Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

11 February 2021

500000 Helai Pelitup Muka Perubatan Diluluskan MDA Untuk Orang Kurang Berkemampuan

Dalam menangani wabak covid-19 ini pelbagai usaha dijalankan oleh orang ramai dan agensi antaranya mengikut SOP yang dijalankan, keluar apabila ada keperluan dan tidak lupa pemakaian pelitup muka dan hand sanitizer. Keperluan pelitup muka masa kini memerlukan kos yang tinggi dan terdapat golongan yang tidak mampu untuk menyediakan pelitup muka buat diri sendiri mahupun keluarga.

Inisiatif oleh Neutrovis dan Himaya ini dilancarkan dalam semangat perayaan Tahun Baru Cina untuk mengurangkan beban anggota-anggota frontliners dan golongan B40. Sumbangan 10,000 kotak pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA bernilai RM 350,000.00 ini disumbangkan untuk membantu golongan kurang mampu, komuniti B40, penduduk PPR dan frontliners. 

 


Pengarah Urusan Maystar Beauty Sdn Bhd, pemilik jenama Neutrovis, Zayn Puah, Pengarah Urusan Anggun Kirana Sdn Bhd dan pemilik jenama Himaya, Dato' KK Chua mengunjungi Putrajaya bersama dengan duta jenama Neutrovis, Izzue Islam, untuk memberikan sumbangan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

“Usaha CSR kami adalah untuk mengurangkan beban rakyat dan frontliner pada masa pandemik ini," kata Zayn Puah. Neutrovis dan Himaya telah berkolaborasi untuk menyumbangkan pelitup muka perubatan yang diluluskan oleh MDA kepada beberapa organisasi amal dan sektor kerajaan untuk lebih membantu usaha membanteras wabak covid-19.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Binti Kamaruddin, mengucapkan kesyukuran beliau atas inisiatif Neutrovis dan Himaya. “Terima kasih kepada Anggun Kirana dan Maystar Beauty kerana telah menyumbangkan pelitup muka perubatan kepada golongan rakyat yang memerlukannya. Pelitup muka perubatan yang disumbangkan adalah istimewa kerana telah diluluskan oleh Medical Device Authority. Saya harap sumbangan ini dapat membantu penduduk PPR dan golongan B40”, kata YB Datuk Dr. Hajah Zuraida Binti Kamaruddin.

Duta jenama Neutrovis, Izzue Islam juga hadir untuk menjadi sebahagian daripada inisiatif tersebut. Izzue telah menggunakan suara dan akaun-akaun media sosial beliau untuk meningkatkan kesedaran mengenai keselamatan dan kesihatan rakyat semenjak penularan wabak covid-19.

Sementara itu, Izzue Islam sebagai duta pelitup muka Neutrovis berkata, "Saya memuji usaha murni ini dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan. Bagi saya, di norma baru ini, pelitup muka sangat penting dalam kehidupan seharian. Dalam memerangi wabak ini, pastinya ada golongan yang sangat terkesan dalam pelbagai aspek, jadi saya selalu berpesan pada diri sendiri, jika kita masih mampu berdiri, hulurlah tangan pada mereka yg sedang jatuh. Sama-sama kita lindungi diri dan keluarga tersayang."

Objektif Neutrovis dan Himaya adalah semata-mata untuk membantu kerajaan membanteras penularan wabak covid-19 dengan meringankan beban golongan kurang berkemampuan sambil memainkan peranan mereka sebagai sebuah syarikat yang bertanggungjawab secara sosial.

"Dengan semangat Tahun Baru Cina, kami ingin menyampaikan mesej positif dan berkongsi kesejahteraan kami dengan mereka yang memerlukan; kita akan melalui wabak ini bersama-sama. Marilah kita semua mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pemerintah dan menjaga diri kita untuk kesejahteraan bersama negara kita," kata pemilik jenama Himaya, Dato’ KK Chua.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com