Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

24 October 2017

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 Bertemakan 'THE SUNRISE, THE GREEN AND THE ECHO WITHIN'

Citrawarna@Kuala Lumpur kembali lagi pada tahun ini dengan tema The Sunrise, The Green and The Echo Within dimana ianya menyaksikan gabungan persembahan teater muzikal dan tarian yang berlatarbelakangkan kehijauan hutan hujan tropika dan laut Malaysia yang bersih.


Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 akan berlangsung pada 28 Oktober 2017, Sabtu di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



“Ramai yang tidak menyedari bahawa alam semulajadi kita banyak mempengaruhi serta memberi inspirasi dalam pembentukan kebudayaan – sebagai contoh, tarian yang dihasilkan daripada pergerakan haiwan, adat resam seperti pesta menuai atau Nine Emperor Gods untuk masyarakat nelayan Cina, Warisan seperti corak bunga dalam anyaman, lukisan atau ukiran,” YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia bercakap di sidang media sempena penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur 2017.

Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 mengambil inspirasi tema Hari Pelancongan Sedunia yang disambut pada 27 September 2017 iaitu Sustainable Tourism – A Tool For Development. Ia menekankan kepentingan alam semulajadi serta eko-pelancongan yang menjadi salah satu elemen teras di dalam pelancongan.

“Adalah menjadi harapan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia agar Citrawarna@Kuala Lumpur 2017 menjadi wadah untuk menyampaikan mesej kepentingan alam semulajadi bukan sahaja dalam pembentukan budaya, kesenian dan warisan masyarakat Malaysia malah dalam gaya hidup masa kini. Pada masa yang sama, ia menjadi alat mempromosikan eko-pelancongan di negara ini melalui persembahan tarian, nyanyian dan paduan lampu serta bunyi,” jelas beliau.

Teruja betul Qis dengan penganjuran Citrawarna@Kuala Lumpur kali ini kerana terdapat elemen teater tarian, muzikal dan street parade. Pada tahun 2015 dan 2016, konsep yang dipersembahkan ialah teaterikal gabungan drama tari dengan street parade. Berikutan sambutan yang memberangsangkan Citrawarna sentiasa tampil dengan konsep baharu yang lebih segar dan kreatif bagi menarik orang ramai setiap kali penganjurannya sejak tahun 1999.

Seawal 4.30 petang akan bermula aktiviti menarik di Chillax Zone (di sekitar tiang bendera Dataran Merdeka) seperti Persembahan Buskers, permainan rakyat seperti Teng-teng, Galah Panjang, Zero Point, Batu Seremban, Congkak, Baling Selipar, #SayangMalaysia Message dan Photowall untuk orang ramai mengekspresikan perasaan cinta pada Malaysia, Fiesta Trak Makanan serta Parti Mangkuk Tingkat dan Konti Radio Matic.FM.



Dato’ Seri Mohamed Nazri berkata, “Terdapat beberapa acara sampingan yang telah dirancang untuk merancakkan lagi Citrawarna@Kuala Lumpur 2017. Antaranya ialah Kids Eco Dash Citrawarna 2017 pada 28 Oktober 2017, jam 7.30 pagi di Taman Eko Rimba, Bukit Nanas yang merupakan acara larian khas untuk kanak-kanak berusia 4-12 tahun.” 


Selain itu, untuk pencinta alam di luar sana, Kementerian dengan kerjasama LOCCO dan Daun akan menganjurkan Program Bring Your Own Plant yang merupakan “meet and greet session” di mana orang ramai digalakkan untuk membawa/menyumbang satu pokok (edible plants) dengan mesej khas kepada Mother Nature menggunakan perkhidmatan awam yang kurang pembebasan karbon seperti MRT dan LRT.

Fiesta Trak Makanan Citrawarna@Kuala Lumpur juga diadakan untuk mengajak orang ramai merasai pengalaman membeli makanan secara “cashless” menggunakan telefon pintar melalui kerjasama di antara pihak BARRA dan BOOST (anak syarikat Kumpulan Axiata). Ini selaras dengan perubahan zaman yang mana pengalaman membeli belah pada masa kini menggunakan telefon pintar menerusi aplikasi mobile wallet.

Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara ini. Jom lah kita beriadah dengan keluarga di sini dan mendekati budaya masyarakat Malaysia.

16 comments:

  1. This year, I want to go and enjoy the Citrawarna. Look Fun this year.

    ReplyDelete
  2. Bestnya citrawarna....on my birthdate plak tu :)

    ReplyDelete
  3. Nampak menarik. Boleh juga sesekali join tengok program macam ni.

    ReplyDelete
  4. Wah menarikk event utk kids tum terima kasih kongsi info. Ada petting zoo mesti anak suka.

    ReplyDelete
  5. Seronoknya dh lama x tgok program citrawarna ni..dulu best dia panggil group dari oversea kan..la ni je takde dh

    ReplyDelete
  6. I wish to go too. Sure fun for the kids.

    ReplyDelete
  7. Citrawarna memang menarik!. Dengan penambahan elemen lain pasti lebih menarik

    ReplyDelete
  8. Pernah dengar pasal benda ni dulu,tapi tak berkesempatan nak join sekali

    ReplyDelete
  9. Kids surely will love dis...i hope they will do this event at penang in future

    ReplyDelete
  10. bestnya..tapi akk ada anak kecik. mcam tak dapat nak join

    ReplyDelete
  11. Just knew about this and its look so good :)

    ReplyDelete
  12. suka aktivii macamni. tapi tulah, ada komitmen lain huhu

    ReplyDelete
  13. Teringat lagi satu ketika dulu aktif sertai Citrawarna sekitar tahun 2001-2003...

    ReplyDelete
  14. Harap sangat dapat pegi tengok live depan mata 😉

    ReplyDelete
  15. Such a great event for family. I'll love to join as well.

    ReplyDelete
  16. Wah..boleh masukkan dalam list bawak anak-anak jenjalan nanti. Festival.macam ni best selalunya

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com