Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

16 February 2021

Cosmoderm Perfect Balanced Tampilkan Prebiotik dan Calamine

PINK!

Qiss suka barangan warna pink dan baru-baru ini Cosmoderm telah melancarkan rangkaian PERFECT BALANCED yang mengandungi Prebiotik dan Calamine. Paling menarik ialah set rangkaian ni berwarna pink tau.

Cosmoderm yang terkenal dengan produk penjagaan kulit muka yang pelbagai jenis seperti normal, berminyak, kulit kering dan sensitif kini menawarkan prebiotik dan calamine dalam produk terbaru mereka bagi menampilkan wajah berseri serta kulit yang lebih sihat.

Kedua-dua formulasi ini mempunyai banyak manfaatnya yang tersendiri. Prebiotik merupakan bakteria baik yang menyeimbangkan kadar mikrobioma di dalam kulit. Prebiotik juga membantu menghalang pembiakan bakteria jahat yang merosakkan kulit.

Calamine pula adalah campuran zink oksida dan ferik oksida atau zink karbonat. Zink oksida mempunyai sifat antiseptik untuk mengurangkan jangkitan daripada berlaku. Ia juga mempunyai sifat “astringent” yang bermaksud boleh mengecutkan kulit atau tisu kulit. Ferik oksida pula boleh menggurangkan kegatalan. 

Biasanya calamine digunakan utk mengurangkan kegatalan, keradangan cahaya matahari (sunburn), gigitan serangga, ruam chicken pox, kegatalan akibat terkena poison ivy, oak dan banyak lagi. Ia membantu mengurangkan iritasi pada kulit dan juga mengeringkan ruam yang berair.

Terdapat 4 jenis produk dengan 4 langkah untuk rutin harian iaitu:

1. Foaming Cleanser

2. Toning Lotion

3. Soothing Wow Cream

4. SunMilk SPF 25 PA++


Review Cosmoderm PERFECT BALANCED 

1. Foaming Cleanser - Mulakan dengan mencuci muka dengan menggunakan pencuci muka ini. 

Sebelum

Tekstur yang lembut untuk kulit berwarna pink dan baunya wangi

Foaming Cleanser Perfect Balanced

Selepas

2. Toning Lotion - Digunakan sebagai toner dan bila sapukan ke wajah akan berasa sedikit sejuk dan nyaman.



Kulit akan rasa lebih segar.


3. Soothing Wow Cream




4. SunMilk SPF 25 PA++




Selepas pemakaian kesemua set ini, anda akan dapat hasilnya. Macam kulit Qiss memang jenis kombinasi. Bila guna set ni, kulit kering jadi lebih segar dan lembap. 

Produk ni senang diserap ke dalam kulit dan dapat melindungi kulit dari sinaran UV.

Haaa.. boleh ke pakai semuanya sekali. Bagi Qiss boleh je. Tapi kalau anda nak pakai ikut turutan ni pun boleh juga.

Cosmoderm PERFECT BALANCED 


Cara penggunaan:

Siang

Untuk waktu siang, boleh gunakan 1,2 dan 4

1. Foaming Cleanser

2. Toning Lotion

4. SunMilk SPF 25 PA++


Malam

Gunakan rangkaian 1,2 dan 3

1. Foaming Cleanser

2. Toning Lotion

4. Soothing Wow Cream

Rasa nak cuba je kan produk ni. Alhamdulillah produk ni sesuai dengan kulit Qiss. Liang pori pun dah semakin mengecil tau. 

Bagi anda yang nak mencuba produk ni boleh dapatkan di Watsons dan Shopee


#cosmoderm

#cosmodermperfectbalanced 


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com