Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

11 June 2020

Make Up Tahan Lama Dengan Penggunaan Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation

Assalamualaikum dan hai,

Dah habis PKPB dan bermulanya PKPP. Fasa pemulihan ni kita semua akan keluar membuat urusan penting di luar dan penjagaan wajah amat penting walaupun kita memakai topeng muka. Hari ni Qiss nak share dengan semua pasal produk dari Absolute 1618 ni.


Make up pengantin menggunakan base Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation

Sebelum raya hari tu Qiss dah mula pakai Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation.

Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation


Packaging dia cantik dan tampak mewah serta ringan. Senang nak bawa ke mana-mana sahaja. Boleh juga dijadikan hadiah buat kawan-kawan dan saudara-mara.

Bagi kulit kombinasi macam Qiss Absolute Premier Serum cepat menyerap ke dalam kulit dan melembapkan kulit dari dalam. Serum ini juga mampu mengawal penghasilan minyak dengan baik. Even kalau Qiss pakai dari pagi sampai petang pun tetap muka tak berminyak seperti kebiasaan. Best juga guna sebab serum ni dapat mengurangkan penampilan garis halus di wajah, kaya dengan vitamin & tingi dengan antioksidan dan mempunyai SPF 30.


Absolute Premier Serum dari Absolute 1618

Bahan-bahan:
Air, Rosehip Oil, Vitamin E, Stem cell, EDTA

Kebaikan minyak biji Rosehip
• Anti penuaan
• Antioksidan tinggi
• Anti-radang
• Menghidrat kulit
• Mengurangkan parut

Absolute Superlight Mineral Foundation pula sangat ringan dan tidak melekit pada kulit. Sapuan yang sedikit sudah cukup untuk diratakan pada keseluruhan wajah. Sangat sesuai untuk semua jenis warna kulit dan melembapkan kulit. Jadi bila bergabung dengan Premier Serum tadi kulit akan jadi lembap tapi hasil solekan akan tahan lama. Sangat mudah dicuci, mesra wudhuk dan mempunyai SPF 30 juga.

Absolute Superlight Mineral Foundation 

Bahan-bahan:
Air, Rosehip Oil, titanium dioxide, isononyl isononanoate, cyclopentasiloxane (Vegan), chlorphenesin (Organic), phenoxyethanol (Vegan)

So, Qiss pun gatal nak cuba untuk gunakan sebagai base untuk make up ala-ala pengantin. Sebab sebelum jumpa produk ni, Qiss risau pasal mekap cair bila terkena panas matahari. Tambah-tambah lagi bila kenduri time tengah hari kan. Sebab kulit Qiss jenis senang berpeluh. Bila dah cuba sendiri produk dari Absolute 1618 ni barulah konfiden sikit nak jadi pengantin nanti. Tapi bila tu taktau lah kan. Kita doa baik-baik ja. Tapi gembira sangat sebab jumpa produk yang sesuai dengan kulit dah.

Qiss menggunakan Absolute Premier Serum dan Absolute Superlight Mineral Foundation 

Bila hari-hari guna baru perasan muka makin segar dan glowing secara natural. Best dan recommended untuk anda.

Untuk maklumat lanjut dan pembelian boleh layari:



Facebook: 



#Absolute1618 #AbsoluteNaturalBeauty #naturalskincare

17 comments:

  1. Macam nice je ni boleh consider untuk cuba nanti. Kadang-kadang pakai make up bila panas sekejap je dah bercapuk dan berminyak. Memang kena buat pilihan yang betul. Tertarik nak cuba serum dia hee

    ReplyDelete
  2. bagus kan rosehip oil ni. I guna as supplement and memang bagus so kalau guna as skincare pun for sure bagus juga. Tekstur dia pun nampak light and mudah serap.

    ReplyDelete
  3. Eh. Packaging dia sangat chic dan exclusive ye. Bertahan lama ye foundation dia ek. Bleh la nak try kelak

    ReplyDelete
  4. Bagus sangat foundation dia, sebab berasaskan mineral, so kalau pakai macam natural je kat muka kan...bab tahan lama dan mesra wudhuk tu yang best, tak payah nak cuci muka berkepol wet tisu kann...

    ReplyDelete
  5. I x berapa gemar pakai foundation.. Tapi untuk y gemar pakai foundation boleh cuba kot.. Nampak mcm menarik

    ReplyDelete
  6. memang nampak light tekstur dia...best kalau time panas dan berpeluh, mekap tak cair..ada SPF tu satu kelebihan juga...

    ReplyDelete
  7. kak long pun guna absolute 1618 ni Qis nampak serasi dengan dia :)

    ReplyDelete
  8. tengok bahan dia ada roseship. bagus roseship ni, selalu ada dalam moisturizer. memang kulit lembut lepas guna

    ReplyDelete
  9. Waduh! Macam tanda tanda nak jadi pengantin dah ni...moga dapat makan nasi minyak Qis nanti...

    ReplyDelete
  10. Wahhh... Macam best jer produk absolute ni. Suka tengok packaging dia. Nampak ekslusif. Makin cantik lah qiss

    ReplyDelete
  11. Nad dh try pakai produk ni. .memang sgt best.. Sangat ringan je dekat muka. Suka dengan gold emas yag ada dekat produk ni. Lagi satu diformulasi dengan roship yg banyak kelebihan dia

    ReplyDelete
  12. best sangat bila dapat based makeup yang sesuai ngan kulit kita. Barula nak makeup je kejenya..

    ReplyDelete
  13. banyak juga ya benefit produk ini. ika baru pertama kali tahu hee

    ReplyDelete
  14. Nampak menarik dan teruja pulak nak try. Maybe sebab packaging tu dan kandungan pun ok. Ada rezeki nak la pakai..hehehe

    ReplyDelete
  15. Wah wah wah cantiknya packaging dia! Kena cuba ni... Faktor usia kak nina kena more treatment

    ReplyDelete
  16. Teringin nak try tengok ramai review. Tengok packaging dia pun cantik

    ReplyDelete
  17. Patutlah skrg npk wajah Qis bertambah glowing & cantik berseri sbb guna produk Absolute 1618 npknya kenalah rajin jaga kulit wajah

    ReplyDelete

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com