Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

23 July 2021

Pilih Safi Hijabista Bodycare Untuk Tampil Segar Dan Yakin Sepanjang Hari

Assalamualaikum dan hai,

Terkini dari Safi Malaysia ada beberapa rangkaian produk penjagaan diri terbaru dan Qiss memang pengguna setia barangan Safi sentiasa bersemangat untuk mencuba produk-produk ini.

Produk rangkaian penjagaan diri Safi ini diformulasi dengan 7 Pro Action & Scent Care yang harum dan segar. Tekstur ringan, tak melekit dan cepat meresap.

Cuaca sekarang agak panas biarpun dalam rumah, bila berpeluh badan cepat berbau kan. Qiss walaupun duduk rumah, pasti akan pakai deodoran ataupun spray anti bakteria ni mengikut keperluan.

Produk Safi terbaru ini ada losyen dan deodoran, antaranya:

  • Antibacterial Deodorant Spray
  • Antibacterial Deodorant Roll On
  • Antibacterial Aqua Gel Lotion
  • Antibacterial Soothing Gel


Produk penjagaan diri Safi Malaysia

Spray Anti Bakteria & Deodorant Roll On


Spray anti bakteria ini mudah menyerap dan tahan lama tau. Baunya wangi sepanjang hari, walaupun buat kerja rumah ketiak tak lecak pun. Anda kena cuba tau.

Terdapat 3 pilihan untuk deodoran dan setiap satunya mempunyai kebaikan tersendiri. 

  1. Soft & Smooth - Shea Butter & Almond
  2. Healthy White- Apricot & Pearl Powder
  3. Dry Fresh- Aloe Vera & Cucumber


Deodoran ini terdapat dua jenis, spray dan juga roll on. Qiss prefer roll on kalau nak keluar rumah sebab lebih tahan lama baunya dan cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan putih pada baju.

Produk ini mempunyai 7 Pro Action iaitu: 

-Anti Bakteria

- Anti Bau Badan

-Anti Peluh

-Anti Stress Kulit

-Anti Iritasi

-Anti Kesan Baju

-Anti Melekit

Deodoran ini memberikan perlindungan sehingga 48 jam dan selesa untuk dipakai.

Losyen Gel Aqua

Sebelum ni Qiss pernah cuba jenis spray dan kali ni bagi produk Safi, Qiss guna losyen jenis gel ni. Bila sapu pada kulit, gel ini cepat meresap dan sejuk. Selalu Qiss sapu pada kaki lepas solat Zohor sebab waktu tu cuaca memang panas, jadi bila sapu losyen gel aqua ni jadi sejuk sikit dan menyegarkan.

Losyen Gel Aqua Safi


Losyen Gel Aqua ini membantu untuk:

-Meremajakan

-Menghidrat

-Melembut

-Menenangkan

-Menganjal

-Mengurangkan Kedutan

-Menyegarkan

Bagusnya produk ni ia tidak mengandungi paraben, minyak mineral dan tidak diuji pada haiwan.

Soothing Gel 

Soothing Gel dari Safi Malaysia ini unik bila menggunakan buah delima. Pertama kali Qiss buka penutup produk ni, memang bau harum. Untuk soothing gel ni Qiss guna waktu malam sapu pada tumit kaki sebelum tidur, dalam masa dua minggu, tumit kaki Qiss yang merekah jadi lebih sihat dan kurang merekah.

Ada juga variasi aloe vera/lidah buaya. Menggunakan 100% bahan semulajadi yang aktif, tak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit.

Dua-dua sama bagus. Memang anda kena cuba bagi yang ada masalah tumit merekah tu.

Antara kegunaan lain ialah:

-Merawat Selaran Matahari

-Tumit Merekah

-Kulit Kering &Mengelupas

-Melegakan Iritasi Kulit

-Aplikasi Selepas Cukuran

-Rawatan Rambut

-Melembabkan Kulit Badan

Semua produk rangkaian penjagaan diri dari Safi ni memang best dan wangi. Kena cuba sekiranya anda memang pengguna produk Safi.

Untuk maklumat lanjut boleh layari: www.instagram.com/safimalaysia

#safihijabista #safiboleh



0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com