Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

22 November 2019

Tulus Suci Lip Matte Edisi Baru Dari Kekasih by The Melvins Jadi Fenomena Terkini

Oleskan gincu dibibir supaya nampak lebih ceria dan konfiden untuk berdepan dengan orang ramai. Bercakap tentang lip matte kegemaran Qiss pastinya ada beberapa jenama yang pastinya Qiss tak pernah tertinggal untuk membeli sama ada untuk pakai sendiri ataupun dibuat koleksi..tapi last-last pakai juga sebab gincu lain dah habis.

Namun, belum pun setahun di pasaran, jenama kosmetik Kekasih by The Melvins kini mencuri perhatian ramai. Diasaskan oleh  empat adik beradik cantik, Syatilla Melvin, Syida Melvin, Syafiqa Melvin dan Syifa Melvin sejak 1 Mei 2019, jenama yang hadir  menerusi rangkaian lip matte dan krim foundation  dengan harga mampu dimiliki ini mencipta fenomena tersendiri.

Terbaru Kekasih by The Melvin pantas menjadi perhatian semula menerusi promosi terbaharu kombo lip matte Tulus Suci  yang dilancarkan sejak 17 November lalu. 

Bercerita lanjut mengenai lip matte rangkaian Kekasih by The Melvins, ia mempunyai empat warna pilihan lagi menawan.

Dari kiri, Syatilla, Syifa, Syida dan Syafiqa

“Kali ini kombo lip matte Tulus Suci kami hadirkan pilihan warna menarik dengan bau strawberi pula. Sebelum ini menerusi kombo terdahulu, kita tampil dengan bau pisang dan coklat. 

“Kami hadirkan juga ia dalam edisi bermusim yang cukup terhad. Jadi kena dapatkan segera di pasaran sebelum kehabisan,” kata Syatilla.





Sejak awal dikeluarkan  lip matte di bawah nama kombo Zahir Batin dan Jiwa Raga sudah terjual 180,000 unit bagai pisang panas laris di pasaran. 

Kandungan utama lip matte ini terdiri daripada minyak Argan, Shea Butter dan Vitamin E. Ia bersifat lightweight dan kalis air. Ia juga dalam bentuk cecair ringan namun kesan selepas pakai akan bertukar menjadi matte. 



Qiss suka lip matte ni sebab teksturnya sangat ringan seperti tidak langsung dicalit apa-apa. Ia tidak melekit dan melekat. Fungsinya mampu merawat garis halus pada permukaan bibir. Malah ia juga bertindak sebagai perawat dan pelembap bibir kering. Pada masa sama, ia juga tidak memberikan kesan hitam kepada bibir.

Lebih utama,  tiada bahan kimia dan bebas paraben. Baunya juga wangi.




Syatilla yang mewakili adik beradiknya yang lain berkata,  sekalipun sedar persaingan sengit menjual rangkaian produk sama, mereka tetap optimis dan bangga dengan jenama sendiri.

“Bagi kami produk Lip matte contohnya  memang  tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Memang ia menjadi satu keperluan buat golongan wanita khususnya.  Malah kami sepakat menggunakan nama Kekasih ini kerana kita dilahirkan di dunia ini untuk sentiasa berpasangan. Begitu juga seperti lipmatte Kekasih sendiri yang dipasarkan secara kombo (dua lipmatte) dengan harga RM39. Memang berbaloi baloi dengan harga itu dapat dua".


Edisi Merak

Kekasih by The Melvins ada lebih 1000 agen dan stokis berdaftar di seluruh Malaysia. Tagline dan tanda pagar produk Kekasih ini juga sangat popular iaitu Satukekasihcukupke?. Ianya sebagai simbolik mempromosikan kombo lipmatte yang dijual dengan dua unit. Tapi di alam realiti cukup setia dengan seorang kekasih dan suami saja. Jangan main kayu tiga dalam hubungan sesama manusia. Tapi kalau nak beli produk Kekasih tak apa nak beli lebih pun.

Kekasih by The Melvins juga mengamalkan konsep membuka ruang kepada suri rumah atau mereka yang mahu mencari wang tambahan dengan menjadi agen dan stokis.

“Di Kekasih by The Melvins, kita kongsi sama rata dengan mereka yang di luar yang mahu menjana pendapatan sampingan. Alhamdulillah beberapa bulan di pasaran jenama kami sudah mampu membantu mereka di luar sana mendapat wang lebih dengan bergelar agen dan stokis.


Edisi Pungguk


“Berkat berniaga, kami bangga dapat membantu ramai pihak untuk meningkatkan ekonomi hidup. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, perabot, kereta, mengubah suai rumah, melancong ke luar negara. 

“Dalam beberapa tahun lagi, kami juga mahu jenama ini melahirkan jutawan yang dermawan. Berniaga ini kena bersungguh sungguh. Tak boleh hangat hangat tahi ayam.  Insya-Allah setiap usaha pasti berbayar," kata ibu kepada dua orang cahaya mata, Syeriv Samheizy, hampir tiga tahun dan Sarima Samheizy, 7 bulan.

Qiss suka warna-warna lip matte Kekasih by The Melvins. Sejak diperkenalkan dengan lip matte Kekasih ni, ada jugalah beberapa kali Qiss ulang order lip matte ni. Tak sabar pula nak dapatkan edisi peacock ni pula.





Tengok kotak pun dah cantik. Alahai.. terbang lagi duit nanti..ehehe...

Untuk maklumat lanjut mengenai produk kekasih ni, korang boleh layari:

Instagram: @kekasih_hq
Facebook: @kekasihhq
Talian hotline: 010-9000001

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com