Beauty. Lifestyle. Review. Collaboration.

28 December 2017

Lebih Dua Juta Mata Ganjaran BIG Menanti Melalui Kempen #AirAsiaOpenDoors

Syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia meraikan ulang tahun ke-16 dengan kempen  unik di seluruh Malaysia AirAsia menjemput para pengembara untuk mengikuti perjalanan unik menerusi pelancaran kempen #AirAsiaOpenDoors sempena sambutan ulang tahunnya yang ke-16.


Bermula pada hari ini sehingga 14 Januari 2018, AirAsia mencabar orang ramai untuk mencari 16 pintu tersembunyi di serata Malaysia, ambil gambar mereka bersama pintu-pintu tersebut, muat naik  di Instagram beserta tanda pagar yang diberikan untuk mendapatkan mata, dan mereka berpeluang  untuk memenangi lebih dua juta Mata Ganjaran BIG!


Para peserta juga boleh mengumpul lebih banyak mata menerusi aktiviti dalam talian lain seperti  berkongsi, mengundi, dan mendapat undian untuk meningkatkan kedudukan. Pada akhir 
pertandingan selama 4 minggu ini, seramai 186 peserta teratas mempunyai peluang untuk  memenangi Hadiah Utama iaitu satu juta Mata Ganjaran BIG. Untuk maklumat lanjut mengenai  kempen #AirAsiaOpenDoors ini, sila layari  opendoors.airasia.com


Spencer Lee, Ketua Komersial AirAsia Berhad berkata, “Kami telah berkembang dengan pesat  daripada mempunyai hanya dua pesawat sewaktu kami bermula dan kini mempunyai lebih daripada  200 pesawat yang telah menerbangkan lebih daripada 400 juta tetamu. 
Kami berbangga kerana telah  membuka laluan ke lebih daripada 130 destinasi dengan rangkaian yang luas, termasuklah ke bandar-bandar yang belum diterokai namun menjadi destinasi impian ramai orang. Kini, semua orang boleh  terbang terus ke permata tersembunyi Asean seperti Sihanoukville, Davao, Nha Trang, Luang  Prabang, dan banyak lagi untuk menikmati pengembaraan yang tidak dapat dilupakan.”


“Kami berharap para tetamu akan terus menimba pengalaman yang luar biasa bersama kami melalui kempen #AirAsiaOpenDoors dan menerokai sempadan baharu di Asean dan seluruh Asia bersama-sama. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada  semua tetamu yang telah menyokong kami dan impian kami selama ini untuk menjadikan kami sebagai syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia selama sembilan tahun berturut-turut  pada hari ini. Kami juga akan terus menyediakan pengalaman penerbangan terbaik untuk para  tetamu dengan tambang yang rendah dan produk digital kami seperti ROKKI, ROKKIshop.com dan  banyak lagi,” tambah beliau.


Kempen ini diinspirasikan oleh AirAsia sebagai syarikat penerbangan yang membuka pintu laluan  kepada para pengembara selama lebih daripada satu dekad untuk menjelajahi pelbagai destinasi  yang belum diterokai di rantau ini dan seterusnya menimba pengalaman yang luar biasa.

Sempena meraikan ulang tahun ini, AirAsia bekerjasama dengan UnionPay sebagai rakan kongsi utama kempen ini. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2018, pemegang kad UnionPay boleh menikmati diskaun tambahan sebanyak 10 peratus untuk semua promosi dalam talian AirAsia melalui halaman eksklusif* untuk tempoh perjalanan daripada 3 Januari 2018 sehingga 30 Januari 2019, tertakluk kepada terma dan syarat. Rakan kongsi lain untuk kempen #AirAsiaOpenDoors juga termasuklah Program Kesetiaan AirAsia BIG, AirAsia Go, AirAsia RedTix, CarTrawler, travel3sixty, 
Tune Hotels, Tune Protect Travel AirAsia, dan Tune Talk.

Di samping itu, AirAsia telah melancarkan Insurans Perlindungan Perjalanan Tune - Pelan Tahunan AirAsia yang ditawarkan kepada tetamu yang kerap melancong. Dengan pelan tahunan ini, para  tetamu boleh menikmati harga yang lebih rendah dengan liputan yang meluas untuk percutian tanpa  kerisauan sepanjang tahun. Layari tuneprotect.com/airasia untuk maklumat lanjut.

Untuk berita, aktiviti dan promosi mengenai AirAsia, sila ikuti AirAsia di Twitter (twitter.com/AirAsia
dan Facebook (facebook.com/AirAsia).

Reactions:

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest

Follow My IG

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Categories

11.11 11street aabc Ads aesthetic airasia Althea Anchor Android aplikasi Apparel apps Artis automotif automotivereview Auxinlive Bangsawan bbq beauty beauty review Biskut Raya Blogger Blogger review boost Borneo brownies Buffet Buka puasa Cannis Cannis Event Cannis Launch CannisApp car cheras chocolate citrawarna clinic coaching coklat contest cookies Cozena damansara dewan domain Domino's Domino's pizza Dominos Dr Wu Duit e wallet electronic review etw etw6 Event facial Fashion Fernleaf fesyen food food review Foodreview forex free product review gadget gayatravel giveaway gold Guardian gula hair removal happyfresh Haqqi Harriston Hiburan Honor hotel review Income Innphonim blockchain Inspirasi Jag Jahitan jakel jdt jewellery johor kasut sekolah kelas jahit kembara kembarabloggersjohor klcc klfw Korean Kuih Raya lapetales laser launch lazada lifestyle Lipstick maiwp mak siti makan makanan arab make up Malaysia masakan matic McCormick McDonald's media Menara Kuala Lumpur Merdeka MMSOS mobile modelling motac Moto C Moto M moto z2 play motorola msi Museum Music myvi myvi2018 NASDAQ nestle ngeteh Nimpmos Online onlineshopping onlinetraining pageviews Pak John Steamboat & BBQ Pemanis stevia pengantin Pensonic perkahwinan perodua Petaling Jaya pharma pharmacy Pharmaniaga pizza Pizza Hut planner Poh Kong ppz Primark product product review Projek57 proparangers property Putrajaya railway Ramadan Raya realme rempah review Richworks Safi sale Seni Shah Alam shell out Shopee shopping Singapore skim thohir skin skincare spa spa review spareview SS2 Stevia summit Sunfeet tambah pendapatan Teater technical techno teknologi tengkubutang thegaragekl tourism tourism malaysia tourism selangor Tourism Tourism Japan Tourismjohor tourismmalaysia train trainer travel TVC Ubat Gigi ukays unity unity ribbon upen Waterpark Wedding zakat zoo

BTemplates.com

Followers

Blogroll

Rezeki Bulanan

About

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com