Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

19 January 2022

AEON Terima Anugerah "Brand Of The Year" Oleh World Branding Awards Dua Tahun Berturut-turut

Kuala Lumpur, 19 Januari 2022 - AEON CO. (M) BHD. (AEON) sekali lagi telah dipilih oleh sebuah badan pengiktirafan jenama global yang terunggul, World Branding Awards sebagai pemenang Anugerah Jenama Terbaik 2021/2022 untuk Kategori Peruncit-Pusat Beli Belah (Brand of The Year Award 2021/2022 for the Retailer-Departmental Stores Category).

AEON Terima Anugerah "Brand Of The Year" Oleh World Branding Awards

Dicalonkan bersama-sama dengan lebih 500 jenama lain daripada lebih 60 buah negara di seluruh dunia, AEON berbesar hati dipilih sebagai pemenang untuk tahun yang kedua ini secara berturut-turut. Para pemenang di peringkat kebangsaan untuk pelbagai kategori adalah dari Australia, Perancis, Hong Kong, Itali, Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.

Menurut Shafie Shamsuddin, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif AEON, “Kami di AEON bersyukur kerana telah dinobatkan sebagai pemenang Brand of The Year Award 2021/2022 bagi Kategori Retailer-Departmental Stores dua tahun berturut-turut. Pelanggan sentiasa menjadi keutamaan atas segala yang kami lakukan di mana kami menerima setiap cabaran dengan penuh rasa semangat dan tabah bersama sokongan penuh pihak pemegang taruh. Kami terus berusaha untuk memberikan yang terbaik dalam memenuhi keperluan pelanggan bagi pengalaman membeli-belah yang menceriakan - di luar talian dan dalam talian - dalam persekitaran yang selamat sambil menyesuaikan diri dengan norma baharu."

“Kami mendedikasikan pencapaian ini kepada pekerja kami yang dikenali sebagai AEON Warriors atas segala kerja keras dan komitmen mereka, serta rakan perniagaan dan pelanggan kami atas sokongan dan kesetiaan mereka yang berterusan. Pengiktirafan ini sudah pasti mendorong kami untuk terus mencabar keupayaan serta mempertingkatkan ekosistem runcit kami dengan mengintegrasikan elemen teknologi, kemampanan dan tenaga kerja.” tambahnya.

Lebih 1.3 juta undian pengguna telah diterima sejak bermulanya program anugerah ini dan untuk edisi keempat belas ini, lebih 345,000 pengguna telah menyertai proses pencalonan di seluruh dunia. Secara purata, hanya terdapat tujuh jenama sebagai pemenang di setiap negara, membuktikan bahawa memenangi “World Branding Awards” sememangnya satu pencapaian yang gemilang. Pemenang dinilai secara unik melalui tiga aliran: penilaian jenama, penyelidikan pasaran pengguna dan pengundian dalam talian awam.

Pengumuman semua pemenang anugerah “World Branding Awards 2021/2022” telah dibuat pada penghujung tahun lalu, melalui majlis dalam talian pertamanya yang dilakukan dari Istana Kensington, London.

0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com