singkat untuk menikmati hidangan yang enak. Matlamat kami adalah untuk memberikan mereka untuk masa untuk berehat walaupun hanya untuk seketika dengan menikmati kehidupan yang lebih baik walaupun dengan seketul mentega," kata Jun.

Set Grilled Butter Chicken 

Tekad dengan menggunakan tagline 'Chicken Rice... and More,' Jun mengesahkan bahawa mereka akan terus meningkatkan hidangan ruji nasi ayam mereka serta menyediakan para pelanggan dengan rasa makanan yang berkualiti diiringi hidangan tempatan yang lain untuk menghubungkan citarasa penduduk setempat.

Tambah RM4.50 untuk air Tropical Tea ni


"Kami ingin memberikan pengalaman makan yang terbaik buat para pelanggan kami, oleh itu kami menawarkan makanan menggiurkan dan berbaloi dengan wang ringgit. Grilled Butter Chicken kami tidak terkecuali kerana kami telah menyiapkan resipi untuk memastikan pelanggan menikmati hidangan kegemaran mereka."

Qiss pernah makan kat The Chicken Rice Shop Tesco Kajang. Tapi bila makan kat Metro Point Kajang ni lagi selesa dan tak ramai orang. Dapat pulak Grilled Butter Chicken yang sedap ni. Rasa macam nak tambah lagi tapi satu hidangan pun dah kekenyangan tau.



Untuk menu Grilled Butter Chicken  ni, anda boleh dapatkan di outlet berdekatan bermula November 2019 sehingga Januari 2020. Cuba, jangan tak cuba. Kalau tak cuba nanti rugi.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini boleh layari:

Laman web:
https://www.thechickenriceshop.com/

FB : https://www.facebook.com/thechickenriceshop/

IG : https://www.instagram.com/thechickenriceshop/
Reactions:

10 comments:

  1. Haip. Kenapa lazat sangat di waktu dekat nak makan tengah hari? Adakah Rawlins kena pergi ke IOI City Mall lunch nanti?

    ReplyDelete
  2. Wah.. Butter chicken dah lah memang favourite saya! The Chicken Rice Shop pulak dah lama tak pergi. Nanti balik kampung nak bawa famili makan-makan kat sini lah! Woohoo!

    ReplyDelete
  3. Yeah, me and my family pun suka dine at chicken rice shop. We like the grilled butter chicken too. Good review btw.

    ReplyDelete
  4. Ingatkan zaman butter chicken dah habis, nampak nya masih wujud di TCRS! kene pergi singgah makan dengan Balqis lah nanti sambil buka cerita hidup masing-masing. Tengok gambar pun dah terliur.

    ReplyDelete
  5. Nampak sedap. Belum penah rasa lagi grilled butter chicken CRS . Weekend ni jugak nak try !

    ReplyDelete
  6. belanja please! dah lama tak makan TCRS ni. terliur lepas tengok baca entri ni. kena try la minggu ni

    ReplyDelete
  7. alaaa. tak try lagi yang ni. ramai sangat cakap sedap. haritu nak pergi dah tapi tak jadi sebab husband nk makan benda lain. balik kl la baru try.

    ReplyDelete
  8. Dah lama jugak saya tak makan dkt TCRS ni. Saya memang peminat Butter Chicken ni, bolehlah nnti makan dkt TCRS. terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  9. Jom makan lagi grilled butter chicken... nampak menarik meleleh je melimpah je butter dia.. rasa pun sedap... tapi nak grab rm1.80

    ReplyDelete
  10. Mmg sedap ayam butter tcrs. Apatah kulit dia pun cam krispy juga. Nanti nk repeat blk mkn kt sini

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Categories

11.11 11street aabc Acara Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Arabic Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review bid Biskut Raya Bisnes Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Business Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car Carsome cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat computer Conference contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf festival fesyen food food review Foodreview forex free product review Futsal gadget Game gayatravel giveaway Glamogenic gold Guardian gula hair removal handphone happyfresh Haqqi Harriston hartanah health Hiburan Honor hotel review ikan bakar Income Innphonim blockchain Inspirasi IPSB Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor Jual kereta kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor Klang klcc klfw Korean kosmetik Kuih Raya lapetales laser launch lazada Lenovo lifestyle Lipstick Lulu Hypermarket maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka Microsoft MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Nivea Online onlineshopping onlinetraining Oppo pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Produk Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia sukan summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno Technology teknologi tengkubutang Terkini thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer transport travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding World zakat zoo

Followers

BTemplates.com

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com