Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

22 December 2017

Review Filem: Pitch Perfect 3

Qiss telah dijemput ke Malam tayangan perdana Pitch Perfect 3 oleh SUSHIVID dan United International Pictures Malaysia. Disebabkan Qiss memang mengikuti siri Pitch Perfect ini sejak filem pertama mereka jadi Qiss taknak lepaskan peluang untuk melihat siri yang terakhir ini.



Bagi yang tidak mengikuti cerita ini dari filem pertama, Bella ialah kumpulan Acapella sebuah Universiti yang dikenali sebagai Barden. Kumpulan ini terdiri daripada gadis-gadis yang memang sangat meminati bidang nyanyian dan mereka sering memasuki pertandingan.


Pitch Perfect 3 lebih mantap dengan cerita dan aksi yang mendebarkan. Kumpulan Acapella Barden Bella ini tidak pernah mengecewakan penonton apabila berjaya menambat hati penonton dengan persembahan mantap mereka.

Setelah tamat universiti mereka meneruskan kehidupan dengan kerjaya masing-masing tetapi banyak rintangan yang dilalui dan mereka merasakan mereka tidak boleh bekerja dengan baik.


Mereka berjumpa semula dalam sebuah majlis dan memutuskan untuk menyanyi bersama-sama. Cerita kali ini lebih menarik dan inilah penamat cerita yang terbaik. Mereka menyanyi bersama di dalam tour USO dan akhirnya perlu membuat keputusan yang menentukan masa depan mereka.


Untuk filem ni korang akan rasa terhibur dengan keletah Fat Amy dan lagu-lagu yang dinyanyikan secara acapella. Korang bolehlah sediakan tisu sebab ini adalah penamat cerita untuk Pitch Perfect. Bagi Qiss cerita ni memang terbaik dan Qiss pasti akan rindukan gadis-gadis Pitch Perfect untuk beraksi dipentas.


Pitch perfect telah mencapai kutipan box office 400juta. Kesemua pelakon kembali beraksi seperti Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Anna Camp, Hana Mae Lee, Ester Dean, Alexis Knapp, Chrissie Fit, Kelley Jakle, Shelley Regner, Elizabeth Banks dan John Michael Higgins termasuk John Lithgow dan Ruby Rose.  Pitch Perfect 3 diterbitkan oleh Paul Brooks of Gold Circle Entertainment dan Max Handelman & Elizabeth Banks of Brownstone Productions, dan diarahkan oleh Trish Sie (Step Up All In).


PITCH PERFECT 3        

Genre: Komedi
Pelakon Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Anna Camp, John Lithgow, DJ Khaled, Hana Mae Lee, Ruby Rose, Alexis Knapp, Chrissie Fit, Ester Dean, Shelley Regner, Kelley Jakle with John Michael Higgins and Elizabeth Banks
Pengarah: Trish Sie
Skrip: Kay Cannon and Mike White
Cerita: Kay Cannon
Berdasarkan buku: Mickey Rapkin
Produser: Paul Brooks, Max Handelman, Elizabeth Banks
Eksekutif Produser: Jason Moore, Scott Niemeyer, David Nicksay


  • Filem ini akan mula ditayangkan di Malaysia pada 28 Disember 2017



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com