Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

03 June 2020

Sajian Bersama Telur Masin Yang Menakjubkan! Telur masin ‘Egg-stra’ padu untuk para peminat yang ‘Egg-stra’ istimewa!

Assalamualaikum dan hai,

Masa yang dinanti-nantikan telah tiba tau. Marrybrown kini memperkenalkan menu terbaru gabungan Telur Masin yang menyajikan dua pilihan iaitu Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken yang rangup dengan limpahan sos Telur Masin yang padu!


Bagi anda yang sukakan rasa tempatan jangan tak tahu yang Marrybrown menggunakan Telur Masin sebenar untuk sos kali ini. Memang sedap laaa..

Qiss dah cuba Hotouch Burger dan MB Crispy Chicken dengan sos Telur Masin dari Marrybrown ni lepas baca blog seorang penulis dan juga penggemar makanan. Kalau ikut citarasa Qiss rasa sos Telur Masin ni memang sedap dan tak cukup satu kalau makan.



“Kami sedar bahawa hidangan Telur Masin sudah menjadi satu trend dikalangan rakyat sejak kebelakangan ini. Bertepatan dengan sambutan luar biasa ini, kami yakin bahawa sos kami akan menjadi kegemaran kerana ia diperkayakan dengan sentuhan egg-stra dan kami tekad menggunakan telur masin sebenar untuk menambahkan rasa lemak berkrim lalu mengekalkan perisa umami pada sos ini,” ujar Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Order pilihan kegemaran anda. Ada dua jenis set iaitu :

Salted Egg Burger
(harga bermula dari RM 15.00)


Didatangkan dengan kentang goreng dan juga Ice Lemon Tea.


Salted Egg Ayam
2 ketul ayam harga bermula dari RM 15.90  
3 ketul ayam harga bermula dari RM 18.80


Didatangkan dengan salad sayur, kentang putar dan Ice Lemon Tea.

Kedua-dua pilihan ini diperkayakan dengan sos Telur Masin Marrybrown dengan gabungan rempah ratus yang istimewa bersama daun kari yang beraroma, sesuai dengan cita rasa tempatan.

“Di Marrybrown, kami sentiasa berusaha untuk menyajikan pelbagai hidangan yang berbeza untuk pelanggan kami dari segi aspek makanan ataupun layanan. Kami berharap pada masa yang akan datang, kami dapat mencapai kesemua matlamat ini dengan jayanya ,” kata Dato’ Joshua.

Terliur tak rasanya nak cuba kedua-dua set ni? Qiss suka dua-dua. Tapi bagi anda yang sukakan rasa pedas dan teruja nak rasai nikmat kepedasan dan juga rasa sos Telur Masin, Qiss cadangkan anda order Hotouch Burger ni.


Bagi anda yang ingin menikmati sos Telur Masin bersama yang tersayang, boleh order Salted Egg Ayam untuk 2 ketul ataupun 3 ketul. Lagi banyak anda beli, lagi ramai anda boleh kongsi.


Kini, Marrybrown mempunyai berjuta-juta orang pelanggan melalui lebih daripada 500 buah restoran di 16 buah negara dengan penyediaan standard yang tertinggi dalam kualiti, servis, dan kebersihan untuk pengalaman pemakanan yang sempurna.

Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown, promosi dan perkhidmatan penghantaran makanan sila layari :

Facebook: 

Instagram: 

Youtube: 
MarrybrownTV

Delivery: 

1 comment:

  1. Harini nak beli jugaa, semalam dah beratur, sekali panjang Q, tak jadi nak beli...harap harini tak le ramai..

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com