Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 July 2021

Hot 10S Telefon Pintar Untuk Permainan Video Dari Infinix Mobility Limited

Assalamualaikum dan hai,

Sejak PKP berlangsung, Qiss banyak habiskan masa dekat rumah. Lepas habis buat rutin harian kemas rumah, Qiss akan bermain permainan video seperti Mobile Legends dan PUBG sekadar melepaskan lelah. Alangkah lebih baik kalau Qiss ada satu telefon pintar khas untuk bermain permainan video di telefon kan.

Telefon pintar Hot 10S

Mujurlah Infinix Mobility Limited akan melancarkan inovasi terkini, Hot 10S di Malaysia. Telefon pintar ini didedikasikan untuk permainan video dan hiburan akan dilancarkan dengan casing telefon eksklusif dan penutup belakang kolaborasi bersama Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Haaa teruja lah lepas ni Qiss nak main permainan video bila ada casing telefon eksklusif macam ni.

Jenama teknologi global Infinix dengan bangganya mengumumkan pelancaran inovasi terbaru mereka, siri Hot 10S di Malaysia yang akan datang pada 13 Julai 2021. Siri Hot 10S akan dilancarkan secara eksklusif di Shopee dan pengguna boleh mula ‘add to cart’ mulai 7 Julai 2021!

Telefon pintar Hot 10S ini khas untuk peminat teknologi, pengemar permainan video, pelajar, dan generasi muda yang akan datang.

Harganya yang berpatutan adalah penambahan baru kepada portfolio Hot 10. Telefon pintar permainan video dan hiburan yang dinanti-nantikan ini membolehkan pengguna bermain permainan video dengan lancar dan ikuti trend terkini dengan lebih mudah.

Untuk memeriahkan lagi pelancaran di kalangan peminatnya, Infinix dengan kolaborasi permainan video Mobile Legends: Bang Bang (MLBB), mencipta penutup belakang telefon bimbit edisi terhad yang diukir dengan reka bentuk MLBB serta casing telefon MLBB estetik yang didedikasikan untuk siri Hot 10S. Infinix akan mendedahkan lebih banyak lagi maklumat tentang spesifikasi telefon dan ciri-ciri pada hari pelancaran tersebut. 

Ni yang buat Qiss tak sabar nak beli satu. Untuk maklumat lanjut dan terkini mengenai siri Hot 10S, boleh layari:

Laman web Infinix Malaysia: 

https://www.infinixmobility.com/my

Facebook: 

https://www.facebook.com/InfinixMobileMalaysia/

Instagram:  

https://instagram.com/infinixmobilemalaysia

Kedai Rasmi di Shopee: 

https://shopee.com.my/infinix_os?smtt=0.0.9

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com