Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

29 May 2019

Shopping Baju Melayu Dan Baju Kurung Berkualiti Sempena Hari Raya Di BMO 1980

Oo..oh.. cantik berseri-seri,
Tua dan muda berpakaian serba baru.
Lagu raya dah berkumandang kat radio. Macam lupa sesuatu.. Alamak! Baju raya tak beli lagi.

Jadinya terus buat keputusan balik kerja awal lepas tu terus ajak satu keluarga shopping raya.

Alhamdulillah, akhirnya baju raya tahun ni dapat sedondon satu keluarga tau. Bukan apa, macam lama sangat tak berpakaian sedondon. Maklumlah ayah suka warna lain, umi suka warna lain, adik Qiss suka warna lain, Qiss pun suka warna lain. Haaa.. kalau dah gitu camna nak sedondon satu keluarga.

Satu keluarga sedondon memilih warna hijau

Membuat persiapan last minit untuk baju raya ni agak mencabar. Banyak saiz dah habis. Warna yang kita suka pula ada tapi tak ada saiz. Rasa nak menangis guling-guling kat kedai tu.


Jadi lepas terawih semalam, Qiss ajak ayah, umi dan adik ke BMO 1980 yang terletak di Taman Dagang, Ampang. Selalu dah dengar nama butik ni tapi belum berkesempatan nak ke sana. Bila sampai je depan butik.. wahhh banyaknya baju cantik-cantik. Mata terpukau dek pelbagai baju yang ada. Suka betul dengan design dan pattern baju yang ada kat butik ni.

Pelbagai pilihan warna, design dan setanjak

Kalau korang nak tahu, BMO ni singkatan bagi Baju Melayu Omar. Tapi dorang tak jual baju Melayu je. Dorang ada koleksi semua baju tradisional termasuklah tanjak dan capal.

Kebiasaan orang lelaki ni citarasa mereka berbeza, ada yang suka pakai kasut dan ada juga yang suka pakai capal. Sebab tu juga BMO turut menjual koleksi capal dan semuanya cantik dan berkualiti. Untuk capal kesemuanya ada lima warna.


Baju Melayu mereka ada pelbagai rekaan terkini seperti Baju Melayu Tenun Pahang, Baju Melayu Klasik saiz dewasa dan kanak-kanak dan eksklusif nya di BMO ada menjual setanjak atau panggilan lainnya ialah tengkolok. BMO 1980 turut  menjual kurta seperti Kurta Ima, Kurta Klasik dan Kurta Handstitch.

Pilih warna dan pilih design sekali

Antara produk yang dijual

Tasbih

Pernah ditemuramah secara eksklusif oleh Majalah Nona dan Karangkraf, BMO sememangnya menjadi pilihan pelanggan tetap mereka yang sememangnya memilih kain yang berkualiti serta jahitan yang kemas.


Kepelbagaian rekaan yang mengikut trend terkini membuatkan BMO lebih terkenal dalam kalangan belia yang mementingkan citarasa fesyen masa kini.

Membuat keputusan untuk memilih warna agak memeningkan. Sebab banyak betul pilihan warna yang ada.

Pilih warna kain yang korang suka

Baju Kurung kanak-kanak

Mujurlah kesemuanya sepakat memilih warna hijau.

BMO turut menjual Baju Kurung untuk pelanggan wanita. Terdapat beberapa rekaan seperti Baju Kurung Kedah , Baju Kurung Tenun Pahang dan Baju Kurung Moden dengan perincian lace (Kurung Mawar Top Lace). Kesemuanya cantik-cantik sampai tak tahu nak pilih design yang mana satu.

Pilih warna sedondon tak mudah ye


KHIDMAT ALTERATION ON THE SPOT

Korang janganlah tanya berapa jam kitaorang sekeluarga dalam kedai tu. Lama tau tak..hahaha Kitaorang cuba baju sampai puas hati tau. Yelah, kalau tak cuba kita tak tahu apa yang tak kena dengan baju tu kan. Yang bagusnya kat BMO ni mereka menyediakan khidmat alteration untuk memendekkan kain, kaki seluar on the spot kecuali kalau ada alteration yang rumit memang kena bagi masa sehari dua untuk disiapkan.



BMO turut mengambil tempahan mengikut ukuran pelanggan, disebabkan itulah pelanggan masih setia berkunjung kesini bagi menempah pakaian tidak kiralah sama ada Baju Raya Aidilfitri, Baju Raya Aidiladha, kenduri kahwin untuk dulang boys dan dulang girls ataupun baju sedondon sekeluarga.


Promosi 365 hari


TEMPAHAN RAYA AIDILADHA DIBUKA

Untuk korang yang tinggal sekitar Ampang dan nak tempah baju untuk Raya Haji nanti bolehlah risik-risik BMO 1980 ni. Korang mesti puas hati dengan hasil jahitan mereka sebab BMO 1980 juga merupakan supplier uniform bagi cabin crew dan juruterbang. Jadi tentunya BMO 1980 memberi hasil yang terbaik.

BMO 1980 memang serba boleh dalam bidang  jahitan kerana pengasas BMO sendiri sangat arif dalam bidang pembuatan baju lelaki dan carta saiz ukuran badan.


BUKA SEHINGGA JAM 2.00 PAGI

Pusing-pusing satu kedai, cuba baju dari satu rekaan ke satu rekaan lain, wahh tengok jam dah dekat jam satu pagi. Mujurlah sepanjang bulan Ramadan ni BMO tutup pada jam dua pagi. Haa.. seronok shopping malam-malam sebab sejuk je tau. Lagipun kalau penat tunggu puan isteri shopping, suami boleh minum kopi kat kedai makan sebelahnya. Gitulah kalau nak raya. Para isteri pasti sibuk membeli-belah.

Bersama adik dalam persalinan Baju Kurung Kedah dan Kurung Mawar

Korang yang berhasrat nak datang shopping kat sini boleh datang ramai-ramai ke BMO 1980 dan sempena Hari Raya Aidilfitri ni, BMO akan beroperasi sehingga 3 Jun 2019 sahaja. 4 Jun 2019, BMO akan mula bercuti tau.

Terima kasih kepada pihak BMO 1980 atas layanan terbaik dan sanggup melayan Qiss dengan keluarga memilih baju raya.


Untuk maklumat lanjut hubungi:
BMO.1980
G-5, Jalan Dagang B/3a, Taman Dagang, 68000 Ampang, Selangor
03-4288 4238
https://g.co/kgs/LuZvUa
Facebook: https://www.facebook.com/BMO.WEARS/
Instagram: https://www.instagram.com/bmo.1980/

4 comments:

  1. Hey akak dah post dulu gambar together gether. Kita nanti hahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. dah dekat dah dgn rumah kita...nnt boleh la jengah...bukak sampai 2 am kan?

    ReplyDelete
  3. cantiknya baju2 dia...oemgeee...mur tak harga baju2 dia?

    ReplyDelete
  4. cantiknya baju2 dia...oemgeee...mur tak harga baju2 dia?

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com