Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

01 January 2022

Persatuan Anak Bangsa Johor Sasar 1000 Ahli

Persatuan Anak Bangsa Johor (PABJ) mengajak orang ramai terutama anak kelahiran Johor untuk sama-sama turut serta sebagai ahli persatuan bagi mengembangkan idea-idea baharu meliputi pelbagai aspek bagi memperkasakan Misi dan Visi Persatuan. 

Persatuan Anak Bangsa Johor Lancar Kempen Pemacu Sasar 1000 Ahli

Persatuan Anak Bangsa Johor telah mengadakan soft launch Perasmian Persatuan Sempena Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Orang Ahli di Bukit Jalil Golf & Country Resort, Kuala Lumpur baru-baru ini. Majlis ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato' Mohsen Hasbollah, Presiden PABJ, Sharifah Rafiza Al-Jamalullail (lebih dikenali sebagai Lady Rose), Naib Presiden PABJ, YBhg. Datuk Musa Hj. Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Tourism Malaysia, serta ahli-ahli Jawatankuasa PABJ.

PABJ telah ditubuhkan pada 30 Mei 2021 dan didaftar serta telah diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Negeri Johor. PABJ turut berperanan menyatukan perpaduan dan memperkasakan Anak Bangsa Johor yang berbilang kaum. 

"Keahlian PABJ terbuka kepada semua berumur 18 tahun keatas dan tanpa mengira pangkat, agama atau bangsa. Asalkan lahir di Johor, atau ibu bapa orang Johor mahupun Anak Bangsa Johor yang kini menetap di negeri lain mahupun luar negara," kata Dato' Mohsen Hasbollah, Presiden PABJ.

PABJ berbangga menerima keahlian daripada penyanyi rock lagenda terkenal Datuk  Nashrudin Elias, atau lebih dikenali sebagai Datuk Nash, bekas vokalis Kumpulan Lefhanded.

Datuk Nash juga dilantik sebagai Duta Artis bagi menarik lebih 70% anak bangsa Johor dikalangan artis-artis di Malaysia. 

Datuk Nash, merupakan artis pertama menyertai PABJ dan dilantik sebagai Duta artis.

"Mereka layak menjadi ahli persatuan dengan syarat membayar yuran pendaftaran dan yuran tahunan. Inshaa Allah, sebagai duta, saya terima pelantikan ini dengan rasa terharu dan hormat dan saya akan bekerjasama menarik lebih ramai ahli", ujar Datuk Nash.

PABJ juga akan bekerjasama dengan kerajaan negeri dan anak bangsa Johor yang ingin meneroka pelbagai sektor industri dalam usaha memacu ekonomi Negeri Johor ke peringkat teratas bagi mencapai slogan PABJ iaitu Bangsaku, Masa Depanku.

PABJ mempunyai 7 Biro dalam beberapa bidang seperti berikut: 

1. Pendidikan

2. Pelancongan, Seni & Budaya

3. Ekonomi & Keusahawanan

4. Keahlian, Multimedia & Komunikasi

5. Sosial, Kebajikan & Keagamaan

6. Keselamatan & Kesihatan

7. Sukan & Rekreasi

Antara objektifnya ialah: 

a. Mewujudkan perkongsian pintar dengan agensi kerajaan dan swasta.

b. Menggalakkan dan membantu ahli yang berpotensi dalam bidang digital ekonomi dan keusahawanan untuk terus berkembang.

c. Membangunkan Intelligence Quotient (IQ), Emotional Quotient (EQ), Social Quotient (SQ), Spiritual Quotient (SQ) and Love Quotient (LQ) dalam kalangan Anak Bangsa Johor bagi mendepani cabaran dari peringkat Pra-Persekolahan. 

d. Mengukuhkan dan memantapkan Pelancongan, Seni dan Budaya untuk generasi pelapis Anak Bangsa Johor melalui rancangan dan aktiviti berkaitan.

e. Menyantuni Kebajikan, Sosial dan Keagamaan Anak Bangsa Johor dan masyarakat Malaysia khususnya.

Penyampaian Watikah Pelantikan

Penasihat PABJ 2021/2022
YBhg. Mej, Jen. Dato' Oseman Chik (B)


Pengerusi PABJ 2021/2022
YBhg. Datuk Hj. Abdullah Md Ali

Ahli Bersekutu PABJ
YBhg. Datuk Musa Hj. Yusuf


Jenis Keahlian PABJ

Ahli Biasa/Esklusif

Mereka yang lahir di Johor. Mempunyai IC di tengah 01. Yuran pendaftaran : RM50, Yuran tahunan : RM50.

Ahli Bersekutu

Bukan yang dilahirkan di Johor. Tetapi ayah atau ibu atau pasangan lahir di Johor (atau/dan). Yuran pendaftaran RM50, Yuran tahunan RM50.

Ahli Korporat

Untuk kumpulan korporat. Yuran pendaftaran RM250, Turan tahunan RM250.

Ahli pelajar

Untuk pelajar. Yuran pendaftaran RM25, Yuran tahunan RM25. Tetapi sempena Kempen Pemacu Keahlian Sasaran 1000 Ahli PBAJ, penyertaan untuk ahli pelajar adalah PERCUMA (sepanjang kempen ini berlangsung).

Untuk maklumat lanjut mengenai keahlian hubungi:

03- 8068 7788/7878 @ 011-3144 0277 (En. Lutfi) 

011-1231 5242 (Cik Syafiqah)

Emel: info.pabj@gmail.com

Laman web: http://www.pabj.my 

IG: persatuananakbangsajohor


0 comments:

Post a Comment

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com