Kadang-kadang minum masa sarapan dengan keluarga. Memang sedap rasanya. Seperti yang kita sedia maklum, NESCAFÉ mengeluarkan minuman baharu iaitu NESCAFÉ GOLD. Setelah berada di pasaran, hari ini, NESCAFÉ GOLD perlihatkan wajah dan konsep baharu di The Square, Publika, seterusnya mengukuhkan daya tarikan, keaslian dan keterbukaan, bagi memastikan dan meneruskan kerelevanannya dengan pengguna.
NESCAFÉ GOLD ini dihasilkan secara teliti daripada pemilihan biji-biji kopi Arabica yang ditanam di pergunungan yang dipilih dengan rapi, untuk menjalani proses pemanggangan yang menerbitkan aroma dan perisa kopi terbaik. Proses ini menghasilkan adunan dan aroma yang menjadi lambang Keemasan dan perisa yang digemari oleh pengguna Malaysia.
Untuk melengkapi pelancaran, NESCAFE telah mereka cipta sebuah kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD serba baharu yang bukan sahaja memberikan pengalaman yang merangsang deria, tetapi juga memperlihatkan kepakaran jenama dalam mengadun kopi bermutu tinggi untuk detik-detik penting yang sangat bermakna kepada para pengunjung.
Menurut Encik Juan Aranols, Ketua Pegawai Eksekutif, Nestle (Malaysia) Berhad, "Inovasi yang kita lihat dalam pemiagaan kopi adalah lebih hebat daripada yang diramalkan. Inisiatif dan trend yang kita lihat sekarang adalah lebih daripada secawan kopi, tumpuan lebih kepada pengalaman yang memberikan sentuhan peribadi untuk setiap pelanggan. Inilah yang membuat pasukan NESCAFE bekerja keras untuk lebih memahami dan mendalami trend kopi premium di Malaysia untuk mengetengahkan tawaran serba baharu."
Encik Othman Chraibi, Pegawai Eksekutif Perniagaan bagi NESCAFE mengulas, "Sebagai jenama kopi runcit premium yang terkenal di negara ini, kami dengan bangganya memperkenalkan tawaran baharu ini daripada NESCAFE GOLD. la dicipta dengan sentuhan kepakaran yang mengekalkan keunikan, kelicinan dan kehalusan jenama. Ini menghasilkan secawan kopi dengan keseimbangan yang sempuma. Keseimbangan dan pembaharuan ini juga digambarkan dengan wajah baharu NESCAFE GOLD yang diperlihatkan menerusi rekaan pembungkusannya yang menarik. Disertakan corak grafik Emas digilap yang lebih sederhana dan menarik: wajah baharu Tanda Pengenalan ini mencerminkan pengalaman minum kopi NESCAFE GOLD yang unik, menggabungkan kelembutan, keseronokan dan kepuasan deria rasa."
"Kami bukan sahaja menekankan kualiti produk yang kami clpta. tetapi juga hubungan dengan mereka yang bermakna dalam hidup kita. Kami memberikan perhatian kepada keperincian dalam setiap proses; supaya kami dapat mencipta detik-detik yang memberi pengalaman manis kepada anda. Selari dengan usaha untuk menambah baik pengalaman minum kopi pelanggan kami, kami turut memberi tumpuan kepada usaha menambah baik perjalanan mereka menerusi pelbagai titik sentuhan. Ini termasuk kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD yang dicipta khas untuk memberikan pengalaman yang merangsang deria dan menonjoIkan ketelitian dan kualiti tinggi yang terdapat dalam cawan kopi pengguna", tambah Encik Chraibi.
Serentak dengan pelancaran itu hadirin telah juga diperkenalkan kepada NESCAFÉ GOLD experiential café membolehkan mereka menyelami pengalaman minum kopt yang unik dan lebih memahami kepakaran NESCAFÉ GOLD dalam seni pembuatan kopi.
Tetamu jemputan berpeluang untuk menyertai aktiviti interaktif seperti Barista of the Day dengan Mesin Barista NESCAFÉ GOLD yang turut dipamerkan untuk menyenangkan mereka membuat dan menikmati kopi gaya kafe di rumah dengan cara yang sangat mudah.
Kafe kontena pengalaman tersendiri NESCAFÉ GOLD ditempatkan di The Square, Publika hingga 14 April, sebelum dipindahkan ke MyTOWN, Cheras, dari 19 April hingga 5 Mei untuk membolehkan pengunjung mengalami kelainannya, dan seterusnya ke banyak lokasi lain pada minggu-minggu yang akan datang.
Bagi semua yang ingin merasa sendiri NESCAFÉ GOLD ini boleh berkunjung di tempat-tempat tersebut.
tak minat kuppi. tapi sesekali tekak rasa teringin juga =)
ReplyDelete