Kalau Qiss nak hias rumah selalunya Qiss akan rujuk pakar hiasan dalaman sebab idea mereka ni cantik-cantik. Baru-baru ni Qiss berkesempatan ke Majlis Anugerah Pereka IJM Land 2019 (iLDA 2019) yang berlangsung di Galeri Jualan Seremban 2.
Seremban 2 merupakan pembangunan utama IJM Land di Negeri Sembilan yang melibatkan tanah berpegangan bebas seluas lebih 3,800 ekar. Menawarkan pelbagai jenis rumah yang terdiri daripada apartmen mampu milik, rumah teres hinggalah rumah berkembar dan banglo.
Ekosistem yang serba lengkap itu menawarkan pelbagai kemudahan mesra komuniti. Seremban 2 juga menggalakkan aktiviti kemasyarakatan, termasuklah acara berorientasikan keluarga serta komuniti seperti marathon, program pemulihan dan banyak lagi.
"Pertandingan iLDA 2019 adalah untuk memastikan persekitaran yang kompetitif dan sihat di kalangan pereka dalaman tempatan kami, di mana mereka boleh mempamerkan karya kreatif mereka dan mencabar reka bentuk status quo," kata Dato' Hoo Kim See, Pengurus Besar Kanan, Wilayah Tengah IJM Land Berhad. "Ia adalah penting bagi pereka dalaman muda berkembang bersama-sama dengan tuntutan industri yang sentiasa berubah dan kami ingin menyediakan platform yang membolehkan mereka melaksanakan tugas mereka dan memberikan pengiktirafan yang sewajarnya," tambahnya lagi.
Beliau turut berkongsi kegembiraan untuk iLDA 2019 memandangkan persaingan itu telah menerima penyerahan yang berkualiti tahun ini dan berharap ia akan menyumbang kepada industri reka bentuk dalaman dengan peningkatan penyertaan pada tahun-tahun akan datang.
"Ia adalah satu kejayaan bagi para peserta kerana mereka berjaya melaksanakan konsep mengikut tema pertandingan serta idea dengan baik walaupun dalam masa yang singkat," ulas Fandarie Su, Ketua Hakim iLDA 2019, untuk unit-unit lengkap di Kalista 2 Pangsapuri Eksekutif. "Kami akan menggalakkan lebih ramai pereka muda untuk melangkah keluar dari zon selesa mereka untuk menjadi lebih kreatif dan meneroka lebih jauh dalam bidang reka bentuk dalaman," katanya.
FAKTA –FAKTA ANUGERAH PEREKA IJM LAND 2019
1. Sebanyak 116 penyertaan telah diterima.
2. Pertandingan ini dibuka kepada semua pereka dalaman yang berumur 40 tahun ke bawah yang mempunyai firma reka bentuk dalaman mereka sendiri / bekerja untuk firma reka bentuk dalaman.
3. Setiap penyertaan adalah peserta solo yang mewakili dirinya dalam pertandingan ini.
4. Terdapat hanya 1 pemenang iLDA 2019 yang dipilih oleh panel hakim dan semua keputusan adalah muktamad.
5. Anugerah Pilihan Awam dan Anugerah Pilihan Media akan diberikan kepada pemenang berdasarkan pemilihan umum dan media yang dijalankan sebelum acara ini.
KRITERIA PENILAIAN PERTAMA (HOME BASED)
Pengalaman Projek
Cadangan Konsep Reka Bentuk
Inovasi Reka Bentuk & Konsep
KRITERIA PENILAIAN UNIT (ON-SITE)
Konsep Reka Bentuk 40%
Inovasi Reka Bentuk 30%
Pengurusan Ruang 30%
Melalui inisiatif ini, IJM Land bertujuan untuk membolehkan pereka dalaman muda mengembangkan wawasan mereka dan mendorong komuniti reka bentuk dalaman untuk mencapai piawaian yang lebih tinggi.
Sebagai pendorong kepada kreativiti dan inovasi, iLDA 2019 berfungsi sebagai platform untuk pereka dalaman muda memperlihatkan keupayaan unik mereka dalam menghidupkan ruang serta memberikan pengiktirafan dan pendedahan di kalangan industri perintis.
Selepas persaingan sengit selama lima bulan di seluruh Malaysia, Anugerah Pereka IJM Land 2019 (iLDA 2019) telah berakhir dengan dua peserta yang telah disenarai pendek untuk merebut gelaran Pereka Dalaman Muda Terbaik bagi iLDA 2019 di Galeri Jualan Seremban 2.
"Saya yakin keputusan akhir yang diberikan oleh panel hakim adalah sukar kerana kedua-dua unit telah memenuhi tema pertandingan. Memandangkan kami mahukan persaingan yang adil dan telus, hasil skor telah dikumpulkan dari panel hakim, manakala undi orang ramai dan media adalah satu inisiatif berasingan untuk mendapatkan pengiktirafan yang lebih untuk para peserta," kata Dato' Hoo.
Sepanjang pertandingan ini, kedua-dua konsep pereka dalaman muda berjaya dilaksanakan dengan perincian dari Kubiq & Signature Kitchen, TA Studio & Da Vinci Malaysia, LM Home, Inovar Malaysia dan Lampu & Hiasan Seng Hup, yang telah menyumbang sepenuhnya kepada penyiapan kedua-dua unit di Kalista 2 Pangsapuri Eksekutif.
