Undi Jenama Kesihatan dan Kecantikan kegemaran anda dan rebut peluang memenangi hadiah hebat berjumlah RM50,000
Guardian Malaysia meraih reputasi yang mantap sebagai destinasi utama farmasi, kesihatan dan kecantikan runcit yang dipercayai di Malaysia kerana menyediakan pelbagai produk kesihatan dan kecantikan terbaik dalam industri kepada pelanggannya. Guardian turut terkenal sebagai pakar yang dipercayai dalam kesihatan komuniti menerusi kerja keras pasukan ahli farmasi profesionalnya yang ramai.
Anugerah Guardian 2021 |
Reputasi yang dicemburui yang diraih oleh Guardian ini merupakan hasil daripada komitmennya yang sentiasa mengutamakan pelanggan! Anna Ng, Pengarah Pemasaran Jenama, Asia Tenggara, Guardian Health And Beauty berkata:
“Di Guardian, pelanggan adalah nadi dalam segala usaha yang kami lakukan. Kami mendengar keperluan mereka dan berhati-hati dalam menyampaikan kecantikan yang bersifat sihat serta berpatutan untuk mereka. Kami menyediakan produk keperluan kesihatan dan kecantikan tanpa kompromi dari segi nilai dan kualiti kepada para pelanggan.
Kami juga merasakan bahawa pelanggan kami lebih mengetahui dan merupakan pakar dalam menentukan jenama yang sesuai untuk mereka. Itulah tujuan kami mengadakan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan tahun ini.
Peraduan penghargaan jenama tahunan yang sangat popular ini benar-benar memberi suara kepada pelanggan kami dalam memilih jenama-jenama Kesihatan dan Kecantikan TERBAIK yang boleh didapati di semua stor Guardian dari perspektif mereka.
Saya yakin bahawa Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan akan kekal sebagai anugerah yang paling berprestij dan definitif dalam pasaran hari ini dengan mengambil kira kepelbagaian dan keluasan rangkaian produk, jenama dan kategori yang terlibat. Ia memberikan gambaran yang bebas dan adil terhadap jenama yang telah memberi impak paling besar kepada pelanggan. Jenama juga akan mendapat pemahaman yang lebih baik tentang pemilihan jenama yang dibuat oleh pengguna.”
Peraduan tersebut akan menyaksikan lebih daripada 107 jenama mengambil bahagian dengan lebih 410 produk bertarung merebut 75 anugerah dalam ENAM kategori utama iaitu; Jenama Baru Terbaik, Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Kosmetik, Penjagaan Kulit, Penjagaan Diri dan Penjagaan Kesihatan.
Kategori Jenama Baru Terbaik menampilkan jenama-jenama baru dan trend yang baru diperkenalkan kepada Guardian.
Untuk kategori Undian Tertinggi Pilihan Influencer, Guardian telah menjemput tujuh orang influencer popular di Malaysia, yang menepati profil pelanggan sebenar sebagai pelanggan Guardian, untuk mengundi jenama kesihatan dan kecantikan terbaik pilihan mereka dalam kategori yang mereka minati.
Sebagai contoh, kami telah menjemput pelakon dan penyanyi popular Izzue Islam untuk memilih produk-produk dalam kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Lelaki manakala hos dan penyampai radio, Joe Chang pula memilih produk kegemaran beliau dari kategori Penjagaan Diri Untuk Lelaki.
Untuk produk kategori Penjagaan Peribadi Untuk Wanita, kami telah meminta bintang gaya hidup dan kecantikan di Youtube, Bella Khan dan Coco untuk memilih kegemaran mereka. Untuk kategori Penjagaan Kulit Untuk Wanita, kami menjemput Anna Khayalan, seorang pengeluar kandungan digital popular dan untuk kategori Solekan Wanita, kami menjemput jurusolek artis profesional Nurul Hazirah untuk memilih kegemaran beliau. Akhir sekali, untuk kategori Penjagaan Kesihatan Untuk Wanita, kami menjemput ratu kecantikan, pencipta kandungan dan ibu kepada seorang anak, Elecher Lee untuk memilih produk penjagaan kesihatan wanita terbaik kegemaran beliau.
Pelanggan Guardian boleh menyaksikan video ulasan produk kegemaran mereka oleh influencer di dalam talian di http://awards.guardian.com.my.
Anugerah Guardian 2021 |
Penyertaan untuk peraduan ini adalah PERCUMA, pembelian tidak diperlukan dan ia terbuka kepada semua orang yang berusia 18 tahun dan ke atas. Pemenang akan dipilih berdasarkan penyertaan yang paling tepat dengan senarai keputusan pemenang keseluruhan Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan.
Undian dibuka dari sekarang sehingga 27 Julai 2021, dan semua pengundian adalah secara dalam talian. Pelanggan hanya perlu mendaftar di http://awards.guardian.com.my menerusi platform sosial media mereka dan mula mengundi. Had nombor penyertaan juga tidak dikenakan.
Setelah undian dibuat, setiap pengundi akan menerima e-baucar RM10 yang boleh ditebus di Stor Dalam Talian Guardian dengan perbelanjaan minimum RM100 dalam satu resit sepanjang tempoh peraduan ini berlangsung.
Semua pelanggan yang mengundi berpeluang memenangi salah satu daripada 63 hadiah berjumlah RM50,000 termasuk sebuah Hadiah Utama iaitu VESPA PRIMAVERA S150.
“Selari dengan peningkatan dalam pembelian dalam talian kerana sekatan PKP, kami percaya lebih ramai pelanggan akan mengundi dalam Anugerah kali ini. Ia pasti menarik untuk mengetahui jenama mana yang paling banyak memberi impak sepanjang persekitaran pandemik.
Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan adalah sebuah platform undian pelanggan yang benar-benar unik yang lebih relevan hari ini kerana Guardian didorong untuk berhubung, berinteraksi dan memahami keperluan gaya hidup, pilihan dan tingkah laku pelanggan yang sentiasa berubah dan berkembang terutamanya dalam tempoh Covid-19 ini.
Jadi kepada semua pelanggan di luar sana, mulalah mengundi untuk menyuarakan pilihan anda dan rebut peluang untuk memenangi hadiah-hadiah hebat,” kata Anna.
Untuk maklumat lanjut dan syarat penuh Anugerah Guardian 2021 - Yang Terbaik dalam Kesihatan dan Kecantikan dan tentang pengundian, sila layari http://awards.guardian.com.my.
ok..nanti saya nak gi vote
ReplyDelete