Beauty. Lifestyle. Travel. Review. Collaboration.

05 February 2022

Buku Bisnes Ecommerce, Oleh Dzulfaqar Hashim


Ada benda menarik saya nak share dalam artikel kali ini iaitu tentang buku Bisnes Ecommerce, oleh Dzulfaqar Hashim.

Tak tahu cara nak mulakan bisnes ecommerce?

Tak pasti nak jual apa?

Tak yakin orang akan membeli?

Ya, nak mulakan sesuatu bisnes bukan perkara yang senang. Tapi, nak tak kalau saya bantu anda senangkan proses anda mula bisnes?

Saya perkenalkan buku fizikal berjudul Bisnes Ecommerce, ditulis oleh usahawan ecommerce sendiri iaitu Tuan Dzulfaqar Hashim!

Apa yang best nya buku ni?

Buku ini ada ajar cara untuk mula bisnes ecommerce. Mesti anda tak faham kan bisnes ecommerce tu apa?

Lebih kurang macam ni: Bisnes secara online, buka 1 kedai, tarik pelawat masuk dan convince dia untuk membeli. Proses pembelian adalah secara auto. Ibarat macam, kita  sebagai penjual tak perlu tunggu pun  orang membeli, orang tu masuk, dia beli dan dia keluar, tanpa perlu kehadiran kita. haa gitu!

Bukan Tuan Dzul ajar cara mula je, dia ajar semua dari awal sampai habis! Saya anggap ini adalah shortcut untuk saya buat bisnes ecommerce lah.

Siapa penulis buku Bisnes Ecommerce?

Penulis buku ini adalah Tuan Muhamad Dzulfaqar Bin Hashim, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Dzul. Beliau bukan seorang penulis buku dan sangat tidak gemar membaca buku, namun demi merealisasikan impian beliau untuk berkongsi ilmu buat duit secara auto, maka lahirlah buku pertama beliau, buku Bisnes Ecommerce.

Dzulfaqar Hashim mempunyai pengalaman dalam bisnes online daripada tahun 2013 sehingga sekarang.

Dzulfaqar Hashim, Penulis buku bisnes ecommerce

Beliau telah pun melaburkan jutaan ringgit dalam pengiklanan berbayar Facebook, Google dan TikTok, ada yang menjadi, ada yang tidak. 

Dzulfaqar Hashim juga seorang Digital Marketing Consultant & Trainer, iaitu tugasnya melatih marketer, membantu menyusun kempen marketing clients dan pengalamannya bukan dari situ semata-mata kerana beliau juga adalah USAHAWAN seperti anda! Beliau ada menjual produk fizikal, menjual servis, affiliates produk digital, founder/owner produk sendiri dan macam-macam lagi. Banyak pengalaman pahit manis sebenarnya.

Dzulfaqar Hashim sudahpun menganjurkan lebih dari 400 kelas daripada tahun 2016 sehingga sekarang dan telah dihadiri oleh lebih dari 7000 peserta. Boleh layari website rasmi beliau di www.DzulfaqarHashim.com 

Sedikit info menarik tentang buku fizikal Berjudul “Bisnes Ecommerce” oleh Dzulfaqar Hashim

  • Mengandungi 200 muka surat
  • 14 bab padat dengan ilmu dari pengalaman
  • Full color, setiap page ada design sendiri
  • Mudah di baca kerana font tak terlalu kecil
  • Saiz buku custom untuk keselesaan pembaca
  • Ditulis sendiri oleh Dzulfaqar Hashim
  • Disertakan sekali dengan jenis-jenis produk untuk anda terus jual
  • Di ajar cara untuk mencari supplier (pembekal dan pengilang) produk

Koleksi gambar pembeli Buku Bisnes Ecommerce

Tajuk / Judul / Bab yang terkandung dalam buku Tuan Dzulfaqar Hashim, Bisnes Ecommerce

Jadi, apa tajuk yang Dzulfaqar Hashim kongsikan dalam buku Bisnes Ecommerce ini? Adakah ianya betul-betul sesuai untuk anda? Jom kita baca…