Ulasan
Boon Zi Yang
![]() |
Ruang tamu |
![]() |
Ruang makan |
![]() |
Bilik tidur utama |
![]() |
Bilik kerja |
Lee Jun Yan
![]() |
Ruang tamu |
![]() |
Bilik tidur |
![]() |
Bilik tidur kanak-kanak |
![]() |
Ruang Dapur |
![]() |
Bilik Tidur Utama |
![]() |
Ruang makan |
Hiasan dalaman Lee Jun Yan lebih ringkas dan punya ruang penyimpanan yang diperlukan bagi sebuah keluarga. Ianya sangat praktikal dan pemilihan warna pun lebih cerah dan ceria.
Setelah menerima 116 penyertaan awal, Lee Jun Yan dan Boon Zi Yang telah disenarai pendek oleh panel hakim untuk merealisasikan konsep, idea dan rancangan mereka untuk pertandingan bertemakan Keluarga Moden & Ruang, di Kalista 2 Executive Apartments, Seremban 2.
Dengan hanya tempoh enam minggu yang diberi untuk melaksanakan perincian unit apartmen yang kosong, kedua-dua peserta bertanding harus memastikan konsep mereka sempurna dari setiap sudut.
Selepas persaingan yang sukar, Lee Jun Yan daripada Reno Bros dinobatkan sebagai Pereka Dalaman Muda Terbaik iLDA 2019 dan Lee Jun Yan turut merangkul Public’s Choice Award serta menerima Media’s Choice Award.
![]() |
Boon Zi Yang meraih Anugerah Perak |
![]() |
Lee Jun Yan meraih Anugerah Emas |
Untuk maklumat lanjut mengenai Anugerah Pereka Dalaman IJM Land (iLDA), sila layari laman web: www.seremban2.ijmland.com/ILDA2019/
cantik-cantik semua design yang dorang ni buat.. mmg hebat-hebat semua
ReplyDeleteCongratulations on winning the award Lee Jun Yan. Menarik nampak Reba bentuk rumah yg dia buat.
ReplyDeletesemua design cantik2! memang judges kena punya mata teliti utk nilai kreativiti dan kesesuaian design ikut tema. tapi seriuslah, yg hebat dalam desgin ni, seni dia lain macam. kita yang biasa ni nak follow pun belum tentu lagi boleh buat walaupun tiru sebiji2..hehe
ReplyDeleteBestnya. Kalau mampu, memang teringin nak lantik pereka dalaman untuk mengoptimumkan ruangan dan hiasan di rumah. Bila tak mampu, kena rajin rujuk online dan ikut sedaya mampu je hehehe
ReplyDeleteCongrats to Jun Yan for the creative design. I love his design to make the house so beautiful and spacious.
ReplyDeleteAduhh cantik sungguh la tengok kalau reka bentuk dalaman rumah macam ni. Memang sis akan selalu buat makan2 ajak kengkawan. Tahniah kepada pereka yang menang. Harus kreatif nak buahkan hasil idea rekaan yang menarik kan.
ReplyDeleteCantik betul la setiap sentuhan hiasan dalaman tu . Teruja tengok sebab penuh kreativiti dan sesedap mata memandang !
ReplyDeleteMemang cantik sangat rekaan hiasan dalaman diorang, tahniah pemenang tapi dua2 qaseh suka. Cantik sangat
ReplyDeleteCantik-cantik design dia. Suka tengok cantik-cantik tapi Marina tak pandai nak hias rumah cantik-cantik.hihi
ReplyDeletecantiknya hasil tangan beliau. terus rasa kagum tengok dekorasi setiap rumah. ni kalu balik kerja dapat rest, confirm seronok weh
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang! cantik dan menark betul decoration rumah ni! suka tengok
ReplyDeleteTahniah kepada pemennag..bertuah sungguh haishh..gila cantik dekorasi rumah ni..bilik anak tu memnag menduga betul ye..hehee..
ReplyDeleteTahniah kepada pemenang.
ReplyDeleteMemang layak menang, pilihan juri yang tepat.Mat Drat pun suka. Nampak cantik, kemas dan kotemporari.
Tahniah kepada pemenang! Memang cantik decoration semuanya! Bolehlah buat untuk rumah nanti :)
ReplyDeleteCantiknya dekorasinya.. AM paling suka rekaan dalaman yg ringkas dan menarik.. Ada gak nak dekorasi yg menarik dan AM plan nak apply kat rumah nnti..
ReplyDeletewahhh tahniah !! memang patut mereka menang sebabnya tengklah rekaan dalaman mereka. nampak sangat cantik dan classy
ReplyDeletePower lah boleh menang lepas bertanding dengan 116 pereka dalaman yang join. Design sekarang memang suka jenis yang minimalis dan banyak ruang untuk storage tak macam design dulu yang sarat dengan hiasan
ReplyDeleteSiapa yang tak kenal dgn IJM land??...syarikat property gergasi yang gah di Malaysia....tahniah kepada pemenang yang terpilih...
ReplyDelete