Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

03 December 2017

ETW6: Bangi Wonderland Water Theme Park

Destinasi terakhir dengan Program Eat Travel Write 6: Let’s Ngeteh.

Dah siap check out bilik dan bersarapan di Philea Mines Beach Resort kami menuju ke Bangi Wonderland. Qiss teruja tengok pelbagai jenis papan gelongsor air yang terdapat di sini.


Setelah dibawa melawat kawasan sekitar taman tema air ni kami berpeluang mencuba kesemua gelongsor di sini. Teruja tak?

Ini adalah sebahagian daripada gelongsor air yang terdapat di sini. Gambar sumber dari Shet Ling.

Magic Funnel

Gelongsor air pertama yang Qiss naik ialah Magic Funnel. Kenapa magic? Sebab bila naik ni sambil pejam mata, tiba-tiba dah ada dekat bawah. Jadi kalau nak rasa lebih keseronokan kena naik ni sambil buka mata tau. Pengalaman Qiss naik Magic Funnel ni memang seronok dan sangat-sangat mencabar. Pelampung bagi gelongsor air magic funnel ini percuma dan pengunjung perlu berbaris untuk mendapatkan pelampung.

insane Racer
 Dibina dengan pelbagai warna, gelongsor ini menarik perhatian kanak-kanak untuk menaikinya. Terdapat enam gelongsor dan enam warna yang berlainan. Kesemua enam orang akan dilepaskan pada masa yang sama dan dan kita dapat lihat siapa yang sampai dahulu.


Tikar untuk meluncur disediakan dan pengunjung perlu berbaris untuk mendapatkannya.

Aktiviti seperti hari keluarga boleh dijalankan di sini dan terdapat pakej istimewa untuk pakej hari keluarga.
Peraturan dan peta kawasan taman tema air Bangi Wonderland. Sumber dari: Bangi Wonderland
Pelbagai kemudahan disediakan disini dan sangat selesa. Bagi kanak-kanak terdapat gelongsor air dan pelbagai mainan air yang disediakan dipanggil Kids Adventure. Air di kawasan ini tidak terlalu dalam dan sesuai untuk kanak-kanak bermain air.

Kids Adventure

Qiss tak sewa pelampung pada hari tersebut jadi Qiss pilih gelongsor Body Slide. Mula-mula seram juga nak turun tapi alang-alang dah sampai atas, Qiss turun juga melalui gelongsor tu. Seronok sangat sebab dapat mencabar diri sendiri. Bila nak sampai bawah kena berhati-hati sebab air agak dalam.


Pirates Spa

Tarikan utama yang menjadi tarikan pengunjung di sini ialah Water Cannon. Pengunjung dapat merasai pengalaman ditembak oleh mesin air dan seterusnya akan melambung ke udara sebelum jatuh ke dalam kolam.

Untuk maklumat lanjut:
WONDERLAND (BANGI) THEME PARK SDN BHD
No. 2, Persiaran Bangi Avenue,
Bangi Avenue,
43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia

TEL: +603 8912 8333
FAX: +603 8928 0333
EMAIL: sales@bangiwonderland.com.my


Berakhirlah pengembaraan kali ini bersama Eat Travel Write 6.0 : Let's Ngeteh 2017. Terima kasih kepada semua.

Bergambar kenanangan sebelum bertolak pulang. Gambar sumber: Kak Puteri

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com