  • Bab 1: 6 Soalan yang selalu saya terima tentang bisnes ecommerce. Ini adalah  topik pemahaman tentang apa itu bisnes ecommerce dan apa yang menarik tentangnya.
  • Bab 2: Teknik pilih produk yang best, yang menguntungkan dan yang bagus untuk di jual menggunakan website ecommerce.
  • Bab 3: Ini 8 jenis produk untuk anda jual. Kalau dah rasa susah sangat nak decide untuk jual apa, ini 8 jenis produk yang anda boleh terus mulakan dan jual terus.
  • Bab 4: Rahsia mencari lubuk pembekal yang saya gunakan setiap kali saya nak dapatkan supplier baru. saya ajar apa yang buat terus.
  • Bab 5: Strategi harga & pakej untuk main ecommerce supaya untung lebih lumayan dan tak ‘sakit’ bila main ecommerce.
  • Bab 6: The checklist – 1 halaman senarai semak yang anda perlu follow semuanya untuk pastikan bisnes ecommerce anda berjalan lancar.
  • Bab 7: Ini cara saya mula. saya tunjukkan tanpa sorok 1 langkah pun. anda boleh tiru dan mulakan bisnes ecommerce anda sendiri.
  • Bab 8: Jenis-jenis web ecommerce yang anda boleh buat. ada yang ready made, ada yang kena buat from scratch.
  • Bab 9: Konten padu untuk iklan menjual. Dalam topik ini saya tekankan cara dan pemahaman untuk hasilkan content menjual.
  • Bab 10: Bina E-Commerce salespage menggunakan WordPress. Saya berikan sekali senarai apa perlu buat supaya memudahkan kerja anda
  • Bab 11: Fasa buat iklan. Ini bukan screenshot bergambar tapi ini adalah fundamental dalam penghasilan iklan.
  • Bab 12: Teknik naikkan jualan ecommerce menggunakan beberapa kaedah lain selain dari buat iklan berbayar.
  • Bab 13: Cerita menarik untuk anda baca tentang bisnes ecommerce dan saya yakin anda pasti dapat pelajari sesuatu dari cerita pendek ini.
  • Bab 14: Jangan ulang kesilapan ini. Saya dan team dah rugi 5-6 angka dari sini dan saya nak anda pelajari sesuatu dari topik ini.

Gambar asal / real buku Bisnes Ecommerce

Buku Bisnes Ecommerce ini sesuai untuk siapa?

– Anda yang first time nak buat bisnes – tak pernah ceburi bidang bisnes tapi nak mula sekarang

– Anda yang tak tahu nak jual produk apa lagi – ya pemilihan produk memang susah, saya faham.

– Anda dah ada produk tapi nak automasikan jualan – produk dah ada tapi kena close sales di whatsapp, sekarang nak buat jadi automatik close sales guna website

– Anda yang nak buat bisnes part time atau bisnes ke-2 – bisnes dah ada, dah running cantek, tapi nak tambah lagi income source

– Anda yang sedang buat bisnes E-Commerce – memang dah ada bisnes ecom, tapi nak belajar lebih details.

Visual / Gambaran Buku Bisnes Ecommerce dalam 3D

Macam mana caranya untuk anda dapatkan buku fizikal pertama ‘Bisnes Ecommerce’ ini?

Macam mana cara nak dapatkan buku fizikal berjudul Bisnes Ecommerce – Buat bisnes ecommerce supaya tengah tidur pun sales masuk tanpa perlu balas Whatsapp ini? Anda boleh dapatkan daripada website rasmi buku ini iaitu www.bisnesecommerce.com dengan PERCUMA, tetapi terhad untuk 1000 salinan pertama sahaja. Anda cuma perlu cover shipping and handling fee sahaja. Kos ini berbeza mengikut kawasan anda.

Klik sini untuk dapatkan buku ini sekarang —> https://bisnesecommerce.com

1 comment:

Social Profiles

Twitter Facebook Google Plus LinkedIn RSS Feed Email Pinterest
Intellifluence Logo

Follow My IG

Adidas

Domain murah

Rezeki Travel

Popular Posts

Blog Archive

Followers

Rezeki Bulanan

BTemplates.com

Shopee

Copyright © Qisstiera | Powered by Blogger
Design by Lizard Themes | Blogger Theme by Lasantha - PremiumBloggerTemplates.com