Hari ni jalan-jalan beli barang dengan umi ayah. Banyak benda nak beli sebenarnya lepas tu teringin makan nasi ayam. Alang-alang Qiss shopping kat Metro Point Kajang, Qiss cari la restoran nasi ayam yang best. Masa lalu kat depan outlet The Chicken Rice Shop Qiss nampak ada banner promosi sempena Ulangtahun TCRS yang ke-20.
Sempena ulang tahun ke-20 mereka, TCRS akan menghidangkan set makanan Ayam Untuk Semua yang eksklusif dari 18 Jun 2020, hanya terhad 20,000 set dengan harga RM20 untuk tiga orang.
Untung juga belanja umi dan ayah hari ni sebab dapat banyak sangat hidangan termasuklah:
• 1/4 hidangan ayam dengan pilihan Roast/Steamed/Soy Sauce.
• Satu hidangan ayam dengan pilihan Roast/Steamed/Soy Sauce untuk seorang makan.
• Ipoh Bean Sprouts (L) atau Pak Choy dengan Oyster Sauce (L) yang ni boleh pilih la sayur mana kegemaran anda.
• 3x 12oz minuman ringan
• 3x mangkuk nasi
• 3x mangkuk sup
“Inilah cara kami di The Chicken Rice Shop mengucapkan 'terima kasih' kepada rakyat Malaysia atas sokongan mereka buat kami selama ini dan kami berharap melalui inisiatif ini, semua orang dapat bersama-sama menikmati hidangan Ayam Untuk Semua,” kata Cik June.
Set Ayam Untuk Semua TCRS hanya RM20 |
Dengan makanan enak yang disediakan untuk dinikmati dengan harga yang berpatutan, TCRS juga berhasrat untuk menyalurkan sebanyak RM2 dari setiap pembelian hidangan ke Program Makanan Pay It Forward demi membantu orang seterusnya membeli Set Ayam Untuk Semua. Program ini bertujuan untuk membolehkan ramai pelanggan menikmati hidangan istimewa ini.
Cik June Song, Ketua Pemasaran TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa TCRS sentiasa mencari peluang untuk menggembirakan rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat dengan hidangan Nasi Ayam Hainan yang asli dan lazat.
Kegemaran Qiss ni, Soy Sauce |
Pelbagaikan rasa, kita ambil ayam Roast |
Dengan slogan mereka ‘Chicken Rice… and More’, TCRS sentiasa mengutamakan penyediaan makanan Halal yang enak dan berpatutan untuk semua rakyat Malaysia agar mereka dapat menikmati dan berkongsi hidangan enak bersama orang yang tersayang.
“Kami menghargai setiap detik selama 20 tahun bersama para pelanggan yang setia dan kami berharap untuk terus menyediakan hidangan yang terbaik bagi rakyat Malaysia untuk tahun-tahun yang akan datang,” ujar Cik June.
Puas hati dapat makan hidangan untuk 3 orang ni. Qiss belanja umi dan ayah je. |
Untuk maklumat lanjut mengenai The Chicken Rice Shop, sila layari:
Facebook
Instagram
Tunggu apa lagi tu? Meh la ajak keluarga dan kawan-kawan makan sekali.
#TheChickenRiceShop
#TCRS
#TCRSturns20
#AyamUntukSemua
#PayItForward
Memang pilihan Fiza kalau makan kat TCRS nie.. Salah satu sbb harga dia mmg berpatutan..
ReplyDeletemurah bebenor tu..:)
ReplyDelete